Thursday, September 30, 2010

Bersyukur..

Don't compare your life to others. You have no idea what their journey is all about.

 Aku suka kata -kata ni. Sangat -sangat suka.. memberi inspirasi, motivasi dan kekuatan..

Sudahkan kita bersyukur hari ini? Berapa kali kita bersyukur hari ini? Apa yang kita syukuri? Kepada siapa kita bersyukur? dan banyak lagi pertanyaan-pertanyaan lain di dalam hati mengenai syukur ……

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memberikan pernyataan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Ku-tambah nikmat-Ku kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” (QS. Ibrahim: 7).

Syukur tanda keimanan...

Pagi tadi, pagi Jumaat yang sungguh diberkati... kami telah ketemu dengan semua anak -anak kucing kesayangan kami yang telah hilang selama 3 hari... syukur alhamdulillah..syukur tak terkata.. Allah swt telah makbulkan doa aku... Aku cuma berdoa yang terbaik untuk mereka dan ibu mereka...Citam, Bun, Picolo dan Oreo... semua selamat.. Picolo ditemui pagi semalam, dia pulang ke rumah dengan riuh rendahnya..kelaparan.. jadi seharian semalam, dia bersuka ria..sehingga memboyot perutnya..tapi alhamdulillah, dia nampaknya pandai bawa diri, tak meraya -rayau sangat. So tak hilang ke mana-mana malam tadi.

Pagi tadi, selepas kira -kira 2 minit suamiku berlepas ke tempat kerja, dia pulang semula ke rumah. Waktu tu aku nak kunci pintu pagar, aku kira dia teringat handphonenya yang tertinggal. Tiba -tiba dia mengangkat Oreo... terkejut aku... ingatkan ada Oreo je, dia buka pintu kereta dan cakap, " Ni ada lagi"... Citam dan Bun..kelihatan terpinga -pinga di seat sebelah driver tu... Alhamdulillah...semua selamat. "Bagi diaorang makan..apa -apa je..ni kelaparan ni.." pinta suamiku.. Terus aku mengambil kesemua anak -anak kucing tu, membawa ke dalam pagar rumah... buka pintu dan capai friskie... lahap betul..kecuali Picolo..ala -ala berlagak kekenyangan yang amat sangat..memang pun, aku baru bagi dia makan sebelum bersiap nak pergi kerja pagi tadi..

Tengah hari tadi, pulang ke rumah menjenguk dia orang...aku kurung dalam sangkar pagi tadi dengan harapan agar derang tak merayau -rayau dan menghilangkan diri lagi... so ok semuanya...cuma sebelum aku pergi kerja lepas lunch tadi, tengok Citam dah hilang...alamak..ke mana plak dia ni... dengar sayup -sayup je suaranya..rupanya dalam longkang dah..terpaksalah aku terjun masuk longkang tu.. isk isk isk... :)

Monday, September 27, 2010

Bun: Telah pergi ...

Bun dalam kenangan


Semalam Bun telah pergi. Selepas pulang dari bandar, kami temui bangkainya di hadapan rumah. Ada kesan dilanggar di hadapan jalan rumah dan bangkainya diletakkan di tepi tong sampah rumah kami. Bun, kami akan merinduimu.

Friday, September 24, 2010

Kisah kucing -kucingku...

Bun, Citam dan Oreo
Pagi tadi, pagi Jumaat yang sungguh diberkati... kami telah ketemu dengan semua anak -anak kucing kesayangan kami yang telah hilang selama 3 hari... syukur alhamdulillah..syukur tak terkata.. Allah swt telah makbulkan doa aku... Aku cuma berdoa yang terbaik untuk mereka dan ibu mereka...Citam, Bun, Picolo dan Oreo... semua selamat.. Picolo ditemui pagi semalam, dia pulang ke rumah dengan riuh rendahnya..kelaparan.. jadi seharian semalam, dia bersuka ria..sehingga memboyot perutnya..tapi alhamdulillah, dia nampaknya pandai bawa diri, tak meraya -rayau sangat. So tak hilang ke mana-mana malam tadi.

Pagi tadi, selepas kira -kira 2 minit suamiku berlepas ke tempat kerja, dia pulang semula ke rumah. Waktu tu aku nak kunci pintu pagar, aku kira dia teringat handphonenya yang tertinggal. Tiba -tiba dia mengangkat Oreo... terkejut aku... ingatkan ada Oreo je, dia buka pintu kereta dan cakap, " Ni ada lagi"... Citam dan Bun..kelihatan terpinga -pinga di seat sebelah driver tu... Alhamdulillah...semua selamat. "Bagi diaorang makan..apa -apa je..ni kelaparan ni.." pinta suamiku.. Terus aku mengambil kesemua anak -anak kucing tu, membawa ke dalam pagar rumah... buka pintu dan capai friskie... lahap betul..kecuali Picolo..ala -ala berlagak kekenyangan yang amat sangat..memang pun, aku baru bagi dia makan sebelum bersiap nak pergi kerja pagi tadi..


Tengah hari tadi, pulang ke rumah menjenguk dia orang...aku kurung dalam sangkar pagi tadi dengan harapan agar derang tak merayau -rayau dan menghilangkan diri lagi... so ok semuanya...cuma sebelum aku pergi kerja lepas lunch tadi, tengok Citam dah hilang...alamak..ke mana plak dia ni... dengar sayup -sayup je suaranya..rupanya dalam longkang dah..terpaksalah aku terjun masuk longkang tu.. isk isk isk... :)

Wednesday, September 1, 2010

Masjid : Rumah Allah swt

Salam Ramadhan. Alhamdulillah, sudah 22 hari kita menyusuri bulan Ramadhan dan menjalani ibadah berpuasa. Pada hujung minggu lepas, berkesempatan menonton sebuah rancangan di Astro yang menceritakan sejarah pembinaan masjid Ketiga Terbesar di Dunia, Masjid Syekh Zayed Abu Dhabi, selepas Masjidilharam (yang pertama) dan Masjid Nabawi (yang kedua).

Kedua terbesar: Masjid Nabawi Madinah Al Munawaroh

Pertama di dunia: Masjidil Haram Makkah Al Mukarommah

Alhamdulillah, aku sudah diberi peluang oleh Allah swt untuk beribadah di Masjidiliharam dan Masjid Nabawi. Namun, ketika menonton pembinaan Masjid Syekh Zayed, membuatkan hati rasa teringin teruja untuk menziarah masjid itu di Abu Dhabi..tapi ta tahula bila...

Masjid ketiga terbesar di dunia: Masjid Syekh Zayed Abu Dhabi


Masjid ini dibuka secara rasmi pada Ramadhan 2007. Nama masjid itu diambil sempena nama presiden pertama Uni Emirat Arab (UEA), Syekh Zayed bin Sultan al-Nahyan, yang juga dimakamkan di sekitar masjid. Masjid Syekh Zayed berlokasi di antara dua jembatan, yakni Mussafah dan Maqta. Selain berfungsi sebagai tempat ibadah, masjid itu juga menjadi tempat pelancongan agama.

"Masjid ini adalah masjid terbesar ketiga di dunia setelah Masjidil Haram,'' kata Ketua Projek, Khawla al-Suleimani.

Pada mulanya, masjid itu tidak membenarkan dikunjungi oleh non-Muslim. Namun, sejak Mac 2008, pihak pengurusan Abu Dhabi membenarkan non-Muslim mengunjungi Masjid Syekh Zayed dengan tujuan mempromosikan kebudayaan dan pemahaman keagamaan.

Pengunjung non-Muslim dilarang untuk menyentuh Al-Quran dan wanita harus menggunakan penutup kepala (tudung). Masjid Syekh Zayed meraih beberapa rekod dunia, salah satunya, permadani yang dipasang di masjid itu tercatat sebagai permadani terbesar di dunia.

Permadani itu secara khusus didatangkan dari Iran dan direka khusus oleh seniman negeri para mullah terkemuka, Ali Khaliqi. Luas permadani yang dipasang di masjid itu mencapai 5.627 meter persegi dan beratnya mencapai 47 ton-35 ton wol dan 12 ton kapas.



Selain itu, masjid ini juga dilengkapi dengan kandil (lampu) terbesar di dunia. Masjid Syekh Zayed dihiasi tujuh lampu berlapis emas dan tembaga yang terbuat dari kristal Swarovsky. Ketujuh lampu itu secara khusus didatangkan dari Jerman. Kandil terbesar berdiameter 10 meter dan tinggi 15 meter.Luas masjid itu mampu menampung 40 ribu jemaah. Kapasita ruangan solat utama mencapai 9.000 jemaah, sedangkan dua ruangan lainnya di sebelah ruang utama, masing-masing mampu memuatkan 1.500 jemaah, khusus untuk Muslimah.

Masjid ini kelihatan sangat megah kerana diapit empat menara setinggi 115 meter di empat sudut. Jumlah kubah yang menambah keindahan Masjid Syekh Zayed ada 57 buah, menaungi halaman dalam dan gedung utama. Kubah masjid ini dihiasi marmar putih dan dekorasi dalamannya diukir dengan tangan dan juga dibuat dari marmar. Halaman masjid itu dilapisi marmar dengan hiasan motif bunga dan ukurannya mencapai 17 ribu meter persegi.

Masjid tersebut mulai dibangun pada 2006 dan selesai pada 2007. Pembangunan Masjid Syekh Zayed menelan perbelanjaan sebesar 8 juta dolar AS. Dipetik dan diubahsuai dari laman IKDAR