Wednesday, January 30, 2013

Rindu

Rindu pada masa yang telah lepas.. 14 tahun yang lalu... sangat-sangat rindu.. tapi bersyukur sangat sebab telah menikmati waktu-waktu itu dengan sebaiknya... allah swt telah temukan dengan sahabat sahabat yang baik..
sepanjang perjalanan yang lepas, tak teringat langsung tentang sesiapa di kl..lantaran terlalu serabut dengan keadaan sekeliling.. orang sekeliling asyik bercerita tentang kehebatan diri masing-masing...
tapi apabila dah lama sikit, baru realize.. ramaila kawan-kawan kat sini yang sudi berkongsi masa bersama..
ends up- sempat melewati dunia UM.. lantas mengimbau 14 tahun yang lepas.. Bagaimana first time jejak kaki di UM... inilah dunia yang paling best dan indah ..zaman semasa belajar..belajar mengenali dunia kecil sebelum mengenali dunia sebenar dan agak menakutkan di luar sana...
apapun bersyukur sangat kerana diberi peluang untuk bernafas sehingga kini..bersama insan tercinta di sisi yang setia dan sudi mengharungi dunia yang penuh pancaroba bersama...

Friday, January 18, 2013

Adik

Assalamualaikum

Pagi yang sejuk dan damai. Hujan. Teringat zaman kanak-kanak. Semasa kecil dulu, teringin sangat nak adik perempuan. Tapi dapat adik lelaki. Sedih?? kecewa je sikitt..sikitttt je... Tapi lama-lama rasa best sebab jadi anak tunggal perempuan ok!

Tapi paling tak best masa nak kenduri kawin... sebab tak ada teman perempuan. Terpaksa angkut sepupu-sepupu semua dan mak-mak sedara yang sangat baik hati jadi peneman. Tapi selepas kenduri, dapat seorang adik perempuan!!! YAY!! Sangat suka ok!! Tapi sori, tak leh lak nak post gambar adik kesayangan  kat sini.. anyway, just nak cakap.. sayang kakcik!!

This entry dedicated for you!!

Tuesday, January 15, 2013