Tuesday, March 8, 2011

Kucing memang suka menyibuk!!!

Yup! Kucing memang suka menyibuk...sebenarnya sifat curiosity -nya sangat tinggi... kalau kita tutup pintu, Citam akan cuba nak masukkan kaki/tangan dia kat bawah pintu tu...konon-konon nak check ada apa di sebalik pintu... paling Citam suka menyibuk kalau kita masuk kat dalam bilik air...nanti nampaklah kaki/tangan dia kat bawah pintu tu... ntah apa la yang dia gagau-gagau tu...

Masa kami mengemas rumah, decide nak pindah rumah tu, terus cari kotak...hari 1st mengemas, Citamlah kucing penyibuk no 1...dia masuk dalam kotak..tak pun dia pergi kat rak yang kita tengah punggah tu...

Citam excited tengok orang mengemas

Tak cukup dengan menyeboknya Citam ni, lepas tu dia cuba nak siasat apa yang ada dalam plastik hitam...

Nampak tak ekor Citam tu..

Wednesday, February 23, 2011

Apabila Citam Jumpa Rumput

Kucing suka rumput.. aku pernah terbaca kucing makan rumput untuk meneutralkan rasa ketidakselesaan dalam badan dia.. kalau Arwah Opah aku cakap," Kucing makan rumput untuk dijadikan ubat dia".. Jadi kadang kadang aku beri Citam rumput..

Citam akan bertukar menjadi kambing sekejap apabila jumpa rumput...betul!!.. Tak caya tengokla gambar kat atas ni..

Masa Kak Chik datang bulan 11 hari tu, Kak Chik ada belikan loceng kat dia. Aku selalu gak pakaikan loceng tu kat dia sebab senang nak tahu pergerakan dia. Tapi ada suatu malam tu, loceng tu dah tak ada, hanya tinggal tali mengikat kat leher tu je. Uishh..ganas tul Citam ni....


Inilah loceng hadiah daripada Kak Chik tu...loceng nya entah ke mana dia buang.. sungguh bijak!!

Aksi Citam tidur

Masa bulan 12/2010, masa musim tengkujuh, aku perasan Citam suka tidur, mungkin sejuk kot..Masa ni dia dah kurang aktif sikit, tetapi tetap seperti biasa, suka gigit kaki aku kalau aku tidur kat atas sofa. Still kuat makan, favourite food Royal Canin, dan kuat minum air = kucing yang sihat suka minum air dan sangat aktif mengejar cicak pada waktu malam.

Aktiviti tidur

Tidur lagi~~

Tidur gaya kuak lentang... :)

Tidur atas toto..jangan kacau nanti dia marah..

Ni paling best, masa musim tengkujuh, aku assume dia sejuk, jadi selimutkan dia..hehe

Kenali hobi Citam ~~~

Selain dari main teddy bear, Citam suka duduk dan tidur di atas tv (mungkin tv tu menghasilkan haba yang panas) = kucing suka tempat panas, di atas ampaian kain = kucing suka tempat yang ada tali -tali/jaring dan sangat suka pergi kat tempat mineral water tu, kalau kita buka paip nak minum air tu, apabila dia dengar bunyi air dia akan berlari = kucing excited tengok menda -menda pelik =) . Tak tahula apa yang menariknya tapi itu favourite routine dia. Kalau kita memasak kat dapur, dia akan tunggu sehingga tertidur depan peti ais = kucing suka bau masakan di dapur (especially bila ada bau ikan/ayam). Kalau buka peti ais, dia akan menghulurkan kepala dia dulu. Bau peti ais tu memang menarik minat dia... = kucing suka bau dalam peti ais sebab ada macam -macam bau makanan
Tempat tidur kegemaran dia adalah di atas kerusi yg beralaskan sejadah, dalam bilik tengah. Ataupun di atas sofa dialas dengan selimut tebal tu... = kucing suka tidur tempat tinggi atau beralaskan kain/sofa/selimut

Citam tolong sidai kain

Tempat melepak Citam
Tidur time ~atas sofa

Citam dan Teddy Bear

Pada hari aku menyerahkan Oreo dan Picolo tu, aku telah membeli sebuah sangkar yang agak besar, dua tingkat (ada tangga) untuk menempatkan Citam pada waktu siang, waktu kami bekerja. Sebelah petang, aku lepaskan dia bermain di sekitar halaman rumah, kemudian malam dia akan tidur di dalam rumah. So aktiviti malam dia sangatla penuh, tangkap cicak, lipas, lalat...semua jenis serangga. Aktiviti ni, sebelum dia melepaskan/ melupakan teddey bear dia. Actually, dia ada 3 ekor teddey bear. Kalau dia geram, dia akan menggigit teddy bear, dan usung teddey bear dia ke hulur ke hilir... i love this pic... huhu~~

Citam bersama Teddy Bearnya
Sebenarnya mainan bear Citam ni adalah untuk melatihnya agar tidak menggigit kita. Anak kucing seperti Citam, ketika ni baru berusia 3 bulan, sangat suka menggigit tangan kita. Terutama apabila dia lihat tangan kita bergerak atau ketika kita cuba mengambil/mengusap dia. Masa tula dia akan cakar dan gigit. Jadi apabila Citam menunjukkan mood menggigitnya, cepat -cepat aku bagi bear dia. So memang dia akan menggigit bear dia sepuas hati dia. Tu yang dia suka usung ke sana ke sini. Selalunya dia akan bermain hampir setengah jam dengan bear dia..pusing sana sini... macam lepas geram gitu...

Tapi ketika usia dia menginjak 5 - 6 bulan, dia dah kurang sikit menggigit. Kelebihan Citam, dia tak keluarkan kuku dia apabila bermain dengan kita. So dia tak mencakar sangatla. Maknanya dia tahu bila nak keluar dan simpan kuku dia... =)

Dari atas sofa ke lantai dah..