Tuesday, October 10, 2017

Kerana mulut...

Hari ni nak bercerita sikit.. tazkirah diri sendiri.. selalu perhatikan orang- orang di sekeliling.. yang baik kita ambil contoh, yang jahat kita buat tauladan.. yang jahat tu cam mana?? Perangai nya la..

Ada jenis orang yang mulut dia laser.. cakap tak fikir hati dan perasaan orang lain.. cakap ikut main lepas .. bab kata orang.. cakap dulu baru berfikir.. tapi orang yang bijak.. berfikir dulu sebelum bercakap kan..

Kadang tanpa kita sedar, kata- kata kita melukakan hati orang sekeliling.. contoh .. walaupun nampak simple:
A: Hari tu saya dah bagitahu dalam wassup
B: Maaf mungkin saya tak baca. Saya tak ingat.
A: Apala macam ni... belum tua dah nyanyuk dan bla bla bla bla...

Perasaan si B?? Kena kutuk kan.. kalau sekali - sekala boleh dianggap bergurau.. kalau asyik dihina je macam tu.. bukan sebab lupa .. banyakla sebab2 lain .. sebab perangai si A ni jenis suka menghina orang lain..

Kalau kita bercakap membuatkan orang sakit hati..

Saturday, May 27, 2017

sisi kehidupan lain

Salam

Lama dah tak menulis. Banyak juga rasanya isu. Nak kupas satu satu  dengan perlahan.
Dalam masa beberapa bulan telah bertemu dengan beberapa orang kawan atas dasar meminati artis yang sama.. what?? Artis?? Haha... memang kelakar.

Tak pernah terjebak dunia artis yang mempunyai fan club.. dan accidently eh.. terjoin group wassup dan katanya dah dikira join fan club.. aigoooo 😅

Follow perjalanan artis tu tak kisah.. terpulang.. kalau kita suka, kita follow tapi kalau rasa x nak follow just abaikan.. bila free boleh layan.. tengok video dia nyanyi ke.. dan apa saja..

Ok. Sana sini melihat dunianya caca merba.. kawan saling menindas dan mencari glamour.. peminatnya pula bercakaran.. tapi masih ramai yang setia dan cuba bersatu hati. Aduhai dunia... rupanya ada satu sisi kehidupan lain bagi artis.. dan peminat yang meminati artis.. barulah aku sedar.. ok .. rasanya ingin berundur.. sampai masanya.. aku hanya mampu melihat dari jauh.. itu bukan kehidupan yang aku cari.. aku hanya cari kehidupan yang diredhai olehNya sahaja.. bukan mengenai sesiapa.. sekadar coretan di angin lalu..