Monday, August 23, 2010

Yang pertama...

Untuk sekian kalinya aku menghasilkan sebuah blog untuk kali yang ke berapa?? Tak pasti.. tapi ini bukan yang pertama.. yang pertama aku sudah tutup kerana .... hmm..aku sudah lupa.. mungkin tak nak terikat dengan komitment blog... tapi kali ini aku ingin hasilkan blog yang serupa macam dulu, isu -isu yang aku suka kupas..yup tapi dengan tujuan kebaikan sahaja..Insyaallah swt..

Pagi tadi, aku dikejutkan degan berita ribut di Kuantan semalam, sewaktu berbuka puasa. Aku postkan sedkit berita yang deptik dari Pahang Daily Online

KUANTAN, 23 Ogos - Hujan lebat berserta ribut petir melanda bandar ini sekitar jam 6.40 petang semalam. Kejadian yang berlaku ketika umat Islam sedang sibuk membeli juadah berbuka puasa itu jelas sekali mengejutkan sebahagian besar penduduk disini. Apa tidaknya, igauan ngeri kejadian ribut dasyat yang melanda Bazar Ramadhan Jasin di Melaka baru-baru ini masih meninggalkan kesan mendalam kepada mereka. Ramai yang panik apabila melihat petir sabung menyabung dan ribut beserta hujan tiba-tiba datang mengganas. Keadaan panik itu menyebabkan berbagai insiden lain yang dipercayai berlaku di merata tempat. Tinjauan krew kami ke beberapa lokasi yang berkenaan mendapati keadaan yang berlaku amat mengejutkan sekali. Inilah kali pertama "ribut dasyat umpama halilintar" melanda bandar ini. Memang sebelum ini pernah berlaku kejadian yang sama seperti itu, tapi ia tidaklah sehebat apa yang berlaku petang semalam. Rata-rata orang ramai yang ditemui menganggap kejadian itu merupakan pertama kali dalam sejarah sejak mereka bermastautin di bandar itu. Banyak insiden lain yang berkaitan menyebabkan orang ramai terkejut dan tidak menyangka segalanya. Tambahan pula, ketika kejadian umat Islam sememangnya sedang menantikan waktu berbuka puasa dan rata-rata diantara mereka sedang bersedia ke arah itu. Mungkin dek kerana "bala dan kemurkaan Allah terhadap umatnya", tiba-tiba ribut yang maha dasyat itu berlaku.

Keadaan selepas ribut. Bazar ramadhan yang terletak berhadapan dengan Masjid Negeri.
Keadaan bazar malam tadi selepas dipukul ribut.



 Yang menariknya artikel dari Pahang Daily Online itu juga menyatakan terdapat aktiviti yang atau adegen yang kurang menyenangkan berlaku di Padang MPK (yang dijadikan tempat berbuka puasa oleh orang ramai) sebelum ini telah dilaporkan oleh pelbagai pihak terutama orang awam.
Minggu lepas, aku berkesempatan berbuka di situ, memang tidak dinafikan tidak mustahil berlaku kejadian seumpama itu kerana rata- rata yang mengujungi padang tersebut ialah anak -anak muda remaja, pelajar institusi tinggi swasta/ awam...ramai membawa pasangan masing -masing. Mereka duduk secara berkumpulan beramai -ramai, ada yang bergelak ketawa, berborak -borak dan seumpamanya la ketika menunggu waktu berbuka.
Rasanya tak sesuai la kot... waktu nak berbuka kan antara waktu yang paling baik untuk kita berdoa memohon hajat kita kepada Allah swt...patut diisi dengan zikrullah, tambahan pula lokasinya betul -betul depan masjid... rumah Allah swt... mungkin acara sebegitu tak sesuaila dianjurkan jika orang ramai tidak tahu menggunakannya dengan sebaiknya..
Moga -moga selepas ini, orang ramai mengambil iktibar dari kejadian yang telah berlaku.Wallahualam..

1 comment:

  1. Ya betul..moga ada yang ambil pengajarannya..

    ReplyDelete