Monday, November 5, 2012

Manusia

Manusia ada macam- macam ragam. Ada yang suka mengumpat, mengeji, memuji... Yang hati baik, busuk macam bangkai. Macam- macam ada. Ada yang tak tahu nak guna nikmat pacaindera. Ada mulut, suka makan daging busuk. Bukannya nak memuji dan bertasbih. Ada akal tapi pendek. Tak pernah buka mulut guna akal tapi buka mulut ikut nafsu buruk. Tak pernah fikir, apa yang dicakapkan akan diperhitungkan kelak di daerah sana. Setiap bait- bait tutur kata semuanya berbaur fitnah dan menghinakan. Alangkah ruginya manusia seperti ini.

Kisah obi

Ni kucing jiran. Setiap hari apabila pulang dari kerja, dia akan sambut. Tunggu depan pintu rumah dan menjerit- jerit suruh buka.
Kalau kita tak bagi dia masuk, dia mogok dan berguling- guling seperti dalam gambar..

Friday, July 13, 2012

Pendengki jauh lebih rendah daripada yang didengki

Aku tak fahamla dengan sifat orang yang dengki ni. Apa masalah dia? Hmm mungkin akalnya lebih pendek dan hatinya agak berbau!!!! Kadangkala kita tak pernah ambil tahu dan tak ingin ambil tahupun tentang mereka tapi apabila ada kerja, kita buat secara profesional la kan. Tak campur adukkan hal yang tak berkaitan tapi orang yang dengki ni akan sentiasa dengki dan akan berusaha untuk menjatuhkan kita. Hakitkatnya kalau kita berada di pihak yang benar, Allah swt akan lindungi kita dan hulurkan kekuatan dalam bentuk dan keadaan yang kita tak sangka. Apa yang penting, kita sentiasa ingat kepada Dia, insyallah keadaan akan pulih walaupun mengambil masa. Sabar adalah pilihan yang ada bagi orang beriman.

Wednesday, June 20, 2012

Muslimah dan Ghibah


Aku penat. Bukan kerana banyak kerja. Tetapi kerana keadaan sekeliling yang tidak menyenangkan. Kat sini jumpa pelbagai ragam manusia. Paling aku takut ialah: 
  1. Orang yang suka menjuihkan mulut dan bercerita keburukan orang lain. Orang yang hanya pandai cakap belakang saja. Depan kita, pijak semut pun tak mati.GHIBAH!!


Contoh scene 1
Ati (bukan nama sebenar) : Kak Ika tu bukan reti buat kerja. (sambil menjuihkan-juihkan mulut dan bercakap dengan nada berbisik) – Tapi apabila depan Kak Ika, senyum manis, berborak sakan.

-       
            Alahai, perlu ke nak kutuk kawan –kawan sekeliling. Kalau orang tu tak reti buat kerja ke, ajarla. Bagitahu la cara yang sesuai. Tak payah pandai cakap belakang je. Depan tunjuk baik.


2.   Orang yang suka menunjukkan dia tahu semua perkara/berita terkini dan menyebarkan kepada orang lain dengan riak muka yang bangga. Orang macam ni, dipanggil internet bergerak. Sukala sangat kan nak bagitahu, akulah orang pertama yang tahu semua perkara. Apa yang hebat sangatnya??     

Aku tak faham langsung. Bagaimana kalau berita yang disampaikan tidak benar atau baru hanya ura-ura.


Contoh scene 2 (Bukan nama sebenar)
Kak Ika  :   Hanis, tahniah!!! (Sambil tersenyum-senyum)
Hanis      :   Kenapa kak? (Muka blank ~!@#$^??)
Kak Ika  :   Tahniahlaaaa… nama Hanis dicalonkan untuk pekerja cemerlang.
Hanis      :   Ye ke??? Itukan kerja HR. Mana ada maklumat apa-apa pun.
Kak Ika  :   Ala akak tahula.. (sambil tersenyum kambing)

Selepas beberapa bulan. Hanis tak dapatpun anugerah pekerja cemerlang tersebut. Ada insan lain yang lebih bertuah tetapi maklumat yang diterima daripada Kak Ika tu macam mana???  Dah la menyampaikan perkara-perkara yang dianggap PnC (private and confidential).
Itula penyebok, busy body… kalau aku macam nak sumpah je orang yang suka menyampai-nyampai maklumat yang ntah apa-apa ni.

3.       Orang yang suka memandang negatif kepada semua perkara yang dia nampak dan lihat. Nampak yang buruk je. Lepas tu suka compare –compare dan cakap diri sendiri juga bagus. Alahai manusia ni!! GHIBAH!!

Contoh scene 3 (Bukan nama sebenar)

Fin          :   Aku tengok si Malia tu tak ada fesyen lain tudung dia. Macam tu je setiap hari. Dah bosan aku     
                   tengok. Bukan cantik pun. Tak update langsung.(Sambil menjuihkan mulut dan riak muka 
                   berkerut.)
Hanis     :     Oh ye ke. Aku tak perasan pun. Biarlah baju dia, tudung dia. Sukati diala nak pakai apapun..
Fin         :    Ala menyampah aku tengok.Orang tukar-tukarla fesyen tudung ni.
Hanis     :    ??? (Apa masalah minah seekor ni????)

Itula ragam manusia. Mulut tu kan suka sangat makan daging busuk. Tak takut langsung.  


Allah SWT. berfirman: “Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebagian kalian menggunjing (ghibah) sebagian yang lainnya. Apakah kalian suka salah seorang diantara kalian memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kalian membencinya. Dan bertaqwalah kalian kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Pengasih.” (QS. Al Hujurat: 12).

Penat!!!!! Tolongla aku!! AKu tak nak berhadapan dengan manusia macam ni. Kadang aku tegurlala..bukan kadang..selalu aku tegur. Tapi apabila tak berubah juga… dah la.. malas nak layan. Biarlah Allah swt je yang balas kejahatan mulut diaorang tu.
Itu depan aku, kalau belakang aku ntah berbakul-bakul dah yang dikutukkan tu.. CONFIRM!!! Tak apala, kat akhirat nanti aku kutipla balik pahala diaorang tu… 


MODE: Geram sambil Muhasabah diri 

Berikut ini adalah beberapa perkara yang menjauhkan diri dari aktiviti ghibah(mengumpat):
1 Meningkatkan ketaqwaan dengan mendekatkan diri kapada Allah, misalnya sering bertilawah dan berzikir agar hati menjadi lunak dan jiwa menjadi tenang.
2 Berfikir sebelum memulai perbualan, agar yang keluar dari mulut adalah perkataan yang baik-baik, dan ingat bahwa semua yang apa yang kita ungkapkan dan kerjakan akan dicatat oleh malaikat Raqib dan Atid.
3 Jelas sebelum menyampaikan berita, supaya ukhuwah tetap terjaga dan tidak terjadi hal-hal yang tidak diinginkan.
4 Mengingatkan orang lain ketika ia menceritakan tentang saudaranya, agar ia tidak terjatuh kedalam lembah yang bernama ghibah. Ada beberapa pengecualian yang disebutkan Imam Nawawi dalam kitab Syarah Shahih Muslim dan Riyadhus Shalihin.
Beliau menyebutkan bahawa menyebut keburukan orang lain diperbolehkan untuk tujuan syara’, yaitu yang disebabkan oleh enam hal:
1 Orang yang teraniaya (mazhlum) boleh menceritakan dan mengadukan kezaliman orang yang menzaliminya kepada seorang penguasa atau hakim atau kepada orang yang berkuasa untuk menegakkan amar makruf nahi munkar dan memutuskan suatu perkara dalam rangka menuntut hak orang yang teraniaya ini. Asalkan ia bertujuan untuk meminta bantuan dan keadilan, karena Al-Qur’an dalam surat An-Nisa ayat 148 sudah menerangkan hal ini: “Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
2 Meminta tolong untuk mencegah kemungkaran dan mengembalikan orang yang berbuat maksiat kembali ke jalan yang benar. Hal ini termasuk amar ma’ruf nahi munkar.
3 Meminta fatwa (istifta’) atau minta keterangan terhadap suatu penjelasan, hal ini hanya boleh dilakukan dengan tidak menyebutkan keburukan seseorang secara berlebihan. Sebagai contoh kita mengambil ibrah dari kisah isteri Abu sofyan yang secara sembunyi mengambil duit suaminya lalu ia mengadukan kepada Rasulullah saw kalau suaminya kedekut, lalu Rasulullah saw membolehkannya asalkan tidak berlebihan.
4 Memperingatkan kaum muslimin dari beberapa kejahatan seperti:
a. Apabila ada perawi hadis, saksi, atau pengarang buku yang bersifat jelek atau berkelakuan tidak baik, menurut ijma’ ulama kita boleh bahkan wajib memberitahukannya kepada kaum muslimin. Hal ini dilakukan untuk memelihara kebersihan syariat. Ghibah dengan tujuan seperti ini jelas diperbolehkan, bahkan diwajibkan untuk menjaga kesucian hadis dan syariat. Apalagi hadis merupakan sumber hukum kedua bagi kaum muslimin setelah Al-Qur’an.
b. Apabila kita melihat seseorang membeli barang yang cacat atau membeli budak (mencari pembantu rumah) yang pencuri, peminum arak, dan sejenisnya, sedangkan si pembelinya tidak mengetahui, maka kita boleh memberitahunya untuk memberi nasihat atau mencegah kejahatan terhadap saudara kita, bukan untuk menyakiti salah satu pihak.
c. Apabila kita melihat seorang penuntut ilmu agama belajar kepada seseorang yang fasik atau ahli bid’ah dan kita khuatir terhadap bahaya yang akan menimpanya. Maka kita wajib menasihati dengan cara menjelaskan sifat dan keadaan guru tersebut dengan tujuan hanya untuk kebaikan semata.
 5. Menceritakan kepada khalayak ramai tentang seseorang yang berbuat fasik atau ahli bid’ah seperti, peminum minuman keras, penyita harta orang lain secara paksa, pemungut pajak liar atau perkara-perkara bathil lainnya. Ketika menceritakan keburukan itu kita tidak boleh menambah-nambahinya dan hanya diniatkan untuk kebaikan.
 6. Jika seseorang sudah dikenal dengan julukan si pincang, si pendek, si bisu, si buta, atau sebagainya, maka kita boleh memanggilnya dengan julukan-julukan itu agar orang lain langsung mengerti,namun jika tujuannya untuk menghina, maka haram hukumnya. Jika ia mempunyai nama lain yang lebih baik, maka lebih baik memanggilnya dengan nama lain itu. 
Sebahagian sumber dipetik di sini
 Wallahu a’lam bi ash-shawab.

Thursday, June 7, 2012

Turning Point

Assalamualaikum wbt

Lama tak mencoret luahan fikiran kat sini. Banyak perkara terjadi. Banyak pengalaman diperolehi. Beberapa hari lalu, berkesempatan menghadiri suatu program dan tetamu jemputannya ialah, Sham Kamikaze... hmm.. OMG.. who is he? erk, nampak sangat aku tak mengenali artis kat Malaysia ni. Hmm.. ok, kumpulan Kamikaze pernah dengar, tapi tak pernah kenal ahli dan lagunya(??) Tak tahu sangat kot...
So, agak curious nak tahu, bagaimana rupa orangnya dan apa kisah disebaliknya. Kenapa panggil dia datang bagi slot ceramah plak???

Serious...tak kenal dia... tapi setelah dia masuk ke dalam dewan dengan membawa gitarnya, duduk di atas pentas..here he is...

.. Sham Kamikaze membuka bicaranya... bertazkirah serba sedikit mengenai teknologi canggih hari ini.. smartphones...facebook... and so on. Menceritakan betapa lalainya manusia hari ini dengan ciptaan ciptaan yang dianggap moden dan canggih ini... (rasa nak tutup facebook)!!! will do later on...Dia terus menerus memberi nasihat kepada semua yang hadir dan di akhir slot (selepas mainkan lagu Ombak Rindu dan Luhur), dia sempat bercerita tentang pengalamannya - Bagaimana dia menemui titik perubahan itu (turning point -360 degrees) - Melalui sahabat baiknya yang bernama Ari dan apabila dia berpeluang menemui  Imam Besar Masjidil Haram, Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais - sehari selepas dia memulakan penghijrahan dan pengembaraan mencari masjid -laluan ke Utara Semananjung. Tersentuh melihat hidayah yang terpancar dari hatinya...hidayah yang dikurniakan oleh Allah swt kepada hamba -hamba yang terpilih...membuatkan aku terfikir...  Di mana aku??

Dia (Sham Kamikaze)...melalui satu fasa berbeza dalam kehidupannya, " Dulu saya buat macam-macam, rasanya dosa saya sangat banyak. Anda semua tidak akan dapat bayangkan apa yang telah saya buat sebelum ini. Terlalu banyak yang telah saya lakukan " ... sekurang-kurangnya dia sedar dan nampak apa yang dia telah buat.... yup.. DIA NAMPAK... Allah swt telah membuka mata hatinya... alangkah bertuahnya dan berbahagianya orang yang telah nampak dan dibukakan mata hatinya....

Kita??? Mungkin kita sangkat kita tak buat perkara maksiat... kita sangka kita tidak membuat dosa... kita rasa kita berada safety zone... kenapa? Sebab kita rasa kita menutup aurat, solat 5 waktu cukup, baca al-quran dan bla bla bla...perkara kita buat yang kita rasa...oh aku tidak membuat dosa dan salah pada Allah swt... aku rasa perasaan itu jauh lebih TERUK dan MENAKUTKAN daripada insan yang telah melalui satu turning point 360 degree...(seperi Sham Kamikaze dll)

dan aku terus berfikir dan berfikir, mencari sesuatu yang aku telah ada dan hilang.... dan mengingatkan aku kepada satu pengalaman yang sangat -sangat berharga semasa di sana , akhirnya aku temui jawapan aku  setelah berpeluang membuat Solat Sunat Taubat ...yup bertaubat.. beristighfar... kita kena selalu bertaubat, tak kira sama ada kita sedar atau tak dengan dosa yang telah kita lakukan..  dan kita perlu BERTAUBAT kepada Allah swt sepanjang masa... 




Mendengar pesan dan tazkirah bekas guitarist kumpulan Kamikaze itu membuka mata hati aku semula.... dan malam tadi apabila melihat Ustaz Don ...dalam Rancangan 30 minit Bersama Ustaz Don ..membuatkan aku terus berfikir dan berfikir tentang kehidupan dan mata hati......

Monday, May 14, 2012

Blogger bertukar format

Wah...blogspot sudah bertukar format baru yang agak memeningkan sikit-sikit..