Thursday, September 3, 2015

Pelajar baru universiti

Assalamualaikum wbt
Minggu ini, musim pendaftaran bagi mahasiswa baru di IPTA tempatan.
Tadi sempat juga membaca satu kisah dari laman fb tarbiah sentap, zaman minggu suai kenal- yang selalunya berkisarkan pengalaman kena buli.
Aku juga nak kongsi satu kisah zaman orientasi di universiti dulu. Minggu pertama kami mendaftar telah diadakan sesi orientasi oleh pihak kolej(asrama). Lain kolej, lain caranya. Kolej kami ni macam mengada-ngada pulak buat orientasi. Kena cari tanda tangan senior sehingga 100 org... memang aku tak layan la. Dalam banyak - banyak senior tu, ada seorang mamat ni, sangat garang, jerit kuat - kuat membuli pelajar junior dengan muka bengis gila...
Aku sekadar melihat la pelbagai karenah senior yang kemaruk glamour...

 Setahun kemudian..

Aku telah menamatkan asasi dengan jayanya dan berjaya ditawarkan di fakulti kejuruteraan. Tanpa disangka, kami (aku dan kawan sekolej yang lama) telah bertemu semula mamat senior yang membuli kami semasa minggu orientasi dulu. Cuma, kali ini dia tidak garang dan bengis macam dulu tapi sudah bertukar menjadi... auw..auw.. dia kelihatan keseorangan tanpa teman. Rupanya dia ditukarkan ke kursus baru dan menjadi junior sama dengan kami. Oleh kerana muka kami ni familiar kot, kan dulu satu kolej, terus dia menegur dengan ramah dan menjadi kawan. Begitulah kecilnya dunia... jangan fikir kau senior boleh berlagak, satu hari kau pulak minta tolong dengan junior...  kan.. pengalaman hidup..