Tuesday, May 12, 2020

Musim PKP Covid 19

Alhamdulillah.. sedar tak sedar.. hampir 2 tahun berlalu.. since last post sebelum ni..
Sekarang duduk rumah kerana satu dunia dilanda ujian dan musibah Covid 19 yang telah meragut banyak nyawa.
Banyak ingin dikongsi tetapi masa tidak mengizinkan. Nanti kita bertemu lagi.

Wednesday, February 14, 2018

Tahun Baru 2018

Assalamualaikum...
 Dah masuk bulan kedua untuk tahun 2018 ni.. tahun yang bakal menjadi sejarah.. seawal bulan kedua.. telah mendapat kabar duka, kehilangan seorang ahli keluarga. Namun, setiap ujian dan dugaan akan ada himah di sebaliknya.. insyallah.. Allah swt yang lebih mengetahui.
format blog pun terpaksa ditukar memandangkan semuanya third party punya dah expired... 😉😉😉

ok.. nanti jumpa lagi.

Tuesday, October 10, 2017

Kerana mulut...

Hari ni nak bercerita sikit.. tazkirah diri sendiri.. selalu perhatikan orang- orang di sekeliling.. yang baik kita ambil contoh, yang jahat kita buat tauladan.. yang jahat tu cam mana?? Perangai nya la..

Ada jenis orang yang mulut dia laser.. cakap tak fikir hati dan perasaan orang lain.. cakap ikut main lepas .. bab kata orang.. cakap dulu baru berfikir.. tapi orang yang bijak.. berfikir dulu sebelum bercakap kan..

Kadang tanpa kita sedar, kata- kata kita melukakan hati orang sekeliling.. contoh .. walaupun nampak simple:
A: Hari tu saya dah bagitahu dalam wassup
B: Maaf mungkin saya tak baca. Saya tak ingat.
A: Apala macam ni... belum tua dah nyanyuk dan bla bla bla bla...

Perasaan si B?? Kena kutuk kan.. kalau sekali - sekala boleh dianggap bergurau.. kalau asyik dihina je macam tu.. bukan sebab lupa .. banyakla sebab2 lain .. sebab perangai si A ni jenis suka menghina orang lain..

Kalau kita bercakap membuatkan orang sakit hati..

Saturday, May 27, 2017

sisi kehidupan lain

Salam

Lama dah tak menulis. Banyak juga rasanya isu. Nak kupas satu satu  dengan perlahan.
Dalam masa beberapa bulan telah bertemu dengan beberapa orang kawan atas dasar meminati artis yang sama.. what?? Artis?? Haha... memang kelakar.

Tak pernah terjebak dunia artis yang mempunyai fan club.. dan accidently eh.. terjoin group wassup dan katanya dah dikira join fan club.. aigoooo 😅

Follow perjalanan artis tu tak kisah.. terpulang.. kalau kita suka, kita follow tapi kalau rasa x nak follow just abaikan.. bila free boleh layan.. tengok video dia nyanyi ke.. dan apa saja..

Ok. Sana sini melihat dunianya caca merba.. kawan saling menindas dan mencari glamour.. peminatnya pula bercakaran.. tapi masih ramai yang setia dan cuba bersatu hati. Aduhai dunia... rupanya ada satu sisi kehidupan lain bagi artis.. dan peminat yang meminati artis.. barulah aku sedar.. ok .. rasanya ingin berundur.. sampai masanya.. aku hanya mampu melihat dari jauh.. itu bukan kehidupan yang aku cari.. aku hanya cari kehidupan yang diredhai olehNya sahaja.. bukan mengenai sesiapa.. sekadar coretan di angin lalu..

Sunday, April 17, 2016

Suatu masa nanti

Suatu masa, wajah tampan yang kau puja itu akan mula mengendur. Rambut hitam akan mulai bertukar putih dan keguguran. Kulit yang kelihatan tegang akan mengecut... Gigi juga mulai luruh.. Itulah hakikat fizikal manusia yang pernah disanjung dan dipuja, ditelan masa - reput juga akhirnya. Senyuman dan kata -kata keramat manis akan hilang.. Suara juga mulai berubah garau dan terketar ketar. Mungkin hati dan jiwanya masih muda.. Tetapi tidak mampu diimbangi dengan keadaan fizikal yang mulai berubah. Itulah keadaan manusia di dunia maya ini.. Sedangkan di dalam al quran mengatakan di dalam syurga kelak, semuanya kelihatan muda dan cantik. Sentiasa muda dan cantik.

Dunia hanya singgahan sementara namun kadang kala terasa seperti berumah kekal di sini. Kadangkala rasa bersyukur untungnya diri menjadi anak perantau. Sedar hakikat bahawa kita akan pulang ke kampung kita suatu masa nanti.. Mungkin bukan di Ipoh.. Tapi di akhirat sana..

Banyak insan ditemui, adakalanya melekat di hati.. Tetapi hanya mampu tinggal kenangan saja. Masing masing ada haluan sendiri. Untung ada pasangan disisi menemani... Allah swt Maha Pemurah dan Penyayang.. Dijadikannya teman supaya tidak kesunyian di dunia yang fana ini. Namun masih ada yang belum ketemu teman, mungkin jiwanya lebih kuat dan tabah daripada kita... Kerana kita lemah, sebab itu dikurniakan teman..

Selalu bertafakur dan bertanya kepadaNya.. Apakah pesan untuk hari ini.. Tidak lain tidak bukan- hanya tentang akhirat... Akhirat yang kekal abadi.. Dia selalu mengingatkannya.. Ingatan untuk diri sendiri yang mudah lupa.. Akhirat adalah tujuan kita.. Dunia adalah singgahan kita... Amin