Monday, June 20, 2011

Miko Chan vs Citam ~~

Citam dgn Bear
Miko Chan telah 2 minggu bermastautin di rumah ni.. Alhamdulillah, kehadirannya sungguh menceriakan kami. Sangat manja tetapi tak suka dipeluk atau didukung.. (unlike Citam)..semua barang permainan Citam atas kabinet, telah diselongkar oleh Miko Chan... bila aku susun, dia punggah...isk isk...miko miko~~
Miko Chan bersama teddy bear (remind me of Citam)
 Posing 

Kakak Miko Chan

Say Hello..pandai lak cium mulut...isk isk

Thursday, June 16, 2011

Kerja!

Susah dengan orang yang suka buat kerja sambil lewa ni!!!

Wednesday, June 15, 2011

Ilham template

Puas mengodek -godek template..akhirnya pilih yang ni..rasa suka sangat..really my taste.. tak tahula kalau orang lain kan.. so kalau nak browse yang lain -lain, boleh pergi kat sini Free Blogger Template
ok..please sambung kerja..!!yey!!

Friday, June 10, 2011

Bahaya Mengumpat

Sangat penat... sukarnya mencari teman baik..yang ada di sekeliling yang suka mengumpat.. Kadang -kadang rasa lebih baik bersendirian daripada berteman sekiranya teman itu suka menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain. Ya Allah swt, temukan aku dengan orang yang baik dan beriman. Jauhkan aku daripada orang yang membawa kelalaian..


Dipetik dari sini
Ghibah atau mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim).

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa besar.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan dirinya.