Monday, August 4, 2014

Cinta kerana Allah swt




Kehidupan di dunia adalah suatu perjalanan.. sebahagian daripada perjalanan yang panjang.. di mana akhirnya kita akan berkumpul di akhirat bertemu dengan Allah swt.

Tiada apa yang kekal abadi, terutama apabila berhadapan dengan orang –orang yang dikasihi di sekeliling kita. Contohnya, suami, isteri, anak-anak, ibu bapa , kucing… dan lain-lain.. mahupun ipad, iphone, tablet, kereta,rumah dan lain-lain. Manusia boleh berubah kerana semuanya kepunyaan Allah swt, jika Allah swt berkehendakkan hambanya berubah, maka berubahlah dia.. seperti menerima taufik dan hidayah, ataupun kehilangan taufik dan hidayah.. Walaupun perubahan itu adalah dengan izin Allah swt tapi ianya berlaku berdasarkan kehendak individu tersebut.
Perubahan manusia berlaku atas faktor usia.. itu adalah yang paling utama. Apabila meningkat usia, kita akan mengalami perubahan fizikal dan juga rohani… Yang tidak berubah.. hanya satu, iatu Allah swt.

Kadang kala perubahan orang yang dicintai adalah sesuatu yang sukar dijangka. Kasih sayang sesama manusia memang boleh berubah tapi adakalanya kita tidak pernah langsung atau terlintas langsung untuk bersedia berhadapan dengan situasi tersebut. Ini kerana rasa cinta kita diletakkan pada tempat yang salah. Sepatutnya cinta yang utama hanya kepada Allah swt dan kita mencintai sesiapa sahaja adalah kerana Allah swt. Hatta cinta kepada ibubapa pun… biarlah cinta kita kepada mereka kerana cinta kita kepada Allah swt. Kita bersabar melayani karenah mereka kerana cinta kita kepada Allah swt… memang tidak dinafikan ada ibubapa yang membenci anak –anak, mungkin kerana tidak berpuas hati dengan tindakan anak -anak yang mungkin tidak mahu mengikut arahan ibubapa. Ini kerana ada ibubapa yang terlalu mengawal kehidupan anak –anak walaupun anak –anak mereka sudah berumahtangga dan mempunyai kehidupan sendiri.

Bukan mudah untuk meletakkan rasa cinta kepada yang sepatutnya..  Namun kita sebagai hambaNya patut sentiasa berusaha untuk mencari redha dan cintaNya...

No comments:

Post a Comment