Tuesday, November 10, 2015

Kurus

Hari ini bercerita mengenai kurus. Hikmah Allah swt, rahsia Allah swt kita tak tahu..kenapa begini, kenapa begitu..

Selepas 30 tahun aku sangat bersyukur dan terbuka hijab melihat aturan Allah swt...
30 tahun yang lepas aku selalu dihina, diejek, dicaci kerana kurus.. kadangkala sehingga menangis kot.. biasala masa tu kan kanak kanak.

Tapi selepas 30 tahun, orang mula bertanya,
"Apa rahsia kekal kurus... ??"
"Best kan.. kurusss je.."
"Jeles la... boleh pakai apa saja baju kan, senang"
 Aku tersenyum je.