Thursday, March 28, 2013

Madu dan Poligami



Madu enak rasanya. Banyak khasiat dan menyihatkan tapi poligami.. Pahit dan mungkin memudaratkan bagi setengah wanita yang tidak mampu menghadapinya.

"Aku ada hak untuk kahwin lagi, jangan ganggu hak aku"" Aku tahu aku mampu, aku janji hak isteri pertama tidak diabaikan. Aku tidak akan menceraikan dia!"

Itulah kata-kata yang biasa lahir dari mulut seorang suami yang mahukan poligami. Yang merasakan dirinya begitu mampu dan berkuasa melakukan apa saja.

Hakikatnya, poligami tidak salah. Poligami dibenarkan dalam islam. Siapalah kita untuk menafikan hukum Allah swt..

Yang salah adalah pengamal poligami. Isteri bukanlah hak milik kekal... Isteri, anak-anak adalah amanah. Manusia mudah lupa pada amanah dan tanggungjawab.

Poligami dan pernikahan di negara jiran adalah satu kisah yang sinonim dan tidak dapat dipisahkan. Kerana tidak mahu isteri pertama tahu, dan kononnya ingin menjaga hati insan lain, Kebiasaanya, pernikahan dilakukan di negara seberang. Walhal, sebenarnya tidak sanggup nak naik mahkamah untuk mendapat kebenaran poligami dari isteri pertama. Alasan yang biasa, banyak sangat prosedur dan leceh!!

Sebenarnya, undang-undang yang dibuat ini adalah untuk memelihara hak-hak wanita supaya tidak dianiaya. Undang-undang ini adalah langkah pencegahan supaya hanya lelaki yang benar-benar BERANI dan BERTANGGUNGJAWAB sahaja yang layak berpoligami. Namun, apabila tengah mabuk bercinta, tidak apa yang dapat menghalang, lantas mengambil jalan mudah dengan bernikah di seberang. 

Tak salah tapi akan menimbulkan susah pada masa akan datang. Banyak hati-hati insan akan terluka dan rasa dikhianati. Terutama isteri pertama dan anak-anak akan hilang rasa hormat pada ayah mereka. Tindakan itu akan membuatkan ahli keluarga malu kerana tindakan yang tidak beradap dan beradat walaupun tidak salah dalam Islam. Mungkin salah pada undang-undang negara kita.Perkhawinan di luar sempadan, walaupun sah pada sudut agama kerana cukup syarat, ia tetap menjadi kesalahan pada sudut perundangan keluarga di negara kita. Fikir-fikirkanlah... 



Wednesday, March 27, 2013

Friday, March 22, 2013

Kusut

Assalamualaikum

Tahun 2013, tahun yang aku kira penuh kontroversi awalnya..sehingga kini. Setiap manusia berubah. Semua orang di sekeliling kita berubah mengikut arus persekitaran, mengikut peraturan alam, mengikut kehendak Pencipta. Namun, ada juga yang masih tidak berubah walaupun fizikal sudah berubah tapi hati tetap sama. Perangai tetap sama. Meloyakan!

Satu tazkirah yang aku dengar, biarpun jasad kita berubah, hancur apabila mati, tetapi jiwa kita tetap tidak berubah. Roh tetap sama, mengadap Tiuhan Yang Esa. Dalam bentuk apa, kita pun tak pasti. Itu yang menanti di akhirat sana.

Manusia suka menilai. Menilai terhadap sesuatu yang dilihat dan suka memberi analisis sendiri tanpa mengetahui kebenaran sebenar. Kadangkala disebarkan merata-rata sebagai fitnah.