Sunday, April 17, 2016

Suatu masa nanti

Suatu masa, wajah tampan yang kau puja itu akan mula mengendur. Rambut hitam akan mulai bertukar putih dan keguguran. Kulit yang kelihatan tegang akan mengecut... Gigi juga mulai luruh.. Itulah hakikat fizikal manusia yang pernah disanjung dan dipuja, ditelan masa - reput juga akhirnya. Senyuman dan kata -kata keramat manis akan hilang.. Suara juga mulai berubah garau dan terketar ketar. Mungkin hati dan jiwanya masih muda.. Tetapi tidak mampu diimbangi dengan keadaan fizikal yang mulai berubah. Itulah keadaan manusia di dunia maya ini.. Sedangkan di dalam al quran mengatakan di dalam syurga kelak, semuanya kelihatan muda dan cantik. Sentiasa muda dan cantik.

Dunia hanya singgahan sementara namun kadang kala terasa seperti berumah kekal di sini. Kadangkala rasa bersyukur untungnya diri menjadi anak perantau. Sedar hakikat bahawa kita akan pulang ke kampung kita suatu masa nanti.. Mungkin bukan di Ipoh.. Tapi di akhirat sana..

Banyak insan ditemui, adakalanya melekat di hati.. Tetapi hanya mampu tinggal kenangan saja. Masing masing ada haluan sendiri. Untung ada pasangan disisi menemani... Allah swt Maha Pemurah dan Penyayang.. Dijadikannya teman supaya tidak kesunyian di dunia yang fana ini. Namun masih ada yang belum ketemu teman, mungkin jiwanya lebih kuat dan tabah daripada kita... Kerana kita lemah, sebab itu dikurniakan teman..

Selalu bertafakur dan bertanya kepadaNya.. Apakah pesan untuk hari ini.. Tidak lain tidak bukan- hanya tentang akhirat... Akhirat yang kekal abadi.. Dia selalu mengingatkannya.. Ingatan untuk diri sendiri yang mudah lupa.. Akhirat adalah tujuan kita.. Dunia adalah singgahan kita... Amin

Monday, February 22, 2016

Scam jual beli di Mudah

Hari ini, ingin berkongsi pengalaman dengan semua. Semoga dapat membantu untuk lebih berhati -hati apabila membuat urusniaga jual beli di alam maya ini.

Baru baru ini, aku ingin menjual beg tangan berjenama terpakai dan membuat iklan di laman Mudah . Laman mudah ni, antara yang popular dan sangat mudah kita nak iklankan barang-barang secara percuma pulak tu!!

Sehari selepas iklan, dapat sms, mengatakan berminat dengan handbag ini.  Sms diterima seperti kat bawah ni..


So, masa ni, hati berbunga la. Ada orang berminat dah. Aku pun reply berserta gambar barang yang hendak dijual. Kemudian, terima lagi balasan email seperti berikut.



Masa ni, macam rasa pelik dah email ni. Orang lelaki nak beli handbag?? Lepas tu, suruh buat akaun paypal australia plak... so, email ni diabaikan. Aku mula studi mengenai scam di mudah. Rupanya banyak sangat kes macam ni. Kalau kita melayan, akan ada rentetan email seterusnya, dan kita akan diminta untuk bank in sejumlah duit pulak kat dia. Aku pun tak reveal apa-apa lagi, mcm nombor bank dan lain-lain. So, tips penting: JANGAN BERIKAN NOMBOR AKAUN BANK dengan mudah kepada pembeli yang diragui. Kenapa? Nanti dia akan beri alasan, kata duit dah masuk dan suruh pos barang, walhal tak ada duit pun..

So, penjual di luar sana, terutama di mudah, sila berhati hati apabila menerima email buyer yang pelik-pelik. Sekadar berkongsi pengalaman, semoga ada manfaat kepada semua... dan juga peringata kepada diri sendiri...