Sunday, January 4, 2015

Antara musibah dan hikmah

Musibah banjir melanda Malaysia. Tempat aku juga tidak terkecuali dilanda banjir tetapi pada kali ini tidaklah seteruk tahun lepas. Air sungai tidak melepasi paras bahaya. Sekadar paras berjaga- jaga sahaja.
Kami juga bersiap- sedia mengemas barang- barang penting dan barang - barang keperluan sekiranya perlu berpindah. Tahun lepas, jiran-jiran kami semua terpaksa berpindah selama satu malam kerana rumah dimasuki air.
Rumah yang kami tinggal sekarang adalah rumah sendiri. Bukan rumah sewa. Tetapi aku rasa rumah ini hanya tempat persinggahan sementara kerana dalam hati berkira -kira akan pulang dan menetap di kampung halaman di Perak. Jadi nak kata sayang sangat rumah ni, biasa -biasa aja. Barang keperluan semuanya lengkap. Ada dapur dan almari pakaian yang besar. Sekiranya dilanda banjir, mungkin aku berharap aku taklah sedih sangat.
Hingga satu ketika, baru aku faham. Inilah sepatutnya kita faham, dunia adalah persinggahan sementara, akhirat adalah rumah pencen kita... di akhirat adalah yang kekal abadi.. hikmah banjir, baru terbuka mata hati...

No comments:

Post a Comment