Tips Melancong ke Luar Negara: Seoul Korea
Ok Kali ini nak beri tips-tips untuk travel secara
backpack luggagepack tanpa menggunakan travel agensi. Ini adalah
berdasarkan pengalaman sendiri perjalanan pada 16/9/2013 – 20/9/2013 yang lepas
ke Seoul Korea dan updated - Autumn & Winter Trip : 7 Nov 2014 - 16 Nov 2014. Saja nak berkongsi supaya empunya diri ni ingat- sebab ini juga
panduan for the next trip: er.. tak tau lagi bila..yeee haaaa.. Tips sebelum
pergi ke korea:
- Passport perlu valid melebihi / at least 6 bulan dari tarikh kita
rancang nak berlepas. Masuk ke korea tidak perlukan Visa..
|
Dari dalam flight- Bumi Seoul |
- Semak tarikh kita pergi, ada apa-apa event yang berlangsung
semasa di Seoul Korea. Supaya kita lebih berhati-hati dengan kedai yang
tutup/buka.. kedai atau apa saja tempat yang ingin dilawati. Masa kami pergi
tahun lepas, Korea cuti umum 3 hari sebab sambut Chuseok Day.. Hari Kesyukuran.
Banyak kedai tutup… tapi banyak tempat lawatan dibuka percuma. Jadi ramai
sangat orang especially dari tanah besar China… tapi rancang dengan sebaiknya
supaya percutian kita lebih teratur.
- Semak cuaca di sana
sebelum kita pergi supaya kita boleh rancang baju yang sesuai untuk dipakai
semasa kita bercuti di sana. Boleh semak di google: Weather Forecast. http://www.accuweather.com/ .
- Suhu dan cuaca berubah secara drastik - bagi negara 4 musim..jadi kena bersedia dengan sebarang kemungkinan. Hari ni mungkin suhu 10 degree..tetiba esok boleh drop jadi 0 degree.. Kalau cuaca sejuk, pastikan pakai pakaian yg sesuai, legging, sarung tangan, boots.. dan kalau sejuk sangat, carila heating pads.. boleh letakkan dlm kasut atau gengam dengan tangan.. boleh dibeli kat kedai 7 eleven.. banyak ada dijual.
- Bawa sport shoes atau boots yang sesuai sebab kita akan
banyak berjalan. Naik tangga turun tangga. Panjat bukit n etc. Kalau musim sejuk, better pakai boots sebab sport shoes.. sejuk kaki kena tiup dengan angin yang bersuhu 0 degree tu.. mau beku kaki tu nanti.
- Tukar matawang RM ke Won. Boleh cari tempat money
changer yang menawarkan harga yg baik
untuk kita. .. kalau tak cukup dah RM tu.. boleh keluarkan duit di Woori Bank. Tapi pastikan kad atm tu boleh digunapakai di oversea.. call bank kad kita tu- minta dia bukakan penggunaan kad atm/debit/credit di oversea. Saya guna kad debit sahaja.
- Kalau pergi secara sendiri, makanan kita kena pandai –pandai
survive. Last time pergi, saya bawa periuk nasi kecil supaya boleh masak nasi
dan panaskan lauk kat sana. Tapi di Seoul, ada juga kedai –kedai makanan halal.
Paling banyak di sekitar Itaewon. Ada kedai Uzbekistan/Rusia Muslim: Samarkand.
Tak ingat dah area mana tapi boleh google cari. Ramai orang Malaysia makan ikan
bakar tapi saya tak sempat pergi sebab hari cuti tu, banyak kedai tutup.
- Sediakan botol kecil kosong kalau nak pergi toilet sebab kat
sana toilet tak ada paip air.
- Bawa international plug adapter. Plug kat sana tak sama
macam di Malaysia.
- Bawa ubat –ubatan yang sesuai. Minyak angin ke. Krim untuk
elak muka kering. Lip balam n etc.
- Rancang iternary dan sila research setiap tempat yang akan
kita lawati. Buka dan tutup pukul berapa serta berapa harga tiket. Paling penting
rancang naik naik apa. Bas ke, Subway atau teksi. Teksi sebenarnya ok jugak.
Teksi kat sana ok semua, means murah dan jujur.
Bukan macam kat Malaysia ok!!
- Download aplikasi subway, travel pass korea dalam smartphone.
Boleh bookmark mana-mana tempat kita nak pergi. Kat sana nanti boleh bukak je.
Kalau pergi sendiri, masa adalah sangat fleksibel. Biasanya
iternary akan berubah mengikut keadaan kesihatan dan cuaca di sana. Pengalaman
sendiri merasakan di sana alhamdulillah selamat. Cuma masa kami berjalan waktu
malam di Itaewon agak scary- sebab kat situ banyak pub. Macam gangstar pun
ramai kot. Tapi tak kacau orangla. Ada kedai cenderahati murah di Itaewon.
Berikut saya titipkan percutian kami tahun lepas. Untuk
rujukan diri sendiri dan panduan kepada sesiapa yang merancang cuti ke sana:
Day 1:
Bertolak dari KL pagi. Sampai petang kat Seoul. Naik airport limousine bus. Harga
dalam 15,000 won/person.Tiba di Hamilton Hotel, Itaewon waktu malam. Macam
pukul 7pm. Malam tu kami berjalan-jalan di sekitar Itaewon. Makan malam di
hotel- masak sendiri.
|
Dalam Limousine Bas :Menuju Ke Tempat Penginapan |
Day 2:
Bergerak ke Pulau Nami. Pergi naik subway. Balik naik ITX. Lebih mudah naik ITX.Boleh beli tiket kat situ jugak. Tanya kat kaunter.
|
Stesen Gapyeong : Pulau Nami |
Jumpa tourist Chinese Malaysia kat
sana. Berkongsi teksi untuk ke jetty Pulau Nami. Lunch di Pulau Nami- Lunchbox.
|
Lunchbox. |
|
Naminara Island |
|
Sejarah Pulau Nami |
|
Hmm..Tupai ke?? Chipmunk kot. Sangat banyak dan cute!! |
Makan malam di hotel-masak
sendiri.Kemudian bergerak ke Myeondong tengok Nanta Show.
|
Sebelum mula Nanta Show |
Day 3:
Bergerak ke N Seoul Tower menaiki bas. Lebih seronok naik
bas sebab boleh lihat pemandangan.I like .. I like. Masuk Teddy Bear Museum dan
naik N Soeul Tower.
|
Berkunci-kunci cinta~~ N Seoul Tower |
|
Teddy Bear Museum - N Seoul Tower |
Shopping di sekitar Myeongdong. Cari kedai makan tapi
banyak yang tutup. Lunch di Samarkand- Kedai Rusia Muslim.
|
Lunch di Samarkand |
Malam tu kami ke Hangang Park. Naik ferry
river cruise.
|
Dalam ferry. Hangang River. |
Day 4:
Cuti umum. Cheusok day. Pergi ke Gyeongbokgung Palace. Hari
ni free tak perlu tiket.
|
Guard Ceremony |
|
Free tiket!! |
Dapat cuba pakaian free. Ramai gak orang Malaysia kat
situ. Nak cari Hanok Village tak jumpa plak. Hehe.
|
Pokok apa ye?? Di sekitar istana tu.. |
Bergerak ke Hongdae, Trick Eye Museum. Masuk
Ice Museum.
|
Trick Eye Museum & Ice Museum: Bawah Tanah k! |
Hello Kitty tutup pulak. Lunch di Itaewon, Muree Restaurant. Malam
tu, kami shopping di sekitar Itaewon. Ada kedai gift yang murah kat situ.
|
Ginseng |
Day 5:
Berkemas. Check out dan bergerak ke Incheon International
Airport. Kami menaiki teksi. Check in dalam pukul 2pm dan pulang ke Malaysia.
Goodbye Seoul.
|
Dalam teksi menuju ke Incheon airport |
|
Ada pertunjukan orang korea kawin kot.. |
|
Kincir angin |
..iternary Autumn-winter 2014 .. belum sempat lagi update..
Tips and Trick semasa di Seoul Korea:
- Beli T-Money. Banyak guna T-money sebab nak naik subway,
bas, teksi, shopping di mart and etc. Boleh top-up kat mesin yang disediakan di
subway.
- Cuba minum susu pisang yang sangat sedap dan enak itu!! Ok
terbayang-bayang~~
|
nyum nyum |
- Kalau pergi masa musim buah, sila cari buah banyak-banyak
dan makan. Kami pergi tahun lepas memang musim buah, sangat manis. Buah plum
kot tapi memang tak adala kat Malaysia. Pastu tak teringat nak bawa balik. Hoho..
- Makanan sebenarnya mudah je, shopping kat Itaewon tu roti-
muslim bakery. Ada kebab dan banyak restoren kat situ. Boleh beli nasi kat mart
n panaskan guna microwave. Bawala serunding ke, ikan bilis ke- so boleh makan
terus. Bawa Brahim atau Yeos dalam tin tu pun ok je sebenarnya.. Maggi pun
sedap!! Beli yang dalam cup tu sebab mudah nak masak. Tuang air panas je. Hehe.
- Masjid ada di Itaewon.
- Kalau naik subway, pastikan tahu pintu exit nombor berapa,
sebab ada banyak, 4 pintu exit biasanya.
- Praktis jalan kaki banyak-banyak. Subway semua 4 atau 6 tingkat
bawah tanah. Ada lif kat sana, tapi kalau rasa tak malu nak guna silakan, sebab
lif hanya disediakan untuk orang tua dan kanak –kanak sahaja. Tapi kat sana,
makcik pakcik lagi laju dari kami panjat tangga… nangis!!
- Kalau guna escalator, pastikan duduk side yang betul. Sebab
belah kiri untuk yang nak berjalan atau berlari. Kalau nak berdiri statik je,
dok belah kanan. Rasanyalah… tak ingat sangat dah.
- Selalu check weather sebelum keluar, kalau hujan boleh bawa
baju hujan.
- Orang kat sana tak pandai sangat English. Kalau nak tanya,
tanya kat remaja atau yang muda-muda. Tapi makcik kat sana sangat helpful
walapun dalam bahasa Korea, bersungguh –sungguh nak bagitau kita. Hoho… Ayam
dan itik..
- Kalau cari tempat penginapan, cari yang dekat dengan subway
atau bas. Mudah untuk bergerak. Kami nak cari yang ada sediakan dapur. Mudah
nak masak, tak perlu nak bawa periuk nasi. Tak adala nak masak sepanjang masa.
At least untuk makan pagi atau dinner ke. So boleh jimat sikit dan tak perlu
pening kepala nak cari makanan. Boleh beli nasi segera di mart. Makan dengan
lauk yang kita bawa. Mudah je.Ada yang suka tinggal di guesthouse. Terpulang
pada bajet masing-masing.
- Kali kedua pergi- saya tinggal di Ever8 Serviced Residence...
hotel yg sangat best dan awesome... dekat dengan Ewha University
Station, dekat dengan semua la... kedai,bank, pharmacy. shopping dll..
dan bilik saya tu ada kemudahan utk memasak, membasuh dan keringkan
pakaian... sangat awesome!!
|
Credit picture- Google |
|
Credit picture-google |
- Bawa energy bar. Coklat ke apa-apa sahaja bekalan semasa
dalam perjalanan untuk alas perut. Kalau lapar memang tak ada mood nak berjalan
dan berjim-jimba…yeee haaaa…
- Kalau nak dapat banyak informasi, boleh tanya kat pusat
informasi pelancongan. Ada free peta. Dan juga ada orang –orang Korea yang
pakai topi warna merah kot.. dia berdiri macam pak guard… kami hari tu terjumpa
kat Myeongdong dan terus tanya macam mana nak pergi Nanta Show..
Ok rasanya, itu sahaja kot tips and trick sendiri yang boleh
berkongsi. Selamat Bercuti!!
|
Bangunan Pencakar Langit di Seoul
|
nk tanya boleh ke guna periuk nasi kat sini
ReplyDeletejust plug in atau kena plug in kat adapter yg tukar voltan tu
voltan periuk nasi kita ng voltan dia sama ke tak
Last time, mmg saya ada bawa sendiri periuk nasi yg size kecil dari Malaysia. Boleh digunakan masa kat hotel, boleh cucuk pd adapter yg kita bawa tu. Kepala plug kat sana tak sama dgn kita. Pakai yang travel adapter tu ok. Tak perlu tukar voltan.
ReplyDelete