Saturday, August 23, 2014

Tips atasi kebosanan


Aha...rosan bosan..serabut...kusut??? Yup.. bosan dan kusut....Ni ada tips tips yang direka sendiri... yee haaa..
Baiklah, mari kita sambung bicara tulisannya...

Tips untuk atasi kebosanan..tapi ini tips yang akan kongsikan ini sesuai untuk semua dan peringatan untuk diri sendiri pabila terasa bosan+boring atau tak tahu apa nak dibuat..

Tips pertama untuk atasi kebosanan ialah membaca atau mendengar bacaan Al-Quran (beserta terjemahannya).Cari masa yang sesuai, misalnya waktu rehat, atau boleh bukak MP3 yang ada zikir atau bacaan ayat -ayat Al-Quran semasa sedang buat kerja guna komputer..Selain tu kalau nak baca Al-Quran elok yang ada terjemahan, kalau faham bahasa Arab tak apala, tapi kalau tak faham, nanti kita tak fahamlah apakah isi kandungan Al-Quran tu, jadi sebaiknya cuba baca terjemahannya sekali. TETAPI baca Al-Quran ni ada adab, jadi kena patuhi adab -adab membaca Al-Quran. Antara adab -adab utama :

  • Tuluskan niat untuk ibadah yang sangat mulia ini. Membaca Al-Qur’an sebaiknya dalam keadaan sudah berwudhu, suci pakaiannya, badannya dan tempatnya, serta telah menggosok gigi. 
  • Pilihlah tempat yang tenang dan waktunya sesuai agar anda dapat memusatkan fikiran dan jiwa lebih tenang.
  •  Mulailah tilawah dengan ta`awwudz, kemudian basmalah pada setiap awal surah selain surah At-Taubah. Allah . berfirman, “Apabila kamu akan membaca Al-Qur’an, maka memohonlah perlindungan kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk.” (An-Nahl: 98). 
  • Perhatikan hukum-hukum tajwid dan bunyikan huruf sesuai dengan makhrajnya serta membacanya dengan tartil (perlahan-lahan). Allah . berfirman yang ertinya, “Dan Bacalah Al-Qur’an itu dengan tartil.” (Al-Muzzammil: 4).
    Tilawah Al-Quran sangat baik diamalkan pada bulan Ramadhan.


    2. Tips kedua : Kalau rasa bosan -bosan tu biasanya kita tengok TV!! Apa saja rancangan yang best -best, macam rancangan fesyen ke, melancong ke, memasak ke.. atau paling best tengok movie!!!

    3. Tips ketiga: Melayari internet. Cuci mata- window shopping maya!! Banyak tempat shopping. Baik lelaki atau perempuan. Dalam negara atau luar negara. Nanti saya review tempat shopping online yang saya biasa shopping!!

    4.Tips keempat : Keluarlah bersukan. Berjogging ke, bermain badminton ke, tenis ke.. bowling ke... apa saja yang berfaedah!

    5. Tips kelima: Cari resepi -resepi baru untuk dicuba.
    Contoh - ini my secret resepi untuk kek biasa.. tryla buat..kalau sedap bagitahu saya (confirm sedap): 250gm butter (brand Anchor), 250gm gula castor, 250gm tepung (Brand Blue Key), 1 sudu teh esen vanilla, 5 biji telur Gred A... ok bakar dalam suhu 170-180 selama 45minit.. yey!! Sangat nyummy!!

    6. Tips keenam : Membaca. Membaca surat khabar. Membaca novel. Membaca majalah.. membaca apa sahaja yang berfaedah ok!! Tengah popular sekarang ialah novel adaptasi yang dilayarkan ke layar perak.. Novel: Rindu Awak 200%.. Tryla baca novel tu... bandingkan dengan yang ada di tv..

    7: Tips ketujuh: Makan!!! hahaha... tryla alau bosan sangat..

    8. Tips kelapan : Mengemas.. kemas rumah, kereta, pejabat, meja, peti ais, bilik... bilik air, almari.. atau apa sahaja yang perlu dikemas.. amalkan konsep 5S: sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal!!!

    9. Tips kesembilan: ni last tips kot yang saya nak bagi... kalau rasa bosan sangat dah tak tahu nak buat apa... apa lagi.. tarik bantal, selimut...TIDUR!!!!! ZZZzzzzzZZzzzzz (psstt jangan lupa baca doa tidur yer)

    Terima kasih atas perhatian.. Mohon maaf sebarang kesilapan.. Yang baik daripada Allah swt.. yang kurang tu adalah kelemahan saya sendiri.. yang baik tu amalkan yer..

    Monday, August 4, 2014

    Cinta kerana Allah swt




    Kehidupan di dunia adalah suatu perjalanan.. sebahagian daripada perjalanan yang panjang.. di mana akhirnya kita akan berkumpul di akhirat bertemu dengan Allah swt.

    Tiada apa yang kekal abadi, terutama apabila berhadapan dengan orang –orang yang dikasihi di sekeliling kita. Contohnya, suami, isteri, anak-anak, ibu bapa , kucing… dan lain-lain.. mahupun ipad, iphone, tablet, kereta,rumah dan lain-lain. Manusia boleh berubah kerana semuanya kepunyaan Allah swt, jika Allah swt berkehendakkan hambanya berubah, maka berubahlah dia.. seperti menerima taufik dan hidayah, ataupun kehilangan taufik dan hidayah.. Walaupun perubahan itu adalah dengan izin Allah swt tapi ianya berlaku berdasarkan kehendak individu tersebut.
    Perubahan manusia berlaku atas faktor usia.. itu adalah yang paling utama. Apabila meningkat usia, kita akan mengalami perubahan fizikal dan juga rohani… Yang tidak berubah.. hanya satu, iatu Allah swt.

    Kadang kala perubahan orang yang dicintai adalah sesuatu yang sukar dijangka. Kasih sayang sesama manusia memang boleh berubah tapi adakalanya kita tidak pernah langsung atau terlintas langsung untuk bersedia berhadapan dengan situasi tersebut. Ini kerana rasa cinta kita diletakkan pada tempat yang salah. Sepatutnya cinta yang utama hanya kepada Allah swt dan kita mencintai sesiapa sahaja adalah kerana Allah swt. Hatta cinta kepada ibubapa pun… biarlah cinta kita kepada mereka kerana cinta kita kepada Allah swt. Kita bersabar melayani karenah mereka kerana cinta kita kepada Allah swt… memang tidak dinafikan ada ibubapa yang membenci anak –anak, mungkin kerana tidak berpuas hati dengan tindakan anak -anak yang mungkin tidak mahu mengikut arahan ibubapa. Ini kerana ada ibubapa yang terlalu mengawal kehidupan anak –anak walaupun anak –anak mereka sudah berumahtangga dan mempunyai kehidupan sendiri.

    Bukan mudah untuk meletakkan rasa cinta kepada yang sepatutnya..  Namun kita sebagai hambaNya patut sentiasa berusaha untuk mencari redha dan cintaNya...

    Wednesday, July 23, 2014

    Pencuri Lapik Kaki!!!

    Salam Ramdhan..
    Tajuk macam kelakar ke atau menimbulkan kemusykilan???? Tapi aku memang sakit hati..
    Lapik kaki kat depan bilik di pejabat pun ada orang nak curi... gila kan orang malaysia ni!!!
    Tak ada apa yang selamat kalau tinggal kat malaysia ni... nak kata cantik lapik kaki tu.. rasa biasa je cuma ada gambar apple... kemudian digantikan dengan lapik kaki yang buruk!!!!
    Bulan yang mulia ni pun ada yang buat tingkah laku yang tarafnya.... sama macam lapik kaki kot.. dipijak-pijak... malas nak cakapla..
    Mode:: Marah!!


    Tuesday, June 17, 2014

    Pejabat jadi pasar lambak!!

    Dah lama tak mencoret, sekali sekala nak juga berbicara melalui ruang terhad ini. Pejabat dah jadi macam pasar lambak atau pasar malam. Sibuk pula berniaga macam-macam. Sangat annoying la aku tengok.. Nak bekerja ke nak berniaga?? Memang menyampah... Aku cakap kat member aku- nasibla apabila bekerja dengan orang yang kuno atau low education/ mentality.. Kejam je statement tapi itulah realiti. Orang datang nak cari rezeki, mereka ni bergelak ketawa- macam dah pasar malam!!!!

    Tuesday, May 21, 2013

    Berusahalah!!

    Salam petang...

    Lama tak mencoret... lupakan semua kisah madu, honey, bee... and so on..
    Kali ni rasa sudah tiba masanya aku mencoret kisah perjuangan si kecil yang masih belum muncul dalam hidup kami... apabila orang sekeliling berkata pelbagai tomahan dan fitnah...

    Kisah yang mereka tidak tahu dan andaian merapu yang mereka fikirkan.. memang rasa sakit hati..

    Tapi aku ada pendengar setia... Yang Maha Mendengar segala isi hati aku..kenapa ada manusia yang suka dan sentiasa menyibuk hal orang!!!

    Kita ada perancangan namun Allah swt juga mempunyai perancangan yang terbaik untuk kita juga... percaya kepada Allah swt... dan satu pegangan yang kena amalkan; Jangan Putus Asa!!!

    Setiap kali rasa sakit hati dan benci dengan andaian atau kata-kata yang lahir dari mulut mereka ni, aku akan berdoa, Berilah taufik dan hidayahMu kepada kami semua, agar kami ditunjukkan jalan yang lurus dan bukan jalan mereka yang sesat!!