Hari ini bercerita mengenai kurus. Hikmah Allah swt, rahsia Allah swt kita tak tahu..kenapa begini, kenapa begitu..
Selepas 30 tahun aku sangat bersyukur dan terbuka hijab melihat aturan Allah swt...
30 tahun yang lepas aku selalu dihina, diejek, dicaci kerana kurus.. kadangkala sehingga menangis kot.. biasala masa tu kan kanak kanak.
Tapi selepas 30 tahun, orang mula bertanya,
"Apa rahsia kekal kurus... ??"
"Best kan.. kurusss je.."
"Jeles la... boleh pakai apa saja baju kan, senang"
Aku tersenyum je.
Showing posts with label mengumpat. Show all posts
Showing posts with label mengumpat. Show all posts
Tuesday, November 10, 2015
Tuesday, May 21, 2013
Berusahalah!!
Salam petang...
Lama tak mencoret... lupakan semua kisah madu, honey, bee... and so on..
Kali ni rasa sudah tiba masanya aku mencoret kisah perjuangan si kecil yang masih belum muncul dalam hidup kami... apabila orang sekeliling berkata pelbagai tomahan dan fitnah...
Kisah yang mereka tidak tahu dan andaian merapu yang mereka fikirkan.. memang rasa sakit hati..
Tapi aku ada pendengar setia... Yang Maha Mendengar segala isi hati aku..kenapa ada manusia yang suka dan sentiasa menyibuk hal orang!!!
Kita ada perancangan namun Allah swt juga mempunyai perancangan yang terbaik untuk kita juga... percaya kepada Allah swt... dan satu pegangan yang kena amalkan; Jangan Putus Asa!!!
Setiap kali rasa sakit hati dan benci dengan andaian atau kata-kata yang lahir dari mulut mereka ni, aku akan berdoa, Berilah taufik dan hidayahMu kepada kami semua, agar kami ditunjukkan jalan yang lurus dan bukan jalan mereka yang sesat!!

Friday, March 22, 2013
Kusut
Assalamualaikum
Tahun 2013, tahun yang aku kira penuh kontroversi awalnya..sehingga kini. Setiap manusia berubah. Semua orang di sekeliling kita berubah mengikut arus persekitaran, mengikut peraturan alam, mengikut kehendak Pencipta. Namun, ada juga yang masih tidak berubah walaupun fizikal sudah berubah tapi hati tetap sama. Perangai tetap sama. Meloyakan!
Satu tazkirah yang aku dengar, biarpun jasad kita berubah, hancur apabila mati, tetapi jiwa kita tetap tidak berubah. Roh tetap sama, mengadap Tiuhan Yang Esa. Dalam bentuk apa, kita pun tak pasti. Itu yang menanti di akhirat sana.
Manusia suka menilai. Menilai terhadap sesuatu yang dilihat dan suka memberi analisis sendiri tanpa mengetahui kebenaran sebenar. Kadangkala disebarkan merata-rata sebagai fitnah.
Wednesday, June 20, 2012
Muslimah dan Ghibah
Aku penat.
Bukan kerana banyak kerja. Tetapi kerana keadaan sekeliling yang tidak
menyenangkan. Kat sini jumpa pelbagai ragam manusia. Paling aku takut ialah:
- Orang yang suka menjuihkan mulut dan bercerita keburukan orang lain. Orang yang hanya pandai cakap belakang saja. Depan kita, pijak semut pun tak mati.GHIBAH!!
Contoh
scene 1
Ati (bukan
nama sebenar) : Kak Ika tu bukan reti buat kerja. (sambil menjuihkan-juihkan
mulut dan bercakap dengan nada berbisik) – Tapi apabila depan Kak Ika, senyum
manis, berborak sakan.
-
Alahai,
perlu ke nak kutuk kawan –kawan sekeliling. Kalau orang tu tak reti buat kerja
ke, ajarla. Bagitahu la cara yang sesuai. Tak payah pandai cakap belakang je.
Depan tunjuk baik.
Aku tak faham langsung. Bagaimana kalau berita yang disampaikan tidak
benar atau baru hanya ura-ura.
Contoh
scene 2 (Bukan nama sebenar)
Kak Ika : Hanis,
tahniah!!! (Sambil tersenyum-senyum)
Hanis : Kenapa
kak? (Muka blank ~!@#$^??)
Kak Ika : Tahniahlaaaa…
nama Hanis dicalonkan untuk pekerja cemerlang.
Hanis : Ye
ke??? Itukan kerja HR. Mana ada maklumat apa-apa pun.
Kak Ika : Ala
akak tahula.. (sambil tersenyum kambing)
Selepas
beberapa bulan. Hanis tak dapatpun anugerah pekerja cemerlang tersebut. Ada insan
lain yang lebih bertuah tetapi maklumat yang diterima daripada Kak Ika tu macam
mana??? Dah la menyampaikan perkara-perkara
yang dianggap PnC (private and confidential).
Itula
penyebok, busy body… kalau aku macam nak sumpah je orang yang suka
menyampai-nyampai maklumat yang ntah apa-apa ni.
3.
Orang
yang suka memandang negatif kepada semua perkara yang dia nampak dan lihat.
Nampak yang buruk je. Lepas tu suka compare –compare dan cakap diri sendiri
juga bagus. Alahai manusia ni!! GHIBAH!!
Contoh
scene 3 (Bukan nama sebenar)
Fin : Aku
tengok si Malia tu tak ada fesyen lain tudung dia. Macam tu je setiap hari. Dah bosan aku
tengok. Bukan cantik pun. Tak update langsung.(Sambil menjuihkan mulut dan riak muka
berkerut.)
tengok. Bukan cantik pun. Tak update langsung.(Sambil menjuihkan mulut dan riak muka
berkerut.)
Hanis : Oh
ye ke. Aku tak perasan pun. Biarlah baju dia, tudung dia. Sukati diala nak
pakai apapun..
Fin : Ala
menyampah aku tengok.Orang tukar-tukarla fesyen tudung ni.
Hanis : ???
(Apa masalah minah seekor ni????)
Itula
ragam manusia. Mulut tu kan suka sangat makan daging busuk. Tak takut langsung.
Allah SWT. berfirman: “Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebagian kalian menggunjing (ghibah) sebagian yang lainnya. Apakah kalian suka salah seorang diantara kalian memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kalian membencinya. Dan bertaqwalah kalian kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Pengasih.” (QS. Al Hujurat: 12).

Penat!!!!! Tolongla aku!! AKu tak nak berhadapan dengan manusia macam
ni. Kadang aku tegurlala..bukan kadang..selalu aku tegur. Tapi apabila tak
berubah juga… dah la.. malas nak layan. Biarlah Allah swt je yang balas kejahatan
mulut diaorang tu.
Itu
depan aku, kalau belakang aku ntah berbakul-bakul dah yang dikutukkan tu..
CONFIRM!!! Tak apala, kat akhirat nanti aku kutipla balik pahala diaorang tu…
MODE: Geram sambil Muhasabah diri
MODE: Geram sambil Muhasabah diri
Berikut ini adalah beberapa perkara yang menjauhkan diri dari aktiviti ghibah(mengumpat):
1 Meningkatkan ketaqwaan dengan mendekatkan diri kapada Allah, misalnya sering bertilawah dan berzikir agar hati menjadi lunak dan jiwa menjadi tenang.
2 Berfikir sebelum memulai perbualan, agar yang keluar dari mulut adalah perkataan yang baik-baik, dan ingat bahwa semua yang apa yang kita ungkapkan dan kerjakan akan dicatat oleh malaikat Raqib dan Atid.
3 Jelas sebelum menyampaikan berita, supaya ukhuwah tetap terjaga dan tidak terjadi hal-hal yang tidak diinginkan.
4 Mengingatkan orang lain ketika ia menceritakan tentang saudaranya, agar ia tidak terjatuh kedalam lembah yang bernama ghibah. Ada beberapa pengecualian yang disebutkan Imam Nawawi dalam kitab Syarah Shahih Muslim dan Riyadhus Shalihin.
Beliau menyebutkan bahawa menyebut keburukan orang lain diperbolehkan untuk tujuan syara’, yaitu yang disebabkan oleh enam hal:
1 Orang yang teraniaya (mazhlum) boleh menceritakan dan mengadukan kezaliman orang yang menzaliminya kepada seorang penguasa atau hakim atau kepada orang yang berkuasa untuk menegakkan amar makruf nahi munkar dan memutuskan suatu perkara dalam rangka menuntut hak orang yang teraniaya ini. Asalkan ia bertujuan untuk meminta bantuan dan keadilan, karena Al-Qur’an dalam surat An-Nisa ayat 148 sudah menerangkan hal ini: “Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
2 Meminta tolong untuk mencegah kemungkaran dan mengembalikan orang yang berbuat maksiat kembali ke jalan yang benar. Hal ini termasuk amar ma’ruf nahi munkar.
3 Meminta fatwa (istifta’) atau minta keterangan terhadap suatu penjelasan, hal ini hanya boleh dilakukan dengan tidak menyebutkan keburukan seseorang secara berlebihan. Sebagai contoh kita mengambil ibrah dari kisah isteri Abu sofyan yang secara sembunyi mengambil duit suaminya lalu ia mengadukan kepada Rasulullah saw kalau suaminya kedekut, lalu Rasulullah saw membolehkannya asalkan tidak berlebihan.
4 Memperingatkan kaum muslimin dari beberapa kejahatan seperti:
a. Apabila ada perawi hadis, saksi, atau pengarang buku yang bersifat jelek atau berkelakuan tidak baik, menurut ijma’ ulama kita boleh bahkan wajib memberitahukannya kepada kaum muslimin. Hal ini dilakukan untuk memelihara kebersihan syariat. Ghibah dengan tujuan seperti ini jelas diperbolehkan, bahkan diwajibkan untuk menjaga kesucian hadis dan syariat. Apalagi hadis merupakan sumber hukum kedua bagi kaum muslimin setelah Al-Qur’an.
b. Apabila kita melihat seseorang membeli barang yang cacat atau membeli budak (mencari pembantu rumah) yang pencuri, peminum arak, dan sejenisnya, sedangkan si pembelinya tidak mengetahui, maka kita boleh memberitahunya untuk memberi nasihat atau mencegah kejahatan terhadap saudara kita, bukan untuk menyakiti salah satu pihak.
c. Apabila kita melihat seorang penuntut ilmu agama belajar kepada seseorang yang fasik atau ahli bid’ah dan kita khuatir terhadap bahaya yang akan menimpanya. Maka kita wajib menasihati dengan cara menjelaskan sifat dan keadaan guru tersebut dengan tujuan hanya untuk kebaikan semata.
5. Menceritakan kepada khalayak ramai tentang seseorang yang berbuat fasik atau ahli bid’ah seperti, peminum minuman keras, penyita harta orang lain secara paksa, pemungut pajak liar atau perkara-perkara bathil lainnya. Ketika menceritakan keburukan itu kita tidak boleh menambah-nambahinya dan hanya diniatkan untuk kebaikan.
6. Jika seseorang sudah dikenal dengan julukan si pincang, si pendek, si bisu, si buta, atau sebagainya, maka kita boleh memanggilnya dengan julukan-julukan itu agar orang lain langsung mengerti,namun jika tujuannya untuk menghina, maka haram hukumnya. Jika ia mempunyai nama lain yang lebih baik, maka lebih baik memanggilnya dengan nama lain itu.
Sebahagian sumber dipetik di sini
Wallahu a’lam bi ash-shawab.
Friday, June 10, 2011
Bahaya Mengumpat
Sangat penat... sukarnya mencari teman baik..yang ada di sekeliling yang suka mengumpat.. Kadang -kadang rasa lebih baik bersendirian daripada berteman sekiranya teman itu suka menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain. Ya Allah swt, temukan aku dengan orang yang baik dan beriman. Jauhkan aku daripada orang yang membawa kelalaian..
Dipetik dari sini
Ghibah atau mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.
Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim).
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa besar.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan dirinya.

Subscribe to:
Posts (Atom)