Kehidupan di dunia adalah suatu perjalanan.. sebahagian
daripada perjalanan yang panjang.. di mana akhirnya kita akan berkumpul di
akhirat bertemu dengan Allah swt.
Tiada apa yang kekal abadi, terutama apabila berhadapan
dengan orang –orang yang dikasihi di sekeliling kita. Contohnya, suami, isteri,
anak-anak, ibu bapa , kucing… dan lain-lain.. mahupun ipad, iphone, tablet,
kereta,rumah dan lain-lain. Manusia boleh berubah kerana semuanya kepunyaan
Allah swt, jika Allah swt berkehendakkan hambanya berubah, maka berubahlah
dia.. seperti menerima taufik dan hidayah, ataupun kehilangan taufik dan
hidayah.. Walaupun perubahan itu adalah dengan izin Allah swt tapi ianya
berlaku berdasarkan kehendak individu tersebut.
Perubahan manusia berlaku atas faktor usia.. itu adalah yang
paling utama. Apabila meningkat usia, kita akan mengalami perubahan fizikal dan
juga rohani… Yang tidak berubah.. hanya satu, iatu Allah swt.
Kadang kala perubahan orang yang dicintai adalah sesuatu
yang sukar dijangka. Kasih sayang sesama manusia memang boleh berubah tapi
adakalanya kita tidak pernah langsung atau terlintas langsung untuk bersedia
berhadapan dengan situasi tersebut. Ini kerana rasa cinta kita diletakkan pada
tempat yang salah. Sepatutnya cinta yang utama hanya kepada Allah swt dan kita
mencintai sesiapa sahaja adalah kerana Allah swt. Hatta cinta kepada ibubapa
pun… biarlah cinta kita kepada mereka kerana cinta kita kepada Allah swt. Kita bersabar
melayani karenah mereka kerana cinta kita kepada Allah swt… memang tidak
dinafikan ada ibubapa yang membenci anak –anak, mungkin kerana tidak berpuas
hati dengan tindakan anak -anak yang mungkin tidak mahu mengikut arahan
ibubapa. Ini kerana ada ibubapa yang terlalu mengawal kehidupan anak –anak walaupun
anak –anak mereka sudah berumahtangga dan mempunyai kehidupan sendiri.
Bukan mudah untuk meletakkan rasa cinta kepada yang sepatutnya.. Namun kita sebagai hambaNya patut sentiasa berusaha untuk mencari redha dan cintaNya...
No comments:
Post a Comment