Salam
Lama dah tak menulis. Banyak juga rasanya isu. Nak kupas satu satu dengan perlahan.
Dalam masa beberapa bulan telah bertemu dengan beberapa orang kawan atas dasar meminati artis yang sama.. what?? Artis?? Haha... memang kelakar.
Tak pernah terjebak dunia artis yang mempunyai fan club.. dan accidently eh.. terjoin group wassup dan katanya dah dikira join fan club.. aigoooo 😅
Follow perjalanan artis tu tak kisah.. terpulang.. kalau kita suka, kita follow tapi kalau rasa x nak follow just abaikan.. bila free boleh layan.. tengok video dia nyanyi ke.. dan apa saja..
Ok. Sana sini melihat dunianya caca merba.. kawan saling menindas dan mencari glamour.. peminatnya pula bercakaran.. tapi masih ramai yang setia dan cuba bersatu hati. Aduhai dunia... rupanya ada satu sisi kehidupan lain bagi artis.. dan peminat yang meminati artis.. barulah aku sedar.. ok .. rasanya ingin berundur.. sampai masanya.. aku hanya mampu melihat dari jauh.. itu bukan kehidupan yang aku cari.. aku hanya cari kehidupan yang diredhai olehNya sahaja.. bukan mengenai sesiapa.. sekadar coretan di angin lalu..
Showing posts with label bahagia. Show all posts
Showing posts with label bahagia. Show all posts
Saturday, May 27, 2017
Sunday, April 17, 2016
Suatu masa nanti
Suatu masa, wajah tampan yang kau puja itu akan mula mengendur. Rambut hitam akan mulai bertukar putih dan keguguran. Kulit yang kelihatan tegang akan mengecut... Gigi juga mulai luruh.. Itulah hakikat fizikal manusia yang pernah disanjung dan dipuja, ditelan masa - reput juga akhirnya. Senyuman dan kata -kata keramat manis akan hilang.. Suara juga mulai berubah garau dan terketar ketar. Mungkin hati dan jiwanya masih muda.. Tetapi tidak mampu diimbangi dengan keadaan fizikal yang mulai berubah. Itulah keadaan manusia di dunia maya ini.. Sedangkan di dalam al quran mengatakan di dalam syurga kelak, semuanya kelihatan muda dan cantik. Sentiasa muda dan cantik.
Dunia hanya singgahan sementara namun kadang kala terasa seperti berumah kekal di sini. Kadangkala rasa bersyukur untungnya diri menjadi anak perantau. Sedar hakikat bahawa kita akan pulang ke kampung kita suatu masa nanti.. Mungkin bukan di Ipoh.. Tapi di akhirat sana..
Banyak insan ditemui, adakalanya melekat di hati.. Tetapi hanya mampu tinggal kenangan saja. Masing masing ada haluan sendiri. Untung ada pasangan disisi menemani... Allah swt Maha Pemurah dan Penyayang.. Dijadikannya teman supaya tidak kesunyian di dunia yang fana ini. Namun masih ada yang belum ketemu teman, mungkin jiwanya lebih kuat dan tabah daripada kita... Kerana kita lemah, sebab itu dikurniakan teman..
Selalu bertafakur dan bertanya kepadaNya.. Apakah pesan untuk hari ini.. Tidak lain tidak bukan- hanya tentang akhirat... Akhirat yang kekal abadi.. Dia selalu mengingatkannya.. Ingatan untuk diri sendiri yang mudah lupa.. Akhirat adalah tujuan kita.. Dunia adalah singgahan kita... Amin

Tuesday, November 10, 2015
Kurus
Hari ini bercerita mengenai kurus. Hikmah Allah swt, rahsia Allah swt kita tak tahu..kenapa begini, kenapa begitu..
Selepas 30 tahun aku sangat bersyukur dan terbuka hijab melihat aturan Allah swt...
30 tahun yang lepas aku selalu dihina, diejek, dicaci kerana kurus.. kadangkala sehingga menangis kot.. biasala masa tu kan kanak kanak.
Tapi selepas 30 tahun, orang mula bertanya,
"Apa rahsia kekal kurus... ??"
"Best kan.. kurusss je.."
"Jeles la... boleh pakai apa saja baju kan, senang"
Aku tersenyum je.

Sunday, January 4, 2015
Antara musibah dan hikmah
Musibah banjir melanda Malaysia. Tempat aku juga tidak terkecuali dilanda banjir tetapi pada kali ini tidaklah seteruk tahun lepas. Air sungai tidak melepasi paras bahaya. Sekadar paras berjaga- jaga sahaja.
Kami juga bersiap- sedia mengemas barang- barang penting dan barang - barang keperluan sekiranya perlu berpindah. Tahun lepas, jiran-jiran kami semua terpaksa berpindah selama satu malam kerana rumah dimasuki air.
Rumah yang kami tinggal sekarang adalah rumah sendiri. Bukan rumah sewa. Tetapi aku rasa rumah ini hanya tempat persinggahan sementara kerana dalam hati berkira -kira akan pulang dan menetap di kampung halaman di Perak. Jadi nak kata sayang sangat rumah ni, biasa -biasa aja. Barang keperluan semuanya lengkap. Ada dapur dan almari pakaian yang besar. Sekiranya dilanda banjir, mungkin aku berharap aku taklah sedih sangat.
Hingga satu ketika, baru aku faham. Inilah sepatutnya kita faham, dunia adalah persinggahan sementara, akhirat adalah rumah pencen kita... di akhirat adalah yang kekal abadi.. hikmah banjir, baru terbuka mata hati...

Monday, September 15, 2014
Wanita Umpama Berlian
Luahan hati ini ditujukan kepada semua gadis remaja, wanita di luar sana. Semalam dalam perjalanan pulang, sempat mendengar celoteh DJ Radio Perempuan, tapi tak pasti radio apa,
"Adik -adik di luar sana yang masih di bangku persekolahan, tak malukan bergambar dengan lelaki yang kononnya 'boyfriend' masing -masing dan post gambar di fb. Semua orang tengok gambar tu. Tak malukah?? Di mana harga diri seorang perempuan sekarang?"
Itulah harga diri gadis remaja sekarang. Kalau diimbas, apa salahnya, gambar aje kot. Tapi saya faham maksud DJ tersebut, kalau masa kita dulu -dulu, nak angkat muka pandang pelajar lelakipun malu. Apatah nak bergambar berdua -duaan. Kalau ramai -ramai satu kelas tak apala.
Pengalaman semasa belajar di kampus, kakak -kakak akedemi Islam ni, kalau nak bercakap dengan pelajar lelaki, di balik langsir je.. Saya biasa tengok gak. Punyalah menjaga adab. Itupun bercakap apa yang perlu je.
Ada seorang teman yang mempunyai anak gadis remaja pernah meminta nasihat saya- Bagaimana untuk berjaya dalam pelajaran?? Saya katakan:
1- Fokus sahaja kepada pelajaran. Abaikan kisah cinta monyet zaman persekolahan. Hanya 10% sahaja kisah cinta monyet akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Itupun kahwin awal. Kalau berkawan sehingga 10 tahun, saya tak tahulah akan berkekalan ataupun tidak.
Kalau tanya saya, bagaimana nak mencari 'pakwe'?? Bagi saya, tiada istilah 'pakwe', Yang ada hanyalah istilah 'calon suami'.
Kalau nak calon suami yang baik, maka perbetulkan diri kita dulu.
Carilah yang menjaga solat. Sekiranya culas, tak cukup waktu, jangan ambil risiko. Ada yang kata akan berubah bila dah kahwin. Jangan percaya. Manusia susah nak berubah perangai. Mungkin boleh tapi dalam 50% je kot.
Jangan mudah keluar dengan sesiapa yang baru kenal. Elok bawa muhrim sebagai teman. Sebenarnya tiada istilah 'dating' dalam Islam.
Bagi saya, lelaki yang baik tidak akan memaksa atau menyuruh calon isterinya berbuat perkara maksiat. Kalau cakap yang pelik-pelik, sila berhati -hati. Banyak yang saya dengar melalui kawan -kawan saya, ada lelaki yang suka cakap perkara lu**h. Sebenarnya lelaki tu nak uji samada perempuan tersebut jenis yang 'touch-n-go' atau tak.
Kalau dulu, pengalaman saya sendiri, saya tak pernah sesuka hati memberi nombor telefon kepada sesiapa. Tapi ntah macam mana, nombor saya diperolehi oleh seorang teman L. Saya kenal tapi tak rapatpun. Setiap hari, saya mendapat pelbagai panggilan dari nombor tak dikenali tapi saya tak pernah angkat.Bila disiasat, rupanya L ni memberi nombor saya kepada kawan -kawan dia yang lain untuk 'test', sama ada saya layan atau tidak panggilan yang tidak dikenali. Rasa nak hempuk hempuk dan sepak sepak je, Ingat aku ni apa?? Rimas betul la.
Cuma yang saya sedihkan sekarang ialah, remaja hari ini, terutamanya lelaki- ramai yang tidak tahu membaca al-quran. Kalau ditanya tentang solat, "Sehari 2-3 kali je solat". Entahlah, saya fikir mungkin sebulan 2-3 kali je kot. Kalau tak tahu membaca, saya tak pasti kalau mereka mudah menghafaz bacaan dalam solat tapi kebiasaanya, kalau tak tahu membaca, memang tak hafal bacaan dalam solat terutama tahiyat akhir, doa iftitah, doa qunut.. dan bacaan lain. Ini pengalaman saya sendiri bersama pelajar remaja saya. Didiklah anak -anak kita dari kecil. Ajar solat dan sebagainya. Supaya remaja -remaja ini mempunyai jati diri untuk masa depan kelak.
Saturday, August 23, 2014
Tips atasi kebosanan
Aha...rosan bosan..serabut...kusut??? Yup.. bosan dan kusut....Ni ada tips tips yang direka sendiri... yee haaa..
Baiklah, mari kita sambung bicara tulisannya...
Tips untuk atasi kebosanan..tapi ini tips yang akan kongsikan ini sesuai untuk semua dan peringatan untuk diri sendiri pabila terasa bosan+boring atau tak tahu apa nak dibuat..
Tips pertama untuk atasi kebosanan ialah membaca atau mendengar bacaan Al-Quran (beserta terjemahannya).Cari masa yang sesuai, misalnya waktu rehat, atau boleh bukak MP3 yang ada zikir atau bacaan ayat -ayat Al-Quran semasa sedang buat kerja guna komputer..Selain tu kalau nak baca Al-Quran elok yang ada terjemahan, kalau faham bahasa Arab tak apala, tapi kalau tak faham, nanti kita tak fahamlah apakah isi kandungan Al-Quran tu, jadi sebaiknya cuba baca terjemahannya sekali. TETAPI baca Al-Quran ni ada adab, jadi kena patuhi adab -adab membaca Al-Quran. Antara adab -adab utama :- Tuluskan niat untuk ibadah yang sangat mulia ini. Membaca Al-Qur’an sebaiknya dalam keadaan sudah berwudhu, suci pakaiannya, badannya dan tempatnya, serta telah menggosok gigi.
- Pilihlah tempat yang tenang dan waktunya sesuai agar anda dapat memusatkan fikiran dan jiwa lebih tenang.
- Mulailah tilawah dengan ta`awwudz, kemudian basmalah pada setiap awal surah selain surah At-Taubah. Allah . berfirman, “Apabila kamu akan membaca Al-Qur’an, maka memohonlah perlindungan kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk.” (An-Nahl: 98).
- Perhatikan hukum-hukum tajwid dan bunyikan huruf sesuai dengan makhrajnya serta membacanya dengan tartil (perlahan-lahan). Allah . berfirman yang ertinya, “Dan Bacalah Al-Qur’an itu dengan tartil.” (Al-Muzzammil: 4).
![]() |
| Tilawah Al-Quran sangat baik diamalkan pada bulan Ramadhan. |
2. Tips kedua : Kalau rasa bosan -bosan tu biasanya kita tengok TV!! Apa saja rancangan yang best -best, macam rancangan fesyen ke, melancong ke, memasak ke.. atau paling best tengok movie!!!
3. Tips ketiga: Melayari internet. Cuci mata- window shopping maya!! Banyak tempat shopping. Baik lelaki atau perempuan. Dalam negara atau luar negara. Nanti saya review tempat shopping online yang saya biasa shopping!!
4.Tips keempat : Keluarlah bersukan. Berjogging ke, bermain badminton ke, tenis ke.. bowling ke... apa saja yang berfaedah!
5. Tips kelima: Cari resepi -resepi baru untuk dicuba.
Contoh - ini my secret resepi untuk kek biasa.. tryla buat..kalau sedap bagitahu saya (confirm sedap): 250gm butter (brand Anchor), 250gm gula castor, 250gm tepung (Brand Blue Key), 1 sudu teh esen vanilla, 5 biji telur Gred A... ok bakar dalam suhu 170-180 selama 45minit.. yey!! Sangat nyummy!!
6. Tips keenam : Membaca. Membaca surat khabar. Membaca novel. Membaca majalah.. membaca apa sahaja yang berfaedah ok!! Tengah popular sekarang ialah novel adaptasi yang dilayarkan ke layar perak.. Novel: Rindu Awak 200%.. Tryla baca novel tu... bandingkan dengan yang ada di tv..
7: Tips ketujuh: Makan!!! hahaha... tryla alau bosan sangat..
8. Tips kelapan : Mengemas.. kemas rumah, kereta, pejabat, meja, peti ais, bilik... bilik air, almari.. atau apa sahaja yang perlu dikemas.. amalkan konsep 5S: sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal!!!
9. Tips kesembilan: ni last tips kot yang saya nak bagi... kalau rasa bosan sangat dah tak tahu nak buat apa... apa lagi.. tarik bantal, selimut...TIDUR!!!!! ZZZzzzzzZZzzzzz (psstt jangan lupa baca doa tidur yer)
Terima kasih atas perhatian.. Mohon maaf sebarang kesilapan.. Yang baik daripada Allah swt.. yang kurang tu adalah kelemahan saya sendiri.. yang baik tu amalkan yer..
Labels:
bahagia,
creative blog,
kebosanan,
makan,
tips
Monday, August 4, 2014
Cinta kerana Allah swt
Kehidupan di dunia adalah suatu perjalanan.. sebahagian
daripada perjalanan yang panjang.. di mana akhirnya kita akan berkumpul di
akhirat bertemu dengan Allah swt.
Tiada apa yang kekal abadi, terutama apabila berhadapan
dengan orang –orang yang dikasihi di sekeliling kita. Contohnya, suami, isteri,
anak-anak, ibu bapa , kucing… dan lain-lain.. mahupun ipad, iphone, tablet,
kereta,rumah dan lain-lain. Manusia boleh berubah kerana semuanya kepunyaan
Allah swt, jika Allah swt berkehendakkan hambanya berubah, maka berubahlah
dia.. seperti menerima taufik dan hidayah, ataupun kehilangan taufik dan
hidayah.. Walaupun perubahan itu adalah dengan izin Allah swt tapi ianya
berlaku berdasarkan kehendak individu tersebut.
Perubahan manusia berlaku atas faktor usia.. itu adalah yang
paling utama. Apabila meningkat usia, kita akan mengalami perubahan fizikal dan
juga rohani… Yang tidak berubah.. hanya satu, iatu Allah swt.
Kadang kala perubahan orang yang dicintai adalah sesuatu
yang sukar dijangka. Kasih sayang sesama manusia memang boleh berubah tapi
adakalanya kita tidak pernah langsung atau terlintas langsung untuk bersedia
berhadapan dengan situasi tersebut. Ini kerana rasa cinta kita diletakkan pada
tempat yang salah. Sepatutnya cinta yang utama hanya kepada Allah swt dan kita
mencintai sesiapa sahaja adalah kerana Allah swt. Hatta cinta kepada ibubapa
pun… biarlah cinta kita kepada mereka kerana cinta kita kepada Allah swt. Kita bersabar
melayani karenah mereka kerana cinta kita kepada Allah swt… memang tidak
dinafikan ada ibubapa yang membenci anak –anak, mungkin kerana tidak berpuas
hati dengan tindakan anak -anak yang mungkin tidak mahu mengikut arahan
ibubapa. Ini kerana ada ibubapa yang terlalu mengawal kehidupan anak –anak walaupun
anak –anak mereka sudah berumahtangga dan mempunyai kehidupan sendiri.
Bukan mudah untuk meletakkan rasa cinta kepada yang sepatutnya.. Namun kita sebagai hambaNya patut sentiasa berusaha untuk mencari redha dan cintaNya...
Tuesday, May 21, 2013
Berusahalah!!
Salam petang...
Lama tak mencoret... lupakan semua kisah madu, honey, bee... and so on..
Kali ni rasa sudah tiba masanya aku mencoret kisah perjuangan si kecil yang masih belum muncul dalam hidup kami... apabila orang sekeliling berkata pelbagai tomahan dan fitnah...
Kisah yang mereka tidak tahu dan andaian merapu yang mereka fikirkan.. memang rasa sakit hati..
Tapi aku ada pendengar setia... Yang Maha Mendengar segala isi hati aku..kenapa ada manusia yang suka dan sentiasa menyibuk hal orang!!!
Kita ada perancangan namun Allah swt juga mempunyai perancangan yang terbaik untuk kita juga... percaya kepada Allah swt... dan satu pegangan yang kena amalkan; Jangan Putus Asa!!!
Setiap kali rasa sakit hati dan benci dengan andaian atau kata-kata yang lahir dari mulut mereka ni, aku akan berdoa, Berilah taufik dan hidayahMu kepada kami semua, agar kami ditunjukkan jalan yang lurus dan bukan jalan mereka yang sesat!!

Thursday, March 28, 2013
Madu dan Poligami
Madu enak rasanya. Banyak khasiat dan menyihatkan tapi poligami.. Pahit dan mungkin memudaratkan bagi setengah wanita yang tidak mampu menghadapinya.
"Aku ada hak untuk kahwin lagi, jangan ganggu hak aku"" Aku tahu aku mampu, aku janji hak isteri pertama tidak diabaikan. Aku tidak akan menceraikan dia!"
Itulah kata-kata yang biasa lahir dari mulut seorang suami yang mahukan poligami. Yang merasakan dirinya begitu mampu dan berkuasa melakukan apa saja.
Hakikatnya, poligami tidak salah. Poligami dibenarkan dalam islam. Siapalah kita untuk menafikan hukum Allah swt..
Yang salah adalah pengamal poligami. Isteri bukanlah hak milik kekal... Isteri, anak-anak adalah amanah. Manusia mudah lupa pada amanah dan tanggungjawab.
Poligami dan pernikahan di negara jiran adalah satu kisah yang sinonim dan tidak dapat dipisahkan. Kerana tidak mahu isteri pertama tahu, dan kononnya ingin menjaga hati insan lain, Kebiasaanya, pernikahan dilakukan di negara seberang. Walhal, sebenarnya tidak sanggup nak naik mahkamah untuk mendapat kebenaran poligami dari isteri pertama. Alasan yang biasa, banyak sangat prosedur dan leceh!!
Sebenarnya, undang-undang yang dibuat ini adalah untuk memelihara hak-hak wanita supaya tidak dianiaya. Undang-undang ini adalah langkah pencegahan supaya hanya lelaki yang benar-benar BERANI dan BERTANGGUNGJAWAB sahaja yang layak berpoligami. Namun, apabila tengah mabuk bercinta, tidak apa yang dapat menghalang, lantas mengambil jalan mudah dengan bernikah di seberang.
Tak salah tapi akan menimbulkan susah pada masa akan datang. Banyak hati-hati insan akan terluka dan rasa dikhianati. Terutama isteri pertama dan anak-anak akan hilang rasa hormat pada ayah mereka. Tindakan itu akan membuatkan ahli keluarga malu kerana tindakan yang tidak beradap dan beradat walaupun tidak salah dalam Islam. Mungkin salah pada undang-undang negara kita.Perkhawinan di luar sempadan, walaupun sah pada sudut agama kerana cukup syarat, ia tetap menjadi kesalahan pada sudut perundangan keluarga di negara kita. Fikir-fikirkanlah...
Wednesday, January 30, 2013
Rindu
Rindu pada masa yang telah lepas.. 14 tahun yang lalu... sangat-sangat rindu.. tapi bersyukur sangat sebab telah menikmati waktu-waktu itu dengan sebaiknya... allah swt telah temukan dengan sahabat sahabat yang baik..
sepanjang perjalanan yang lepas, tak teringat langsung tentang sesiapa di kl..lantaran terlalu serabut dengan keadaan sekeliling.. orang sekeliling asyik bercerita tentang kehebatan diri masing-masing...
tapi apabila dah lama sikit, baru realize.. ramaila kawan-kawan kat sini yang sudi berkongsi masa bersama..
ends up- sempat melewati dunia UM.. lantas mengimbau 14 tahun yang lepas.. Bagaimana first time jejak kaki di UM... inilah dunia yang paling best dan indah ..zaman semasa belajar..belajar mengenali dunia kecil sebelum mengenali dunia sebenar dan agak menakutkan di luar sana...
apapun bersyukur sangat kerana diberi peluang untuk bernafas sehingga kini..bersama insan tercinta di sisi yang setia dan sudi mengharungi dunia yang penuh pancaroba bersama...

Thursday, August 11, 2011
Nikmati hidup ini dengan penuh syukur...
Ramdhan kali ini rasa sungguh aneh... aku melaluinya dengan rasa hati senang dan bahagia...rasa indah dan tenang...sungguh keberkatan ramadhan.. walaupun pada sisi yang lain, orang sekitar akan cuba mencari setiap kekurangan dan kelemahan kita tapi ada satu suara yang menyuruh aku supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki dan kita akan rasa bahagia...
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)