Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Wednesday, August 27, 2014

Tips Melancong ke Luar Negara: Seoul Korea

Tips Melancong ke Luar Negara: Seoul Korea

Ok Kali ini nak beri tips-tips untuk travel secara backpack luggagepack tanpa menggunakan travel agensi. Ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri perjalanan pada 16/9/2013 – 20/9/2013 yang lepas ke Seoul Korea dan updated - Autumn & Winter Trip : 7 Nov 2014 - 16 Nov 2014. Saja nak berkongsi supaya empunya diri ni ingat- sebab ini juga panduan for the next trip: er.. tak tau lagi bila..yeee haaaa.. Tips sebelum pergi ke korea:

  1. Passport perlu valid melebihi / at least 6 bulan dari tarikh kita rancang nak berlepas. Masuk ke korea tidak perlukan Visa..
    Dari dalam flight- Bumi Seoul
  2. Semak tarikh kita pergi, ada apa-apa event yang berlangsung semasa di Seoul Korea. Supaya kita lebih berhati-hati dengan kedai yang tutup/buka.. kedai atau apa saja tempat yang ingin dilawati. Masa kami pergi tahun lepas, Korea cuti umum 3 hari sebab sambut Chuseok Day.. Hari Kesyukuran. Banyak kedai tutup… tapi banyak tempat lawatan dibuka percuma. Jadi ramai sangat orang especially dari tanah besar China… tapi rancang dengan sebaiknya supaya percutian kita lebih teratur.
  3. Semak cuaca di sana sebelum kita pergi supaya kita boleh rancang baju yang sesuai untuk dipakai semasa kita bercuti di sana. Boleh semak di google: Weather Forecast. http://www.accuweather.com/ .
  4. Suhu dan cuaca berubah secara drastik - bagi negara 4 musim..jadi kena bersedia dengan sebarang kemungkinan. Hari ni mungkin suhu 10 degree..tetiba esok boleh drop jadi 0 degree.. Kalau cuaca sejuk, pastikan pakai pakaian yg sesuai, legging, sarung tangan, boots.. dan kalau sejuk sangat, carila heating pads.. boleh letakkan dlm kasut atau gengam dengan tangan.. boleh dibeli kat kedai 7 eleven.. banyak ada dijual.
  5. Bawa sport shoes atau boots yang sesuai sebab kita akan banyak berjalan. Naik tangga turun tangga. Panjat bukit n etc. Kalau musim sejuk, better pakai boots sebab sport shoes.. sejuk kaki kena tiup dengan angin yang bersuhu 0 degree tu.. mau beku kaki tu nanti.
  6. Tukar matawang RM ke Won. Boleh cari tempat money changer  yang menawarkan harga yg baik untuk kita. .. kalau tak cukup dah RM tu.. boleh keluarkan duit di Woori Bank. Tapi pastikan kad atm tu boleh digunapakai di oversea.. call bank kad kita tu-  minta dia bukakan penggunaan kad atm/debit/credit di oversea. Saya guna kad debit sahaja.
  7. Kalau pergi secara sendiri, makanan kita kena pandai –pandai survive. Last time pergi, saya bawa periuk nasi kecil supaya boleh masak nasi dan panaskan lauk kat sana. Tapi di Seoul, ada juga kedai –kedai makanan halal. Paling banyak di sekitar Itaewon. Ada kedai Uzbekistan/Rusia Muslim: Samarkand. Tak ingat dah area mana tapi boleh google cari. Ramai orang Malaysia makan ikan bakar tapi saya tak sempat pergi sebab hari cuti tu, banyak kedai tutup.
  8. Sediakan botol kecil kosong kalau nak pergi toilet sebab kat sana toilet tak ada paip air.
  9. Bawa international plug adapter. Plug kat sana tak sama macam di Malaysia.
  10. Bawa ubat –ubatan yang sesuai. Minyak angin ke. Krim untuk elak muka kering. Lip balam n etc.
  11. Rancang iternary dan sila research setiap tempat yang akan kita lawati. Buka dan tutup pukul berapa serta berapa harga tiket. Paling penting rancang naik naik apa. Bas ke, Subway atau teksi. Teksi sebenarnya ok jugak. Teksi kat sana ok semua, means murah dan jujur. Bukan macam kat Malaysia ok!!
  12. Download aplikasi subway, travel pass korea dalam smartphone. Boleh bookmark mana-mana tempat kita nak pergi. Kat sana nanti boleh bukak je.

Kalau pergi sendiri, masa adalah sangat fleksibel. Biasanya iternary akan berubah mengikut keadaan kesihatan dan cuaca di sana. Pengalaman sendiri merasakan di sana alhamdulillah selamat. Cuma masa kami berjalan waktu malam di Itaewon agak scary- sebab kat situ banyak pub. Macam gangstar pun ramai kot. Tapi tak kacau orangla. Ada kedai cenderahati murah di Itaewon.

Berikut saya titipkan percutian kami tahun lepas. Untuk rujukan diri sendiri dan panduan kepada sesiapa yang merancang cuti ke sana:

Day 1:
Bertolak dari KL pagi. Sampai petang kat Seoul. Naik airport limousine bus. Harga dalam 15,000 won/person.Tiba di Hamilton Hotel, Itaewon waktu malam. Macam pukul 7pm. Malam tu kami berjalan-jalan di sekitar Itaewon. Makan malam di hotel- masak sendiri.
Dalam Limousine Bas :Menuju Ke Tempat Penginapan

Day 2:
Bergerak ke Pulau Nami. Pergi naik subway. Balik naik ITX. Lebih mudah naik ITX.Boleh beli tiket kat situ jugak. Tanya kat kaunter.
Stesen Gapyeong : Pulau Nami
Jumpa tourist Chinese Malaysia kat sana. Berkongsi teksi untuk ke jetty Pulau Nami. Lunch di Pulau Nami- Lunchbox.
Lunchbox.

Naminara Island

Sejarah Pulau Nami

Hmm..Tupai ke?? Chipmunk kot. Sangat banyak dan cute!!
Makan malam di hotel-masak sendiri.Kemudian bergerak ke Myeondong tengok Nanta Show.
Sebelum mula Nanta Show

Day 3:
Bergerak ke N Seoul Tower menaiki bas. Lebih seronok naik bas sebab boleh lihat pemandangan.I like .. I like. Masuk Teddy Bear Museum dan naik N Soeul Tower.
Berkunci-kunci cinta~~ N Seoul Tower

Teddy Bear Museum - N Seoul Tower
Shopping di sekitar Myeongdong. Cari kedai makan tapi banyak yang tutup. Lunch di Samarkand- Kedai Rusia Muslim.
Lunch di Samarkand
Malam tu kami ke Hangang Park. Naik ferry river cruise.
Dalam ferry. Hangang River.
Day 4:
Cuti umum. Cheusok day. Pergi ke Gyeongbokgung Palace. Hari ni free tak perlu tiket.
Guard Ceremony
Free tiket!!
Dapat cuba pakaian free. Ramai gak orang Malaysia kat situ. Nak cari Hanok Village tak jumpa plak. Hehe. 
Pokok apa ye?? Di sekitar istana tu..
Bergerak ke Hongdae, Trick Eye Museum. Masuk Ice Museum.
Trick Eye Museum & Ice Museum: Bawah Tanah k!
Hello Kitty tutup pulak. Lunch di Itaewon, Muree Restaurant. Malam tu, kami shopping di sekitar Itaewon. Ada kedai gift yang murah kat situ.
Ginseng

Day 5:
Berkemas. Check out dan bergerak ke Incheon International Airport. Kami menaiki teksi. Check in dalam pukul 2pm dan pulang ke Malaysia. Goodbye Seoul.
Dalam teksi menuju ke Incheon airport

Ada pertunjukan orang korea kawin kot.. 

Kincir angin
..iternary Autumn-winter 2014 .. belum sempat lagi update..


Tips and Trick semasa di Seoul Korea:
  1. Beli T-Money. Banyak guna T-money sebab nak naik subway, bas, teksi, shopping di mart and etc. Boleh top-up kat mesin yang disediakan di subway.
  2. Cuba minum susu pisang yang sangat sedap dan enak itu!! Ok terbayang-bayang~~
    nyum nyum
  3. Kalau pergi masa musim buah, sila cari buah banyak-banyak dan makan. Kami pergi tahun lepas memang musim buah, sangat manis. Buah plum kot tapi memang tak adala kat Malaysia. Pastu tak teringat nak bawa balik. Hoho..
  4. Makanan sebenarnya mudah je, shopping kat Itaewon tu roti- muslim bakery. Ada kebab dan banyak restoren kat situ. Boleh beli nasi kat mart n panaskan guna microwave. Bawala serunding ke, ikan bilis ke- so boleh makan terus. Bawa Brahim atau Yeos dalam tin tu pun ok je sebenarnya.. Maggi pun sedap!! Beli yang dalam cup tu sebab mudah nak masak. Tuang air panas je. Hehe.
  5. Masjid ada di Itaewon.
  6. Kalau naik subway, pastikan tahu pintu exit nombor berapa, sebab ada banyak, 4 pintu exit biasanya.
  7. Praktis jalan kaki banyak-banyak. Subway semua 4 atau 6 tingkat bawah tanah. Ada lif kat sana, tapi kalau rasa tak malu nak guna silakan, sebab lif hanya disediakan untuk orang tua dan kanak –kanak sahaja. Tapi kat sana, makcik pakcik lagi laju dari kami panjat tangga… nangis!!
  8. Kalau guna escalator, pastikan duduk side yang betul. Sebab belah kiri untuk yang nak berjalan atau berlari. Kalau nak berdiri statik je, dok belah kanan. Rasanyalah… tak ingat sangat dah.
  9. Selalu check weather sebelum keluar, kalau hujan boleh bawa baju hujan.
  10. Orang kat sana tak pandai sangat English. Kalau nak tanya, tanya kat remaja atau yang muda-muda. Tapi makcik kat sana sangat helpful walapun dalam bahasa Korea, bersungguh –sungguh nak bagitau kita. Hoho… Ayam dan itik..
  11. Kalau cari tempat penginapan, cari yang dekat dengan subway atau bas. Mudah untuk bergerak. Kami nak cari yang ada sediakan dapur. Mudah nak masak, tak perlu nak bawa periuk nasi. Tak adala nak masak sepanjang masa. At least untuk makan pagi atau dinner ke. So boleh jimat sikit dan tak perlu pening kepala nak cari makanan. Boleh beli nasi segera di mart. Makan dengan lauk yang kita bawa. Mudah je.Ada yang suka tinggal di guesthouse. Terpulang pada bajet masing-masing.
  12. Kali kedua pergi- saya tinggal di Ever8 Serviced Residence... hotel yg sangat best dan awesome... dekat dengan Ewha University Station, dekat dengan semua la... kedai,bank, pharmacy. shopping dll.. dan bilik saya tu ada kemudahan utk memasak, membasuh dan keringkan pakaian... sangat awesome!! 
    Credit picture- Google

    Credit picture-google
  13. Bawa energy bar. Coklat ke apa-apa sahaja bekalan semasa dalam perjalanan untuk alas perut. Kalau lapar memang tak ada mood nak berjalan dan berjim-jimba…yeee haaaa…
  14. Kalau nak dapat banyak informasi, boleh tanya kat pusat informasi pelancongan. Ada free peta. Dan juga ada orang –orang Korea yang pakai topi warna merah kot.. dia berdiri macam pak guard… kami hari tu terjumpa kat Myeongdong dan terus tanya macam mana nak pergi Nanta Show..
Ok rasanya, itu sahaja kot tips and trick sendiri yang boleh berkongsi. Selamat Bercuti!!

Bangunan Pencakar Langit di Seoul



Saturday, August 23, 2014

Tips atasi kebosanan


Aha...rosan bosan..serabut...kusut??? Yup.. bosan dan kusut....Ni ada tips tips yang direka sendiri... yee haaa..
Baiklah, mari kita sambung bicara tulisannya...

Tips untuk atasi kebosanan..tapi ini tips yang akan kongsikan ini sesuai untuk semua dan peringatan untuk diri sendiri pabila terasa bosan+boring atau tak tahu apa nak dibuat..

Tips pertama untuk atasi kebosanan ialah membaca atau mendengar bacaan Al-Quran (beserta terjemahannya).Cari masa yang sesuai, misalnya waktu rehat, atau boleh bukak MP3 yang ada zikir atau bacaan ayat -ayat Al-Quran semasa sedang buat kerja guna komputer..Selain tu kalau nak baca Al-Quran elok yang ada terjemahan, kalau faham bahasa Arab tak apala, tapi kalau tak faham, nanti kita tak fahamlah apakah isi kandungan Al-Quran tu, jadi sebaiknya cuba baca terjemahannya sekali. TETAPI baca Al-Quran ni ada adab, jadi kena patuhi adab -adab membaca Al-Quran. Antara adab -adab utama :

  • Tuluskan niat untuk ibadah yang sangat mulia ini. Membaca Al-Qur’an sebaiknya dalam keadaan sudah berwudhu, suci pakaiannya, badannya dan tempatnya, serta telah menggosok gigi. 
  • Pilihlah tempat yang tenang dan waktunya sesuai agar anda dapat memusatkan fikiran dan jiwa lebih tenang.
  •  Mulailah tilawah dengan ta`awwudz, kemudian basmalah pada setiap awal surah selain surah At-Taubah. Allah . berfirman, “Apabila kamu akan membaca Al-Qur’an, maka memohonlah perlindungan kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk.” (An-Nahl: 98). 
  • Perhatikan hukum-hukum tajwid dan bunyikan huruf sesuai dengan makhrajnya serta membacanya dengan tartil (perlahan-lahan). Allah . berfirman yang ertinya, “Dan Bacalah Al-Qur’an itu dengan tartil.” (Al-Muzzammil: 4).
    Tilawah Al-Quran sangat baik diamalkan pada bulan Ramadhan.


    2. Tips kedua : Kalau rasa bosan -bosan tu biasanya kita tengok TV!! Apa saja rancangan yang best -best, macam rancangan fesyen ke, melancong ke, memasak ke.. atau paling best tengok movie!!!

    3. Tips ketiga: Melayari internet. Cuci mata- window shopping maya!! Banyak tempat shopping. Baik lelaki atau perempuan. Dalam negara atau luar negara. Nanti saya review tempat shopping online yang saya biasa shopping!!

    4.Tips keempat : Keluarlah bersukan. Berjogging ke, bermain badminton ke, tenis ke.. bowling ke... apa saja yang berfaedah!

    5. Tips kelima: Cari resepi -resepi baru untuk dicuba.
    Contoh - ini my secret resepi untuk kek biasa.. tryla buat..kalau sedap bagitahu saya (confirm sedap): 250gm butter (brand Anchor), 250gm gula castor, 250gm tepung (Brand Blue Key), 1 sudu teh esen vanilla, 5 biji telur Gred A... ok bakar dalam suhu 170-180 selama 45minit.. yey!! Sangat nyummy!!

    6. Tips keenam : Membaca. Membaca surat khabar. Membaca novel. Membaca majalah.. membaca apa sahaja yang berfaedah ok!! Tengah popular sekarang ialah novel adaptasi yang dilayarkan ke layar perak.. Novel: Rindu Awak 200%.. Tryla baca novel tu... bandingkan dengan yang ada di tv..

    7: Tips ketujuh: Makan!!! hahaha... tryla alau bosan sangat..

    8. Tips kelapan : Mengemas.. kemas rumah, kereta, pejabat, meja, peti ais, bilik... bilik air, almari.. atau apa sahaja yang perlu dikemas.. amalkan konsep 5S: sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal!!!

    9. Tips kesembilan: ni last tips kot yang saya nak bagi... kalau rasa bosan sangat dah tak tahu nak buat apa... apa lagi.. tarik bantal, selimut...TIDUR!!!!! ZZZzzzzzZZzzzzz (psstt jangan lupa baca doa tidur yer)

    Terima kasih atas perhatian.. Mohon maaf sebarang kesilapan.. Yang baik daripada Allah swt.. yang kurang tu adalah kelemahan saya sendiri.. yang baik tu amalkan yer..

    Tuesday, August 24, 2010

    Layan Blog


    Layan Blog ....Hari ni mari kita layan blog...So hari ni setelah puas mengodek -godek alam maya tentang blog, aku telah terjumpa beberapa laman web yang sangat menarik dan panduan -panduan yang berguna untuk memeriahkan blog anda...

    So kat sini, nak bagi beberapa tips yang dipetik dari laman Blog Oh Blog

    50 Creative Ways to Make Your Blog Popular


    Blog ni di dalam bahasa inggeris...macam rasa tak rajin nak translate, tapi mungkin boleh letak sebahagian daripada info yang ada..lepas review, rasa -rasa tak semuanya valid atau reliable..hanya sebahagian saje kot.. so I tapis -tapis saje yang menarik k, kalau selebihnya nak tahu, just klik kat laman web dia ok??

    Tips yang boleh dipakai ialah:
    1. Start a controversy. Just remember not to cross the line. (yang positif sahaja..)
    2. Start a contest. Make sure to end it too. (menarik!!)
    3. Give away free goodies. People love them. (mcm x sesuai je..??)
    4. Write about other bloggers to interest their visitors to read your blog. Keep it positive. (good)
    5. Interview other bloggers and post the interview.
    6. Write about your personal life sometimes. (good idea)
    7. Ask questions to your visitors. (good idea)
    8. Share some secrets. (good idea)
    9. Celebrate your birthday with your visitors. Think of innovative ways for doing this. (good idea)
    10. Celebrate your blog’s birthday too. (good idea)
    11. Write something funny or disgusting. (Don’t make it a habit) (good idea)
    12. Make a bumper sticker with your blog’s name and stick it on your car. (Just make sure you drive often) (good idea)
    13. Write an e-book and distribute it to your visitors for free. (good idea)
    14. Introduce a commission based affiliate program. (good idea)
    15. Tell your visitors about your latest fad or obsession. (good idea)
    16. Post interesting pictures of your pets. (good idea)
    17. Congratulate the top commentators occasionally. (good idea)
    18. Encourage sharing of opinions. (good idea)
    19. Write about your blog achievements. 
    20. Write about your hobbies and interests. (For example, if you like cooking, post a new recipe)
    21. ..... ok yang selebihnya baca sendiri ok... :)
    ok, habis kisah ni, nak promote juga satu lagi website Islamic yang sangat menarik hati, Alhabib Islamic Web Service  , semua widgets kat dalam tu simple dan menarik dan sangat sesuai untuk memeriahkan blog ni dengan suasana Islam, mengingati Allah swt...harap banyak lagi designer kat luar tu yang menghasilkan laman web seumpamanya... ok.. adios... Selamat Berbuka...