Showing posts with label Taubat. Show all posts
Showing posts with label Taubat. Show all posts

Sunday, April 17, 2016

Suatu masa nanti

Suatu masa, wajah tampan yang kau puja itu akan mula mengendur. Rambut hitam akan mulai bertukar putih dan keguguran. Kulit yang kelihatan tegang akan mengecut... Gigi juga mulai luruh.. Itulah hakikat fizikal manusia yang pernah disanjung dan dipuja, ditelan masa - reput juga akhirnya. Senyuman dan kata -kata keramat manis akan hilang.. Suara juga mulai berubah garau dan terketar ketar. Mungkin hati dan jiwanya masih muda.. Tetapi tidak mampu diimbangi dengan keadaan fizikal yang mulai berubah. Itulah keadaan manusia di dunia maya ini.. Sedangkan di dalam al quran mengatakan di dalam syurga kelak, semuanya kelihatan muda dan cantik. Sentiasa muda dan cantik.

Dunia hanya singgahan sementara namun kadang kala terasa seperti berumah kekal di sini. Kadangkala rasa bersyukur untungnya diri menjadi anak perantau. Sedar hakikat bahawa kita akan pulang ke kampung kita suatu masa nanti.. Mungkin bukan di Ipoh.. Tapi di akhirat sana..

Banyak insan ditemui, adakalanya melekat di hati.. Tetapi hanya mampu tinggal kenangan saja. Masing masing ada haluan sendiri. Untung ada pasangan disisi menemani... Allah swt Maha Pemurah dan Penyayang.. Dijadikannya teman supaya tidak kesunyian di dunia yang fana ini. Namun masih ada yang belum ketemu teman, mungkin jiwanya lebih kuat dan tabah daripada kita... Kerana kita lemah, sebab itu dikurniakan teman..

Selalu bertafakur dan bertanya kepadaNya.. Apakah pesan untuk hari ini.. Tidak lain tidak bukan- hanya tentang akhirat... Akhirat yang kekal abadi.. Dia selalu mengingatkannya.. Ingatan untuk diri sendiri yang mudah lupa.. Akhirat adalah tujuan kita.. Dunia adalah singgahan kita... Amin

Monday, September 15, 2014

Wanita Umpama Berlian


Luahan hati ini ditujukan kepada semua gadis remaja, wanita di luar sana. Semalam dalam perjalanan pulang, sempat mendengar celoteh DJ Radio Perempuan, tapi tak pasti radio apa,

"Adik -adik di luar sana yang masih di bangku persekolahan, tak malukan bergambar dengan lelaki yang kononnya 'boyfriend' masing -masing dan post gambar di fb. Semua orang tengok gambar tu. Tak malukah?? Di mana harga diri seorang perempuan sekarang?"

Itulah harga diri gadis remaja sekarang. Kalau diimbas, apa salahnya, gambar aje kot. Tapi saya faham maksud DJ tersebut, kalau masa kita dulu -dulu, nak angkat muka pandang pelajar lelakipun malu. Apatah nak bergambar berdua -duaan. Kalau ramai -ramai satu kelas tak apala.

Pengalaman semasa belajar di kampus, kakak -kakak akedemi Islam ni, kalau nak bercakap dengan pelajar lelaki, di balik langsir je.. Saya biasa tengok gak. Punyalah menjaga adab. Itupun bercakap apa yang perlu je.

Ada seorang teman yang mempunyai anak gadis remaja pernah meminta nasihat saya- Bagaimana untuk berjaya dalam pelajaran?? Saya katakan:
1- Fokus sahaja kepada pelajaran. Abaikan kisah cinta monyet zaman persekolahan. Hanya 10% sahaja kisah cinta monyet akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Itupun kahwin awal. Kalau berkawan sehingga 10 tahun, saya tak tahulah akan berkekalan ataupun tidak.

Kalau tanya saya, bagaimana nak mencari 'pakwe'?? Bagi saya, tiada istilah 'pakwe', Yang ada hanyalah istilah 'calon suami'.

Kalau nak calon suami yang baik, maka perbetulkan diri kita dulu.

Carilah yang menjaga solat. Sekiranya culas, tak cukup waktu, jangan ambil risiko. Ada yang kata akan berubah bila dah kahwin. Jangan percaya. Manusia susah nak berubah perangai. Mungkin boleh tapi dalam 50% je kot.

Jangan mudah keluar dengan sesiapa yang baru kenal. Elok bawa muhrim sebagai teman. Sebenarnya tiada istilah 'dating' dalam Islam.

Bagi saya, lelaki yang baik tidak akan memaksa  atau menyuruh calon isterinya berbuat perkara maksiat. Kalau cakap yang pelik-pelik, sila berhati -hati. Banyak yang saya dengar melalui kawan -kawan saya, ada lelaki yang suka cakap perkara lu**h. Sebenarnya lelaki tu nak uji samada perempuan tersebut jenis yang 'touch-n-go' atau tak.

Kalau dulu, pengalaman saya sendiri, saya tak pernah sesuka hati memberi nombor telefon kepada sesiapa. Tapi ntah macam mana, nombor saya diperolehi oleh seorang teman L. Saya kenal tapi tak rapatpun. Setiap hari, saya mendapat pelbagai panggilan dari nombor tak dikenali tapi saya tak pernah angkat.Bila disiasat, rupanya L ni memberi nombor saya kepada kawan -kawan dia yang lain untuk 'test', sama ada saya layan atau tidak panggilan yang tidak dikenali. Rasa nak hempuk hempuk dan sepak sepak je, Ingat aku ni apa?? Rimas betul la.

Cuma yang saya sedihkan sekarang ialah, remaja hari ini, terutamanya lelaki- ramai yang tidak tahu membaca al-quran. Kalau ditanya tentang solat, "Sehari 2-3 kali je solat". Entahlah, saya fikir mungkin sebulan 2-3 kali je kot. Kalau tak tahu membaca, saya tak pasti kalau mereka mudah menghafaz bacaan dalam solat tapi kebiasaanya, kalau tak tahu membaca, memang tak hafal bacaan dalam solat terutama tahiyat akhir, doa iftitah, doa qunut.. dan bacaan lain. Ini pengalaman saya sendiri bersama pelajar remaja saya. Didiklah anak -anak kita dari kecil. Ajar solat dan sebagainya. Supaya remaja -remaja ini mempunyai jati diri untuk masa depan kelak.



Tuesday, May 21, 2013

Berusahalah!!

Salam petang...

Lama tak mencoret... lupakan semua kisah madu, honey, bee... and so on..
Kali ni rasa sudah tiba masanya aku mencoret kisah perjuangan si kecil yang masih belum muncul dalam hidup kami... apabila orang sekeliling berkata pelbagai tomahan dan fitnah...

Kisah yang mereka tidak tahu dan andaian merapu yang mereka fikirkan.. memang rasa sakit hati..

Tapi aku ada pendengar setia... Yang Maha Mendengar segala isi hati aku..kenapa ada manusia yang suka dan sentiasa menyibuk hal orang!!!

Kita ada perancangan namun Allah swt juga mempunyai perancangan yang terbaik untuk kita juga... percaya kepada Allah swt... dan satu pegangan yang kena amalkan; Jangan Putus Asa!!!

Setiap kali rasa sakit hati dan benci dengan andaian atau kata-kata yang lahir dari mulut mereka ni, aku akan berdoa, Berilah taufik dan hidayahMu kepada kami semua, agar kami ditunjukkan jalan yang lurus dan bukan jalan mereka yang sesat!!



Thursday, March 28, 2013

Madu dan Poligami



Madu enak rasanya. Banyak khasiat dan menyihatkan tapi poligami.. Pahit dan mungkin memudaratkan bagi setengah wanita yang tidak mampu menghadapinya.

"Aku ada hak untuk kahwin lagi, jangan ganggu hak aku"" Aku tahu aku mampu, aku janji hak isteri pertama tidak diabaikan. Aku tidak akan menceraikan dia!"

Itulah kata-kata yang biasa lahir dari mulut seorang suami yang mahukan poligami. Yang merasakan dirinya begitu mampu dan berkuasa melakukan apa saja.

Hakikatnya, poligami tidak salah. Poligami dibenarkan dalam islam. Siapalah kita untuk menafikan hukum Allah swt..

Yang salah adalah pengamal poligami. Isteri bukanlah hak milik kekal... Isteri, anak-anak adalah amanah. Manusia mudah lupa pada amanah dan tanggungjawab.

Poligami dan pernikahan di negara jiran adalah satu kisah yang sinonim dan tidak dapat dipisahkan. Kerana tidak mahu isteri pertama tahu, dan kononnya ingin menjaga hati insan lain, Kebiasaanya, pernikahan dilakukan di negara seberang. Walhal, sebenarnya tidak sanggup nak naik mahkamah untuk mendapat kebenaran poligami dari isteri pertama. Alasan yang biasa, banyak sangat prosedur dan leceh!!

Sebenarnya, undang-undang yang dibuat ini adalah untuk memelihara hak-hak wanita supaya tidak dianiaya. Undang-undang ini adalah langkah pencegahan supaya hanya lelaki yang benar-benar BERANI dan BERTANGGUNGJAWAB sahaja yang layak berpoligami. Namun, apabila tengah mabuk bercinta, tidak apa yang dapat menghalang, lantas mengambil jalan mudah dengan bernikah di seberang. 

Tak salah tapi akan menimbulkan susah pada masa akan datang. Banyak hati-hati insan akan terluka dan rasa dikhianati. Terutama isteri pertama dan anak-anak akan hilang rasa hormat pada ayah mereka. Tindakan itu akan membuatkan ahli keluarga malu kerana tindakan yang tidak beradap dan beradat walaupun tidak salah dalam Islam. Mungkin salah pada undang-undang negara kita.Perkhawinan di luar sempadan, walaupun sah pada sudut agama kerana cukup syarat, ia tetap menjadi kesalahan pada sudut perundangan keluarga di negara kita. Fikir-fikirkanlah... 



Friday, March 22, 2013

Kusut

Assalamualaikum

Tahun 2013, tahun yang aku kira penuh kontroversi awalnya..sehingga kini. Setiap manusia berubah. Semua orang di sekeliling kita berubah mengikut arus persekitaran, mengikut peraturan alam, mengikut kehendak Pencipta. Namun, ada juga yang masih tidak berubah walaupun fizikal sudah berubah tapi hati tetap sama. Perangai tetap sama. Meloyakan!

Satu tazkirah yang aku dengar, biarpun jasad kita berubah, hancur apabila mati, tetapi jiwa kita tetap tidak berubah. Roh tetap sama, mengadap Tiuhan Yang Esa. Dalam bentuk apa, kita pun tak pasti. Itu yang menanti di akhirat sana.

Manusia suka menilai. Menilai terhadap sesuatu yang dilihat dan suka memberi analisis sendiri tanpa mengetahui kebenaran sebenar. Kadangkala disebarkan merata-rata sebagai fitnah. 

Wednesday, February 27, 2013

Taubat

Selepas meminta ampun dengan Allah swt, rasa takut apabila setiap saat yang akan menjelma. Apa dosa yang akan dibuat pulak tanpa sedar...