Showing posts with label hobi kucing. Show all posts
Showing posts with label hobi kucing. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

Aksi Citam tidur

Masa bulan 12/2010, masa musim tengkujuh, aku perasan Citam suka tidur, mungkin sejuk kot..Masa ni dia dah kurang aktif sikit, tetapi tetap seperti biasa, suka gigit kaki aku kalau aku tidur kat atas sofa. Still kuat makan, favourite food Royal Canin, dan kuat minum air = kucing yang sihat suka minum air dan sangat aktif mengejar cicak pada waktu malam.

Aktiviti tidur

Tidur lagi~~

Tidur gaya kuak lentang... :)

Tidur atas toto..jangan kacau nanti dia marah..

Ni paling best, masa musim tengkujuh, aku assume dia sejuk, jadi selimutkan dia..hehe

Kenali hobi Citam ~~~

Selain dari main teddy bear, Citam suka duduk dan tidur di atas tv (mungkin tv tu menghasilkan haba yang panas) = kucing suka tempat panas, di atas ampaian kain = kucing suka tempat yang ada tali -tali/jaring dan sangat suka pergi kat tempat mineral water tu, kalau kita buka paip nak minum air tu, apabila dia dengar bunyi air dia akan berlari = kucing excited tengok menda -menda pelik =) . Tak tahula apa yang menariknya tapi itu favourite routine dia. Kalau kita memasak kat dapur, dia akan tunggu sehingga tertidur depan peti ais = kucing suka bau masakan di dapur (especially bila ada bau ikan/ayam). Kalau buka peti ais, dia akan menghulurkan kepala dia dulu. Bau peti ais tu memang menarik minat dia... = kucing suka bau dalam peti ais sebab ada macam -macam bau makanan
Tempat tidur kegemaran dia adalah di atas kerusi yg beralaskan sejadah, dalam bilik tengah. Ataupun di atas sofa dialas dengan selimut tebal tu... = kucing suka tidur tempat tinggi atau beralaskan kain/sofa/selimut

Citam tolong sidai kain

Tempat melepak Citam
Tidur time ~atas sofa