Showing posts with label kucing. Show all posts
Showing posts with label kucing. Show all posts

Monday, June 20, 2011

Miko Chan vs Citam ~~

Citam dgn Bear
Miko Chan telah 2 minggu bermastautin di rumah ni.. Alhamdulillah, kehadirannya sungguh menceriakan kami. Sangat manja tetapi tak suka dipeluk atau didukung.. (unlike Citam)..semua barang permainan Citam atas kabinet, telah diselongkar oleh Miko Chan... bila aku susun, dia punggah...isk isk...miko miko~~
Miko Chan bersama teddy bear (remind me of Citam)
 Posing 

Kakak Miko Chan

Say Hello..pandai lak cium mulut...isk isk

Monday, March 21, 2011

Sudah sepurnama pemergiannya..

Dalam tak sedar, sudah sebulan Citam pergi... setiap kali balik kerja akan terasa sedikit sayu dan sedih... kalau tak, mesti tak sabar -sabar nak pulang dan tak sabar -sabar nak melihat kelibat Citam..

Dulu, apabila decide nak pindah rumah, selalu fikir, cepatlah keluar rumah, dah tak sanggup rasanya nak tinggal di dalam rumah yang penuh dengan kenangan Citam... tapi apabila dah kemas dan bersihkan rumah, rasa sangat sedih apabila melihat semua tempat -tempat permainan Citam... dan baru tersedar, walaupun kucing.. tetap kepunyaanNya..sampai masa Dia akan ambil semua harta pinjamanNya..

Tinggal di rumah baru, seperti membina kehidupan baru, harap dapat melupakan apa yang telah pergi dalam hidup kita... di kesempatan ni nak tulis sedikit info mengenai sakit Citam..kenapa dia pergi...


Citam dah mula menunjukkan tanda-tanda FIP


Citam berubah karektor..dia kurang bermain, langkahnya jadi lemah dan paling ketara dia dah tak nak makan kibbles dia..Royal Canin 36..   3 hari dia tak nak makan, tiba -tiba perutnya membuncit seperti dalam gambar di atas...masa ni tak sedar dia sakit tapi cuma syak ada yang tak kena..

Kenapa perutnya tiba -tiba membesar? Sedangkan dia baru berusia 6 bulan dan indoor cat..tak ada kucing lain...means dia x hamil lagila..


Kenapa dia tak nak main macam biasa...lebih banyak duduk je...

dan paling ketara..

Kenapa dia tak nak makan? Seleranya berkurang...dan hampir langsung tak makan...

Selepas hari ke-5, aku membawa dia pergi klinik, doktor check dia demam, sbb tu dia x nak makan..tapi doc kata paling ditakuti kalau dia kena FIP.. tak ada ubat.. Mulanya aku fikir doktor bergurau..tak ada ubat??

Tapi apabila muka doc yang begitu serius dan ada riak riak risau pada wajahnya..aku terdiam.. kalau tak ada ubat..apa maksudnya?? Citam akan mati?? Aku rasa berteka-teki je..tapi aku masih mengharapkan Citam akan sembuh...dan tidak ambil peduli pasal FIP...yup..masa tu aku ignore je FIP..

Selepas pulang dari klinik, Citam hanya suka baring macam ni je..

Balik ke rumah, doc bagi ubat demam+antibiotik dan makanan tin untuk kucing sakit..setiap hari suap dia makan..setiap kali waktu lunch aku balik menjenguk Citam...setiap kali di pejabat, fikiranku terkenangkan Citam...keadaannya makin serius..dia langsung tak makan melainkan kalau aku suap...dan paling aku rasa dia sudah kritikal apabila dia memuntahkan makanan yang disuap..dia dah tak nak berjalan, hanya duduk tapi masih bangun kadang-kadang pergi minum air...sudah tak poo-poo..tapi masih memberi respon setiap kali aku memanggil dan mengusap kepalanya.. dia hanya akan membalas...erk. .bunyi yang ringkas..no more meow meow..

18/2/11 - Hari jumaat, aku semakin risau keadaannya dan terus bawa dia pergi jumpa vet lagi..dalam perjalanan, aku singgah di PoliSaS..ketika nak masuk kereta, aku menjenguk dia, dia angkat kepala tengok kat aku...mungkin itu kali terakhir aku merasakan kehadiran Citam...
Sampai di klinik, doc minta untuk tahan Citam..nak test darah dia..rasa berat hati nak tinggalkan dia tapi aku fikir derang mungkin boleh jaga dia dengan baik...aku dah tak tahu nak buat apa...
Dari hari Khamis aku dah tak bleh nak suap dia makan atau bagi dia makan ubat..dia menolak semua benda..

Dalam perjalanan pulang, aku menangis..aku fikir kalau Citam kena FIP dan dia akan pergi..oh sedihnya..apa akan berlaku???  Sampai di rumah terus aku mencari semua info mengenai FIP...dan masa tu aku sedar, aku perlu layan Citam dengan selembut -lembutnya...aku fikir, aku perlu beri apa saja makanan yang dia suka..ikan rebus!!..anything supaya dia boleh terus bertahan... yup anything..

19/2/11 - Family day kat Impiana Cherating...dalam pukul 2.00 ptg dapat call dari klinik..mengesahkan Citam dijangkiti FIP...4.00 ptg - ambil Citam dari klinik dan bawa pulang... doktor kelihatan agak sedih..dia tak banyak komen..aku dah tak boleh tahan dan nangis kat situ jugak,,,kidney failure...citam punya internal orgam semua dah out..kandungan darah nya dah makin teruk..

Doktor suggest to put her to sleep...aku tak bleh nak berfikir..cuma rasa tak sanggup nak lepaskan Citam lagi..biar aku jaga dia sedaya mampu...aku sayangkan citam...sangat sayangkan dia..biar berhabis duit agar dia sihat semula +gembira...aku cakap, nak bawa dia pulang, nak jaga dia...ok, doktor hanya mampu beri Citam ubat tahan sakit supaya dia kurang derita..

Sampai di rumah, Citam langsung tak bergerak keluar dari cat carrier..apabila aku panggil, dia dah langsung tak respond. Aku menangis je tengok dia..rasa sayu sangat. Aku terpaksa angkat dia keluar dan letak atas lantai..biar dia selesa.. Tak lama kemudian, aku nampak dia mengesot ke tempat favourite dia..spt dalam gambar kat atas, dia suka tido bawah ampaian..

Dia dah tak bleh berjalan..seolah -olah tulang dia dah patai..longlai semua...aku pun rasa longlai... setiap 20 minit aku tengok dia..sedih sangat... dan seolah -olah menanti..berapa lama dia dapat bertahan.. ketika dalam perjalanan pulang, aku berdoa kpd Allah swt, sekiranya lebih baik Citam pergi cepat dan itu dapat mengurangkan deritanya, aku reda.. aku tak sanggup nak lihat dia derita...

Malam tu, aku buat ikan rebus..makanan kegemarannya.. Aku nampak hidung dia menghidu tapi dia langsung tak bleh angkat kepala atau duduk. Aku pangku dia dan cuba suapkan, tapi dia menolak... aku pangku, peluk dan cium dia...aku tak tahu nak buat apa dah.. sedih tengok Citam kesayangan aku yg sedang menderita dan  bertarung nyawa..

Aku beri dia minum air zam zam..dengan harapan dapat mengurangkan deritanya...ketika jam 9.30pm..
Nampak dia telan air yang aku inject kat mulut dia tu...kemudian aku biar dia berehat..dia tak tidur, mata dia terbuka separuh...mata dia bergerak-gerak perlahan kalau kita berdekatan dengan dia, sekali-sekala dia mengubah kedudukannya secara mengesot perlahan -lahan..
Kemudian aku masuk ke bilik, sekitar jam 9.50pm, suami aku memanggil aku. Masa tu dia menjengah Citam yang sedang berbaring di bawah ampaian...aku bergegas datang..suami aku meminta aku melihat Citam...
Aku tergaman, Kenapa??... Rupanya Citam dah tiada. Baru je..suami aku kata Citam mendongak kepala tadi sebelum melepaskan nafas panjang dan terus mulutnya terbuka..matanya terbuka...dan air keluar dari mulut dia...
Aku terduduk di sisi Citam , mengusap badannya yang masih panas..akhirnya, penderitaan Citam berakhir setelah meneguk air zam zam...sedihnya hanya Allah swt sahaja yang tahu...
Moga Citam berbahagia di daerah sana disampingNya...

Virus FIP tu telah merosakkan internal organ Citam..makan dalam.....badannya dipenuhi fluid, perutnya membuncit..sehingga nanti jantung dia dah tak blh function...she will die..itu yang doktor explain..virus yang paling kejam!! ..

WHAT IS FIP?
Feline Infectious Peritonitis is a syndrome that results from wide-spread infiltration of the body’s organs with inflammatory tissues called “pyogranulomas.” The resulting global inflammation leads to the failure of the infiltrated organs, fevers unresponsive to antibiotics, and often the accumulation of thick yellow fluid in the belly or chest. The “wet” form of FIP, includes the effusion of thick, yellow fluid as noted. The “dry” form is more insidious, leading to death over a much longer period (often years). Both forms are felt to have 100% mortality.

Thursday, March 10, 2011

Rindukan Citam

Sangat rindukan Citam... terbayang -bayang bulunya yang gebu dan rupanya yang comel dan cantik.. Suka picit-picit dan peluk dia...selalu cakap, " Give me a hug..and give me a BiGGG hug" sambil dukung dan peluk -peluk dia...
Sehingga saat -saat akhir pun masih lagi memangku dia.... really miss my Citam badly!!

Citam!

Wednesday, February 23, 2011

Apabila Citam Jumpa Rumput

Kucing suka rumput.. aku pernah terbaca kucing makan rumput untuk meneutralkan rasa ketidakselesaan dalam badan dia.. kalau Arwah Opah aku cakap," Kucing makan rumput untuk dijadikan ubat dia".. Jadi kadang kadang aku beri Citam rumput..

Citam akan bertukar menjadi kambing sekejap apabila jumpa rumput...betul!!.. Tak caya tengokla gambar kat atas ni..

Masa Kak Chik datang bulan 11 hari tu, Kak Chik ada belikan loceng kat dia. Aku selalu gak pakaikan loceng tu kat dia sebab senang nak tahu pergerakan dia. Tapi ada suatu malam tu, loceng tu dah tak ada, hanya tinggal tali mengikat kat leher tu je. Uishh..ganas tul Citam ni....


Inilah loceng hadiah daripada Kak Chik tu...loceng nya entah ke mana dia buang.. sungguh bijak!!

Kenali hobi Citam ~~~

Selain dari main teddy bear, Citam suka duduk dan tidur di atas tv (mungkin tv tu menghasilkan haba yang panas) = kucing suka tempat panas, di atas ampaian kain = kucing suka tempat yang ada tali -tali/jaring dan sangat suka pergi kat tempat mineral water tu, kalau kita buka paip nak minum air tu, apabila dia dengar bunyi air dia akan berlari = kucing excited tengok menda -menda pelik =) . Tak tahula apa yang menariknya tapi itu favourite routine dia. Kalau kita memasak kat dapur, dia akan tunggu sehingga tertidur depan peti ais = kucing suka bau masakan di dapur (especially bila ada bau ikan/ayam). Kalau buka peti ais, dia akan menghulurkan kepala dia dulu. Bau peti ais tu memang menarik minat dia... = kucing suka bau dalam peti ais sebab ada macam -macam bau makanan
Tempat tidur kegemaran dia adalah di atas kerusi yg beralaskan sejadah, dalam bilik tengah. Ataupun di atas sofa dialas dengan selimut tebal tu... = kucing suka tidur tempat tinggi atau beralaskan kain/sofa/selimut

Citam tolong sidai kain

Tempat melepak Citam
Tidur time ~atas sofa

Citam dan Teddy Bear

Pada hari aku menyerahkan Oreo dan Picolo tu, aku telah membeli sebuah sangkar yang agak besar, dua tingkat (ada tangga) untuk menempatkan Citam pada waktu siang, waktu kami bekerja. Sebelah petang, aku lepaskan dia bermain di sekitar halaman rumah, kemudian malam dia akan tidur di dalam rumah. So aktiviti malam dia sangatla penuh, tangkap cicak, lipas, lalat...semua jenis serangga. Aktiviti ni, sebelum dia melepaskan/ melupakan teddey bear dia. Actually, dia ada 3 ekor teddey bear. Kalau dia geram, dia akan menggigit teddy bear, dan usung teddey bear dia ke hulur ke hilir... i love this pic... huhu~~

Citam bersama Teddy Bearnya
Sebenarnya mainan bear Citam ni adalah untuk melatihnya agar tidak menggigit kita. Anak kucing seperti Citam, ketika ni baru berusia 3 bulan, sangat suka menggigit tangan kita. Terutama apabila dia lihat tangan kita bergerak atau ketika kita cuba mengambil/mengusap dia. Masa tula dia akan cakar dan gigit. Jadi apabila Citam menunjukkan mood menggigitnya, cepat -cepat aku bagi bear dia. So memang dia akan menggigit bear dia sepuas hati dia. Tu yang dia suka usung ke sana ke sini. Selalunya dia akan bermain hampir setengah jam dengan bear dia..pusing sana sini... macam lepas geram gitu...

Tapi ketika usia dia menginjak 5 - 6 bulan, dia dah kurang sikit menggigit. Kelebihan Citam, dia tak keluarkan kuku dia apabila bermain dengan kita. So dia tak mencakar sangatla. Maknanya dia tahu bila nak keluar dan simpan kuku dia... =)

Dari atas sofa ke lantai dah..


Sunday, February 20, 2011

Kisah Citam~~

Entri ni dan seterusnya aku dedikasikan untuk kucing kesayangan aku(kami) yang telah pergi...Buat masa ini masih sukar untuk aku suaikan diri tanpa kelibat Citam lagi...setiap penjuru dan pelosok rumah ni dipenuhi dengan aksi manja+nakal nya....So..biarlah aku coretkan serba sedikit perjalanan hidup kami yang telah diceriakan dengan kehadirannya untuk seketika... Terima kasih dan syukur kepadaMu Ya Allah swt...

Selepas pemergian Bun...kami jadi sedikit fobia untuk melepaskan anak -anak kucing ini merayau -rayau...selalu ianya dikurung dalam cage..tapi cage tu agak kecil, jadi aku letakkan bergilir -gilir antara Orea, Picolo dan Citam.. selalu yang dilepaskan kat luar ialah Oreo kerana dia sangat bising bila duduk dalam cage...yang sudah lali kena kurung ialah Citam..

Mungkin selama seminggu setengah je mereka bersama aku....mak kucing plak, setiap malam asyik membawa pulang hasil tangkapan (curi) dia...ikan..sotong..macam segala jenis yang fresh-fresh dia kutip bagi kat anak dia.. Kat mana dia kutip aku tak tahu.. Bila dia bawa pulang tu, mulut dia mesti bising panggil anak -anak dia. Diaorang pun menjerit -jerit la menyahut panggialan emaknya. Walhal, aku dah beri makan macam -macam dah kata anak-anaknya tu, perut dah boyot dah kekenyangan tapi bila mak dia datang...huh... tapi memang meriah...

Pada 6/10/10, kali terakhir mereka bertiga bersama sebelum aku serahkan Oreo dan Picolo dan ibunya kepada tuan barunya..Kak Ja..Citam tinggal bersama kami...so aku sempat snap gambar mereka makan bersama -sama...memang agak sedih nak pisahkan adik beradik ni...tapi untuk kebaikan mereka jugak..aku sangat fobia sebab depan rumah ni dah jadi laluan utama...kerata+lori..semua lalu lalang...possibility derang kena langgar lagi seperti Bun sangatla tinggi...

Makan bersama beramai -ramai

Oreo..

Picolo yang nakal!


Monday, September 27, 2010

Bun: Telah pergi ...

Bun dalam kenangan


Semalam Bun telah pergi. Selepas pulang dari bandar, kami temui bangkainya di hadapan rumah. Ada kesan dilanggar di hadapan jalan rumah dan bangkainya diletakkan di tepi tong sampah rumah kami. Bun, kami akan merinduimu.

Friday, September 24, 2010

Kisah kucing -kucingku...

Bun, Citam dan Oreo
Pagi tadi, pagi Jumaat yang sungguh diberkati... kami telah ketemu dengan semua anak -anak kucing kesayangan kami yang telah hilang selama 3 hari... syukur alhamdulillah..syukur tak terkata.. Allah swt telah makbulkan doa aku... Aku cuma berdoa yang terbaik untuk mereka dan ibu mereka...Citam, Bun, Picolo dan Oreo... semua selamat.. Picolo ditemui pagi semalam, dia pulang ke rumah dengan riuh rendahnya..kelaparan.. jadi seharian semalam, dia bersuka ria..sehingga memboyot perutnya..tapi alhamdulillah, dia nampaknya pandai bawa diri, tak meraya -rayau sangat. So tak hilang ke mana-mana malam tadi.

Pagi tadi, selepas kira -kira 2 minit suamiku berlepas ke tempat kerja, dia pulang semula ke rumah. Waktu tu aku nak kunci pintu pagar, aku kira dia teringat handphonenya yang tertinggal. Tiba -tiba dia mengangkat Oreo... terkejut aku... ingatkan ada Oreo je, dia buka pintu kereta dan cakap, " Ni ada lagi"... Citam dan Bun..kelihatan terpinga -pinga di seat sebelah driver tu... Alhamdulillah...semua selamat. "Bagi diaorang makan..apa -apa je..ni kelaparan ni.." pinta suamiku.. Terus aku mengambil kesemua anak -anak kucing tu, membawa ke dalam pagar rumah... buka pintu dan capai friskie... lahap betul..kecuali Picolo..ala -ala berlagak kekenyangan yang amat sangat..memang pun, aku baru bagi dia makan sebelum bersiap nak pergi kerja pagi tadi..


Tengah hari tadi, pulang ke rumah menjenguk dia orang...aku kurung dalam sangkar pagi tadi dengan harapan agar derang tak merayau -rayau dan menghilangkan diri lagi... so ok semuanya...cuma sebelum aku pergi kerja lepas lunch tadi, tengok Citam dah hilang...alamak..ke mana plak dia ni... dengar sayup -sayup je suaranya..rupanya dalam longkang dah..terpaksalah aku terjun masuk longkang tu.. isk isk isk... :)

Monday, August 30, 2010

Kisah ibu mithali dan anak-anaknya

Kepulangan kami semalam disambut oleh laungan jeritan kegembiraan oleh sebuah keluarga yang tiada berbapa... mereka berlari -lari, dan melompat -lompat kegembiraan sehingga hampir -hampir jatuh ke dalam longkang dan digilis oleh tayar kereta, namun umur anak -anaknya yang masih kecil dan comel itu masih panjang kerana aku sempat menyelamatkannya...uh sungguh terharu sekali...tapi dek kerana keletihan mengharungi perjalanan pulang selama hampir 7 jam malam tadi, kami tidak mampu melayani karenah keluarga kecil ini. Namun saki baki makanan berbuka kami jamu kepada mereka. Mereka makan dengan begitu rakus sekali kerana kelaparan yang amat sangat agaknya...

Pagi tadi selepas menghantar suamiku ke tempat kerja, kepulanganku disambut lagi dengan 2 anaknya yang tiada semasa kami pulang malam tadi. Jadi pagi ni, lengkaplah keluarga kecil yang tiada berbapa ini, seekor ibu mithali+5 ekor anak-anak yang baru berusia 2 bulan aku kira.... yang begitu bahagia melompat -lompat dan berlari-larian di hadapan pintu rumah kami.

Aku sediakan tempat tinggal yang ringkas untuk anak -anaknya berteduh, kotak dialas dengan surat khabar. Nampaknya mereka begitu gembira hingga tak keluar -keluar daripada kotak tersebut. Okla tu kan... jadi aku sempat merakamkan aksi -aksi dan telatah anak -anaknya menikmati sarapan pagi tadi. (diaorang tak cukup umur, jadi tak perlu puasa...) :)

Menikmati sarapan pagi, sepatutnya untuk ibunya.

Lepas makan, kita minum dulu!
Saya sudah kenyang dan rasa sangat mengantuk...
Mari minum beramai -ramai...