Monday, September 15, 2014

Wanita Umpama Berlian


Luahan hati ini ditujukan kepada semua gadis remaja, wanita di luar sana. Semalam dalam perjalanan pulang, sempat mendengar celoteh DJ Radio Perempuan, tapi tak pasti radio apa,

"Adik -adik di luar sana yang masih di bangku persekolahan, tak malukan bergambar dengan lelaki yang kononnya 'boyfriend' masing -masing dan post gambar di fb. Semua orang tengok gambar tu. Tak malukah?? Di mana harga diri seorang perempuan sekarang?"

Itulah harga diri gadis remaja sekarang. Kalau diimbas, apa salahnya, gambar aje kot. Tapi saya faham maksud DJ tersebut, kalau masa kita dulu -dulu, nak angkat muka pandang pelajar lelakipun malu. Apatah nak bergambar berdua -duaan. Kalau ramai -ramai satu kelas tak apala.

Pengalaman semasa belajar di kampus, kakak -kakak akedemi Islam ni, kalau nak bercakap dengan pelajar lelaki, di balik langsir je.. Saya biasa tengok gak. Punyalah menjaga adab. Itupun bercakap apa yang perlu je.

Ada seorang teman yang mempunyai anak gadis remaja pernah meminta nasihat saya- Bagaimana untuk berjaya dalam pelajaran?? Saya katakan:
1- Fokus sahaja kepada pelajaran. Abaikan kisah cinta monyet zaman persekolahan. Hanya 10% sahaja kisah cinta monyet akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Itupun kahwin awal. Kalau berkawan sehingga 10 tahun, saya tak tahulah akan berkekalan ataupun tidak.

Kalau tanya saya, bagaimana nak mencari 'pakwe'?? Bagi saya, tiada istilah 'pakwe', Yang ada hanyalah istilah 'calon suami'.

Kalau nak calon suami yang baik, maka perbetulkan diri kita dulu.

Carilah yang menjaga solat. Sekiranya culas, tak cukup waktu, jangan ambil risiko. Ada yang kata akan berubah bila dah kahwin. Jangan percaya. Manusia susah nak berubah perangai. Mungkin boleh tapi dalam 50% je kot.

Jangan mudah keluar dengan sesiapa yang baru kenal. Elok bawa muhrim sebagai teman. Sebenarnya tiada istilah 'dating' dalam Islam.

Bagi saya, lelaki yang baik tidak akan memaksa  atau menyuruh calon isterinya berbuat perkara maksiat. Kalau cakap yang pelik-pelik, sila berhati -hati. Banyak yang saya dengar melalui kawan -kawan saya, ada lelaki yang suka cakap perkara lu**h. Sebenarnya lelaki tu nak uji samada perempuan tersebut jenis yang 'touch-n-go' atau tak.

Kalau dulu, pengalaman saya sendiri, saya tak pernah sesuka hati memberi nombor telefon kepada sesiapa. Tapi ntah macam mana, nombor saya diperolehi oleh seorang teman L. Saya kenal tapi tak rapatpun. Setiap hari, saya mendapat pelbagai panggilan dari nombor tak dikenali tapi saya tak pernah angkat.Bila disiasat, rupanya L ni memberi nombor saya kepada kawan -kawan dia yang lain untuk 'test', sama ada saya layan atau tidak panggilan yang tidak dikenali. Rasa nak hempuk hempuk dan sepak sepak je, Ingat aku ni apa?? Rimas betul la.

Cuma yang saya sedihkan sekarang ialah, remaja hari ini, terutamanya lelaki- ramai yang tidak tahu membaca al-quran. Kalau ditanya tentang solat, "Sehari 2-3 kali je solat". Entahlah, saya fikir mungkin sebulan 2-3 kali je kot. Kalau tak tahu membaca, saya tak pasti kalau mereka mudah menghafaz bacaan dalam solat tapi kebiasaanya, kalau tak tahu membaca, memang tak hafal bacaan dalam solat terutama tahiyat akhir, doa iftitah, doa qunut.. dan bacaan lain. Ini pengalaman saya sendiri bersama pelajar remaja saya. Didiklah anak -anak kita dari kecil. Ajar solat dan sebagainya. Supaya remaja -remaja ini mempunyai jati diri untuk masa depan kelak.