Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Tuesday, October 10, 2017

Kerana mulut...

Hari ni nak bercerita sikit.. tazkirah diri sendiri.. selalu perhatikan orang- orang di sekeliling.. yang baik kita ambil contoh, yang jahat kita buat tauladan.. yang jahat tu cam mana?? Perangai nya la..

Ada jenis orang yang mulut dia laser.. cakap tak fikir hati dan perasaan orang lain.. cakap ikut main lepas .. bab kata orang.. cakap dulu baru berfikir.. tapi orang yang bijak.. berfikir dulu sebelum bercakap kan..

Kadang tanpa kita sedar, kata- kata kita melukakan hati orang sekeliling.. contoh .. walaupun nampak simple:
A: Hari tu saya dah bagitahu dalam wassup
B: Maaf mungkin saya tak baca. Saya tak ingat.
A: Apala macam ni... belum tua dah nyanyuk dan bla bla bla bla...

Perasaan si B?? Kena kutuk kan.. kalau sekali - sekala boleh dianggap bergurau.. kalau asyik dihina je macam tu.. bukan sebab lupa .. banyakla sebab2 lain .. sebab perangai si A ni jenis suka menghina orang lain..

Kalau kita bercakap membuatkan orang sakit hati..

Sunday, April 17, 2016

Suatu masa nanti

Suatu masa, wajah tampan yang kau puja itu akan mula mengendur. Rambut hitam akan mulai bertukar putih dan keguguran. Kulit yang kelihatan tegang akan mengecut... Gigi juga mulai luruh.. Itulah hakikat fizikal manusia yang pernah disanjung dan dipuja, ditelan masa - reput juga akhirnya. Senyuman dan kata -kata keramat manis akan hilang.. Suara juga mulai berubah garau dan terketar ketar. Mungkin hati dan jiwanya masih muda.. Tetapi tidak mampu diimbangi dengan keadaan fizikal yang mulai berubah. Itulah keadaan manusia di dunia maya ini.. Sedangkan di dalam al quran mengatakan di dalam syurga kelak, semuanya kelihatan muda dan cantik. Sentiasa muda dan cantik.

Dunia hanya singgahan sementara namun kadang kala terasa seperti berumah kekal di sini. Kadangkala rasa bersyukur untungnya diri menjadi anak perantau. Sedar hakikat bahawa kita akan pulang ke kampung kita suatu masa nanti.. Mungkin bukan di Ipoh.. Tapi di akhirat sana..

Banyak insan ditemui, adakalanya melekat di hati.. Tetapi hanya mampu tinggal kenangan saja. Masing masing ada haluan sendiri. Untung ada pasangan disisi menemani... Allah swt Maha Pemurah dan Penyayang.. Dijadikannya teman supaya tidak kesunyian di dunia yang fana ini. Namun masih ada yang belum ketemu teman, mungkin jiwanya lebih kuat dan tabah daripada kita... Kerana kita lemah, sebab itu dikurniakan teman..

Selalu bertafakur dan bertanya kepadaNya.. Apakah pesan untuk hari ini.. Tidak lain tidak bukan- hanya tentang akhirat... Akhirat yang kekal abadi.. Dia selalu mengingatkannya.. Ingatan untuk diri sendiri yang mudah lupa.. Akhirat adalah tujuan kita.. Dunia adalah singgahan kita... Amin

Wednesday, June 15, 2011

Ilham template

Puas mengodek -godek template..akhirnya pilih yang ni..rasa suka sangat..really my taste.. tak tahula kalau orang lain kan.. so kalau nak browse yang lain -lain, boleh pergi kat sini Free Blogger Template
ok..please sambung kerja..!!yey!!

Tuesday, August 24, 2010

Layan Blog


Layan Blog ....Hari ni mari kita layan blog...So hari ni setelah puas mengodek -godek alam maya tentang blog, aku telah terjumpa beberapa laman web yang sangat menarik dan panduan -panduan yang berguna untuk memeriahkan blog anda...

So kat sini, nak bagi beberapa tips yang dipetik dari laman Blog Oh Blog

50 Creative Ways to Make Your Blog Popular


Blog ni di dalam bahasa inggeris...macam rasa tak rajin nak translate, tapi mungkin boleh letak sebahagian daripada info yang ada..lepas review, rasa -rasa tak semuanya valid atau reliable..hanya sebahagian saje kot.. so I tapis -tapis saje yang menarik k, kalau selebihnya nak tahu, just klik kat laman web dia ok??

Tips yang boleh dipakai ialah:
  1. Start a controversy. Just remember not to cross the line. (yang positif sahaja..)
  2. Start a contest. Make sure to end it too. (menarik!!)
  3. Give away free goodies. People love them. (mcm x sesuai je..??)
  4. Write about other bloggers to interest their visitors to read your blog. Keep it positive. (good)
  5. Interview other bloggers and post the interview.
  6. Write about your personal life sometimes. (good idea)
  7. Ask questions to your visitors. (good idea)
  8. Share some secrets. (good idea)
  9. Celebrate your birthday with your visitors. Think of innovative ways for doing this. (good idea)
  10. Celebrate your blog’s birthday too. (good idea)
  11. Write something funny or disgusting. (Don’t make it a habit) (good idea)
  12. Make a bumper sticker with your blog’s name and stick it on your car. (Just make sure you drive often) (good idea)
  13. Write an e-book and distribute it to your visitors for free. (good idea)
  14. Introduce a commission based affiliate program. (good idea)
  15. Tell your visitors about your latest fad or obsession. (good idea)
  16. Post interesting pictures of your pets. (good idea)
  17. Congratulate the top commentators occasionally. (good idea)
  18. Encourage sharing of opinions. (good idea)
  19. Write about your blog achievements. 
  20. Write about your hobbies and interests. (For example, if you like cooking, post a new recipe)
  21. ..... ok yang selebihnya baca sendiri ok... :)
ok, habis kisah ni, nak promote juga satu lagi website Islamic yang sangat menarik hati, Alhabib Islamic Web Service  , semua widgets kat dalam tu simple dan menarik dan sangat sesuai untuk memeriahkan blog ni dengan suasana Islam, mengingati Allah swt...harap banyak lagi designer kat luar tu yang menghasilkan laman web seumpamanya... ok.. adios... Selamat Berbuka...