Alhamdulillah.. sedar tak sedar.. hampir 2 tahun berlalu.. since last post sebelum ni..
Sekarang duduk rumah kerana satu dunia dilanda ujian dan musibah Covid 19 yang telah meragut banyak nyawa.
Banyak ingin dikongsi tetapi masa tidak mengizinkan. Nanti kita bertemu lagi.
Tuesday, May 12, 2020
Wednesday, February 14, 2018
Tahun Baru 2018
Assalamualaikum...
Dah masuk bulan kedua untuk tahun 2018 ni.. tahun yang bakal menjadi sejarah.. seawal bulan kedua.. telah mendapat kabar duka, kehilangan seorang ahli keluarga. Namun, setiap ujian dan dugaan akan ada himah di sebaliknya.. insyallah.. Allah swt yang lebih mengetahui.
format blog pun terpaksa ditukar memandangkan semuanya third party punya dah expired... 😉😉😉
ok.. nanti jumpa lagi.

Tuesday, October 10, 2017
Kerana mulut...
Hari ni nak bercerita sikit.. tazkirah diri sendiri.. selalu perhatikan orang- orang di sekeliling.. yang baik kita ambil contoh, yang jahat kita buat tauladan.. yang jahat tu cam mana?? Perangai nya la..
Ada jenis orang yang mulut dia laser.. cakap tak fikir hati dan perasaan orang lain.. cakap ikut main lepas .. bab kata orang.. cakap dulu baru berfikir.. tapi orang yang bijak.. berfikir dulu sebelum bercakap kan..
Kadang tanpa kita sedar, kata- kata kita melukakan hati orang sekeliling.. contoh .. walaupun nampak simple:
A: Hari tu saya dah bagitahu dalam wassup
B: Maaf mungkin saya tak baca. Saya tak ingat.
A: Apala macam ni... belum tua dah nyanyuk dan bla bla bla bla...
Perasaan si B?? Kena kutuk kan.. kalau sekali - sekala boleh dianggap bergurau.. kalau asyik dihina je macam tu.. bukan sebab lupa .. banyakla sebab2 lain .. sebab perangai si A ni jenis suka menghina orang lain..
Kalau kita bercakap membuatkan orang sakit hati..

Saturday, May 27, 2017
sisi kehidupan lain
Salam
Lama dah tak menulis. Banyak juga rasanya isu. Nak kupas satu satu dengan perlahan.
Dalam masa beberapa bulan telah bertemu dengan beberapa orang kawan atas dasar meminati artis yang sama.. what?? Artis?? Haha... memang kelakar.
Tak pernah terjebak dunia artis yang mempunyai fan club.. dan accidently eh.. terjoin group wassup dan katanya dah dikira join fan club.. aigoooo 😅
Follow perjalanan artis tu tak kisah.. terpulang.. kalau kita suka, kita follow tapi kalau rasa x nak follow just abaikan.. bila free boleh layan.. tengok video dia nyanyi ke.. dan apa saja..
Ok. Sana sini melihat dunianya caca merba.. kawan saling menindas dan mencari glamour.. peminatnya pula bercakaran.. tapi masih ramai yang setia dan cuba bersatu hati. Aduhai dunia... rupanya ada satu sisi kehidupan lain bagi artis.. dan peminat yang meminati artis.. barulah aku sedar.. ok .. rasanya ingin berundur.. sampai masanya.. aku hanya mampu melihat dari jauh.. itu bukan kehidupan yang aku cari.. aku hanya cari kehidupan yang diredhai olehNya sahaja.. bukan mengenai sesiapa.. sekadar coretan di angin lalu..

Sunday, April 17, 2016
Suatu masa nanti
Suatu masa, wajah tampan yang kau puja itu akan mula mengendur. Rambut hitam akan mulai bertukar putih dan keguguran. Kulit yang kelihatan tegang akan mengecut... Gigi juga mulai luruh.. Itulah hakikat fizikal manusia yang pernah disanjung dan dipuja, ditelan masa - reput juga akhirnya. Senyuman dan kata -kata keramat manis akan hilang.. Suara juga mulai berubah garau dan terketar ketar. Mungkin hati dan jiwanya masih muda.. Tetapi tidak mampu diimbangi dengan keadaan fizikal yang mulai berubah. Itulah keadaan manusia di dunia maya ini.. Sedangkan di dalam al quran mengatakan di dalam syurga kelak, semuanya kelihatan muda dan cantik. Sentiasa muda dan cantik.
Dunia hanya singgahan sementara namun kadang kala terasa seperti berumah kekal di sini. Kadangkala rasa bersyukur untungnya diri menjadi anak perantau. Sedar hakikat bahawa kita akan pulang ke kampung kita suatu masa nanti.. Mungkin bukan di Ipoh.. Tapi di akhirat sana..
Banyak insan ditemui, adakalanya melekat di hati.. Tetapi hanya mampu tinggal kenangan saja. Masing masing ada haluan sendiri. Untung ada pasangan disisi menemani... Allah swt Maha Pemurah dan Penyayang.. Dijadikannya teman supaya tidak kesunyian di dunia yang fana ini. Namun masih ada yang belum ketemu teman, mungkin jiwanya lebih kuat dan tabah daripada kita... Kerana kita lemah, sebab itu dikurniakan teman..
Selalu bertafakur dan bertanya kepadaNya.. Apakah pesan untuk hari ini.. Tidak lain tidak bukan- hanya tentang akhirat... Akhirat yang kekal abadi.. Dia selalu mengingatkannya.. Ingatan untuk diri sendiri yang mudah lupa.. Akhirat adalah tujuan kita.. Dunia adalah singgahan kita... Amin

Monday, February 22, 2016
Scam jual beli di Mudah
Hari ini, ingin berkongsi pengalaman dengan semua. Semoga dapat membantu untuk lebih berhati -hati apabila membuat urusniaga jual beli di alam maya ini.
Baru baru ini, aku ingin menjual beg tangan berjenama terpakai dan membuat iklan di laman Mudah . Laman mudah ni, antara yang popular dan sangat mudah kita nak iklankan barang-barang secara percuma pulak tu!!
Sehari selepas iklan, dapat sms, mengatakan berminat dengan handbag ini. Sms diterima seperti kat bawah ni..
So, masa ni, hati berbunga la. Ada orang berminat dah. Aku pun reply berserta gambar barang yang hendak dijual. Kemudian, terima lagi balasan email seperti berikut.
Masa ni, macam rasa pelik dah email ni. Orang lelaki nak beli handbag?? Lepas tu, suruh buat akaun paypal australia plak... so, email ni diabaikan. Aku mula studi mengenai scam di mudah. Rupanya banyak sangat kes macam ni. Kalau kita melayan, akan ada rentetan email seterusnya, dan kita akan diminta untuk bank in sejumlah duit pulak kat dia. Aku pun tak reveal apa-apa lagi, mcm nombor bank dan lain-lain. So, tips penting: JANGAN BERIKAN NOMBOR AKAUN BANK dengan mudah kepada pembeli yang diragui. Kenapa? Nanti dia akan beri alasan, kata duit dah masuk dan suruh pos barang, walhal tak ada duit pun..
So, penjual di luar sana, terutama di mudah, sila berhati hati apabila menerima email buyer yang pelik-pelik. Sekadar berkongsi pengalaman, semoga ada manfaat kepada semua... dan juga peringata kepada diri sendiri...

Labels:
banyak scam mudah,
buyer penipu,
mudah,
Scam
Tuesday, November 10, 2015
Kurus
Hari ini bercerita mengenai kurus. Hikmah Allah swt, rahsia Allah swt kita tak tahu..kenapa begini, kenapa begitu..
Selepas 30 tahun aku sangat bersyukur dan terbuka hijab melihat aturan Allah swt...
30 tahun yang lepas aku selalu dihina, diejek, dicaci kerana kurus.. kadangkala sehingga menangis kot.. biasala masa tu kan kanak kanak.
Tapi selepas 30 tahun, orang mula bertanya,
"Apa rahsia kekal kurus... ??"
"Best kan.. kurusss je.."
"Jeles la... boleh pakai apa saja baju kan, senang"
Aku tersenyum je.

Thursday, September 3, 2015
Pelajar baru universiti
Assalamualaikum wbt
Minggu ini, musim pendaftaran bagi mahasiswa baru di IPTA tempatan.
Tadi sempat juga membaca satu kisah dari laman fb tarbiah sentap, zaman minggu suai kenal- yang selalunya berkisarkan pengalaman kena buli.
Aku juga nak kongsi satu kisah zaman orientasi di universiti dulu. Minggu pertama kami mendaftar telah diadakan sesi orientasi oleh pihak kolej(asrama). Lain kolej, lain caranya. Kolej kami ni macam mengada-ngada pulak buat orientasi. Kena cari tanda tangan senior sehingga 100 org... memang aku tak layan la. Dalam banyak - banyak senior tu, ada seorang mamat ni, sangat garang, jerit kuat - kuat membuli pelajar junior dengan muka bengis gila...
Aku sekadar melihat la pelbagai karenah senior yang kemaruk glamour...
Setahun kemudian..
Aku telah menamatkan asasi dengan jayanya dan berjaya ditawarkan di fakulti kejuruteraan. Tanpa disangka, kami (aku dan kawan sekolej yang lama) telah bertemu semula mamat senior yang membuli kami semasa minggu orientasi dulu. Cuma, kali ini dia tidak garang dan bengis macam dulu tapi sudah bertukar menjadi... auw..auw.. dia kelihatan keseorangan tanpa teman. Rupanya dia ditukarkan ke kursus baru dan menjadi junior sama dengan kami. Oleh kerana muka kami ni familiar kot, kan dulu satu kolej, terus dia menegur dengan ramah dan menjadi kawan. Begitulah kecilnya dunia... jangan fikir kau senior boleh berlagak, satu hari kau pulak minta tolong dengan junior... kan.. pengalaman hidup..

Sunday, January 4, 2015
Antara musibah dan hikmah
Musibah banjir melanda Malaysia. Tempat aku juga tidak terkecuali dilanda banjir tetapi pada kali ini tidaklah seteruk tahun lepas. Air sungai tidak melepasi paras bahaya. Sekadar paras berjaga- jaga sahaja.
Kami juga bersiap- sedia mengemas barang- barang penting dan barang - barang keperluan sekiranya perlu berpindah. Tahun lepas, jiran-jiran kami semua terpaksa berpindah selama satu malam kerana rumah dimasuki air.
Rumah yang kami tinggal sekarang adalah rumah sendiri. Bukan rumah sewa. Tetapi aku rasa rumah ini hanya tempat persinggahan sementara kerana dalam hati berkira -kira akan pulang dan menetap di kampung halaman di Perak. Jadi nak kata sayang sangat rumah ni, biasa -biasa aja. Barang keperluan semuanya lengkap. Ada dapur dan almari pakaian yang besar. Sekiranya dilanda banjir, mungkin aku berharap aku taklah sedih sangat.
Hingga satu ketika, baru aku faham. Inilah sepatutnya kita faham, dunia adalah persinggahan sementara, akhirat adalah rumah pencen kita... di akhirat adalah yang kekal abadi.. hikmah banjir, baru terbuka mata hati...

Wednesday, November 26, 2014
They don't care
Sometimes you have to give up on people. Not because you don’t
care, but because they don’t anymore.
Memang sedih kalau kita putus harapan. Namun kalau itu yang terbaik untuk kita melindungi hati kita dan menyedarkan bahawa itulah realitinya. Kalau itulah realitinya untuk kita meneruskan kehidupan kita. Mohon saja pada yang SATU agar dia menujukkan jalan kebenarannya.
Manusia berubah kerana nafsu. Manusia berubah kerana usia. Manusia berubah kerana masa. Tiada apa yang sentiasa kekal di tempatnya.. pantai pun berubah dilanda badai ombak. Mohonlah agar kita kekal berada di jalanNya. Amin
Monday, September 15, 2014
Wanita Umpama Berlian
Luahan hati ini ditujukan kepada semua gadis remaja, wanita di luar sana. Semalam dalam perjalanan pulang, sempat mendengar celoteh DJ Radio Perempuan, tapi tak pasti radio apa,
"Adik -adik di luar sana yang masih di bangku persekolahan, tak malukan bergambar dengan lelaki yang kononnya 'boyfriend' masing -masing dan post gambar di fb. Semua orang tengok gambar tu. Tak malukah?? Di mana harga diri seorang perempuan sekarang?"
Itulah harga diri gadis remaja sekarang. Kalau diimbas, apa salahnya, gambar aje kot. Tapi saya faham maksud DJ tersebut, kalau masa kita dulu -dulu, nak angkat muka pandang pelajar lelakipun malu. Apatah nak bergambar berdua -duaan. Kalau ramai -ramai satu kelas tak apala.
Pengalaman semasa belajar di kampus, kakak -kakak akedemi Islam ni, kalau nak bercakap dengan pelajar lelaki, di balik langsir je.. Saya biasa tengok gak. Punyalah menjaga adab. Itupun bercakap apa yang perlu je.
Ada seorang teman yang mempunyai anak gadis remaja pernah meminta nasihat saya- Bagaimana untuk berjaya dalam pelajaran?? Saya katakan:
1- Fokus sahaja kepada pelajaran. Abaikan kisah cinta monyet zaman persekolahan. Hanya 10% sahaja kisah cinta monyet akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Itupun kahwin awal. Kalau berkawan sehingga 10 tahun, saya tak tahulah akan berkekalan ataupun tidak.
Kalau tanya saya, bagaimana nak mencari 'pakwe'?? Bagi saya, tiada istilah 'pakwe', Yang ada hanyalah istilah 'calon suami'.
Kalau nak calon suami yang baik, maka perbetulkan diri kita dulu.
Carilah yang menjaga solat. Sekiranya culas, tak cukup waktu, jangan ambil risiko. Ada yang kata akan berubah bila dah kahwin. Jangan percaya. Manusia susah nak berubah perangai. Mungkin boleh tapi dalam 50% je kot.
Jangan mudah keluar dengan sesiapa yang baru kenal. Elok bawa muhrim sebagai teman. Sebenarnya tiada istilah 'dating' dalam Islam.
Bagi saya, lelaki yang baik tidak akan memaksa atau menyuruh calon isterinya berbuat perkara maksiat. Kalau cakap yang pelik-pelik, sila berhati -hati. Banyak yang saya dengar melalui kawan -kawan saya, ada lelaki yang suka cakap perkara lu**h. Sebenarnya lelaki tu nak uji samada perempuan tersebut jenis yang 'touch-n-go' atau tak.
Kalau dulu, pengalaman saya sendiri, saya tak pernah sesuka hati memberi nombor telefon kepada sesiapa. Tapi ntah macam mana, nombor saya diperolehi oleh seorang teman L. Saya kenal tapi tak rapatpun. Setiap hari, saya mendapat pelbagai panggilan dari nombor tak dikenali tapi saya tak pernah angkat.Bila disiasat, rupanya L ni memberi nombor saya kepada kawan -kawan dia yang lain untuk 'test', sama ada saya layan atau tidak panggilan yang tidak dikenali. Rasa nak hempuk hempuk dan sepak sepak je, Ingat aku ni apa?? Rimas betul la.
Cuma yang saya sedihkan sekarang ialah, remaja hari ini, terutamanya lelaki- ramai yang tidak tahu membaca al-quran. Kalau ditanya tentang solat, "Sehari 2-3 kali je solat". Entahlah, saya fikir mungkin sebulan 2-3 kali je kot. Kalau tak tahu membaca, saya tak pasti kalau mereka mudah menghafaz bacaan dalam solat tapi kebiasaanya, kalau tak tahu membaca, memang tak hafal bacaan dalam solat terutama tahiyat akhir, doa iftitah, doa qunut.. dan bacaan lain. Ini pengalaman saya sendiri bersama pelajar remaja saya. Didiklah anak -anak kita dari kecil. Ajar solat dan sebagainya. Supaya remaja -remaja ini mempunyai jati diri untuk masa depan kelak.
Wednesday, August 27, 2014
Tips Melancong ke Luar Negara: Seoul Korea
Tips Melancong ke Luar Negara: Seoul Korea
Ok Kali ini nak beri tips-tips untuk travel secara
backpack luggagepack tanpa menggunakan travel agensi. Ini adalah
berdasarkan pengalaman sendiri perjalanan pada 16/9/2013 – 20/9/2013 yang lepas
ke Seoul Korea dan updated - Autumn & Winter Trip : 7 Nov 2014 - 16 Nov 2014. Saja nak berkongsi supaya empunya diri ni ingat- sebab ini juga
panduan for the next trip: er.. tak tau lagi bila..yeee haaaa.. Tips sebelum
pergi ke korea:
- Passport perlu valid melebihi / at least 6 bulan dari tarikh kita
rancang nak berlepas. Masuk ke korea tidak perlukan Visa..

Dari dalam flight- Bumi Seoul - Semak tarikh kita pergi, ada apa-apa event yang berlangsung semasa di Seoul Korea. Supaya kita lebih berhati-hati dengan kedai yang tutup/buka.. kedai atau apa saja tempat yang ingin dilawati. Masa kami pergi tahun lepas, Korea cuti umum 3 hari sebab sambut Chuseok Day.. Hari Kesyukuran. Banyak kedai tutup… tapi banyak tempat lawatan dibuka percuma. Jadi ramai sangat orang especially dari tanah besar China… tapi rancang dengan sebaiknya supaya percutian kita lebih teratur.
- Semak cuaca di sana sebelum kita pergi supaya kita boleh rancang baju yang sesuai untuk dipakai semasa kita bercuti di sana. Boleh semak di google: Weather Forecast. http://www.accuweather.com/ .
- Suhu dan cuaca berubah secara drastik - bagi negara 4 musim..jadi kena bersedia dengan sebarang kemungkinan. Hari ni mungkin suhu 10 degree..tetiba esok boleh drop jadi 0 degree.. Kalau cuaca sejuk, pastikan pakai pakaian yg sesuai, legging, sarung tangan, boots.. dan kalau sejuk sangat, carila heating pads.. boleh letakkan dlm kasut atau gengam dengan tangan.. boleh dibeli kat kedai 7 eleven.. banyak ada dijual.
- Bawa sport shoes atau boots yang sesuai sebab kita akan banyak berjalan. Naik tangga turun tangga. Panjat bukit n etc. Kalau musim sejuk, better pakai boots sebab sport shoes.. sejuk kaki kena tiup dengan angin yang bersuhu 0 degree tu.. mau beku kaki tu nanti.
- Tukar matawang RM ke Won. Boleh cari tempat money
changer yang menawarkan harga yg baik
untuk kita. .. kalau tak cukup dah RM tu.. boleh keluarkan duit di Woori Bank. Tapi pastikan kad atm tu boleh digunapakai di oversea.. call bank kad kita tu- minta dia bukakan penggunaan kad atm/debit/credit di oversea. Saya guna kad debit sahaja.
- Kalau pergi secara sendiri, makanan kita kena pandai –pandai survive. Last time pergi, saya bawa periuk nasi kecil supaya boleh masak nasi dan panaskan lauk kat sana. Tapi di Seoul, ada juga kedai –kedai makanan halal. Paling banyak di sekitar Itaewon. Ada kedai Uzbekistan/Rusia Muslim: Samarkand. Tak ingat dah area mana tapi boleh google cari. Ramai orang Malaysia makan ikan bakar tapi saya tak sempat pergi sebab hari cuti tu, banyak kedai tutup.
- Sediakan botol kecil kosong kalau nak pergi toilet sebab kat sana toilet tak ada paip air.
- Bawa international plug adapter. Plug kat sana tak sama macam di Malaysia.
- Bawa ubat –ubatan yang sesuai. Minyak angin ke. Krim untuk elak muka kering. Lip balam n etc.
- Rancang iternary dan sila research setiap tempat yang akan
kita lawati. Buka dan tutup pukul berapa serta berapa harga tiket. Paling penting
rancang naik naik apa. Bas ke, Subway atau teksi. Teksi sebenarnya ok jugak.
Teksi kat sana ok semua, means murah dan jujur.
Bukan macam kat Malaysia ok!! - Download aplikasi subway, travel pass korea dalam smartphone. Boleh bookmark mana-mana tempat kita nak pergi. Kat sana nanti boleh bukak je.
Kalau pergi sendiri, masa adalah sangat fleksibel. Biasanya
iternary akan berubah mengikut keadaan kesihatan dan cuaca di sana. Pengalaman
sendiri merasakan di sana alhamdulillah selamat. Cuma masa kami berjalan waktu
malam di Itaewon agak scary- sebab kat situ banyak pub. Macam gangstar pun
ramai kot. Tapi tak kacau orangla. Ada kedai cenderahati murah di Itaewon.
Berikut saya titipkan percutian kami tahun lepas. Untuk
rujukan diri sendiri dan panduan kepada sesiapa yang merancang cuti ke sana:
Day 1:
Bertolak dari KL pagi. Sampai petang kat Seoul. Naik airport limousine bus. Harga
dalam 15,000 won/person.Tiba di Hamilton Hotel, Itaewon waktu malam. Macam
pukul 7pm. Malam tu kami berjalan-jalan di sekitar Itaewon. Makan malam di
hotel- masak sendiri.
![]() |
| Dalam Limousine Bas :Menuju Ke Tempat Penginapan |
Day 2:
Bergerak ke Pulau Nami. Pergi naik subway. Balik naik ITX. Lebih mudah naik ITX.Boleh beli tiket kat situ jugak. Tanya kat kaunter.
![]() |
| Stesen Gapyeong : Pulau Nami |
![]() |
| Lunchbox. |
![]() |
| Naminara Island |
![]() |
| Sejarah Pulau Nami |
![]() |
| Hmm..Tupai ke?? Chipmunk kot. Sangat banyak dan cute!! |
![]() |
| Sebelum mula Nanta Show |
Day 3:
Bergerak ke N Seoul Tower menaiki bas. Lebih seronok naik
bas sebab boleh lihat pemandangan.I like .. I like. Masuk Teddy Bear Museum dan
naik N Soeul Tower.
![]() |
| Berkunci-kunci cinta~~ N Seoul Tower |
![]() |
| Teddy Bear Museum - N Seoul Tower |
![]() |
| Lunch di Samarkand |
![]() |
| Dalam ferry. Hangang River. |
Day 4:
Cuti umum. Cheusok day. Pergi ke Gyeongbokgung Palace. Hari
ni free tak perlu tiket.
![]() |
| Guard Ceremony |
![]() |
| Free tiket!! |
![]() |
| Pokok apa ye?? Di sekitar istana tu.. |
![]() |
| Trick Eye Museum & Ice Museum: Bawah Tanah k! |
![]() |
| Ginseng |
Day 5:
Berkemas. Check out dan bergerak ke Incheon International
Airport. Kami menaiki teksi. Check in dalam pukul 2pm dan pulang ke Malaysia.
Goodbye Seoul.
![]() |
| Dalam teksi menuju ke Incheon airport |
![]() |
| Ada pertunjukan orang korea kawin kot.. |
![]() |
| Kincir angin |
Tips and Trick semasa di Seoul Korea:
- Beli T-Money. Banyak guna T-money sebab nak naik subway, bas, teksi, shopping di mart and etc. Boleh top-up kat mesin yang disediakan di subway.
- Cuba minum susu pisang yang sangat sedap dan enak itu!! Ok
terbayang-bayang~~

nyum nyum - Kalau pergi masa musim buah, sila cari buah banyak-banyak dan makan. Kami pergi tahun lepas memang musim buah, sangat manis. Buah plum kot tapi memang tak adala kat Malaysia. Pastu tak teringat nak bawa balik. Hoho..
- Makanan sebenarnya mudah je, shopping kat Itaewon tu roti- muslim bakery. Ada kebab dan banyak restoren kat situ. Boleh beli nasi kat mart n panaskan guna microwave. Bawala serunding ke, ikan bilis ke- so boleh makan terus. Bawa Brahim atau Yeos dalam tin tu pun ok je sebenarnya.. Maggi pun sedap!! Beli yang dalam cup tu sebab mudah nak masak. Tuang air panas je. Hehe.
- Masjid ada di Itaewon.
- Kalau naik subway, pastikan tahu pintu exit nombor berapa, sebab ada banyak, 4 pintu exit biasanya.
- Praktis jalan kaki banyak-banyak. Subway semua 4 atau 6 tingkat bawah tanah. Ada lif kat sana, tapi kalau rasa tak malu nak guna silakan, sebab lif hanya disediakan untuk orang tua dan kanak –kanak sahaja. Tapi kat sana, makcik pakcik lagi laju dari kami panjat tangga… nangis!!
- Kalau guna escalator, pastikan duduk side yang betul. Sebab belah kiri untuk yang nak berjalan atau berlari. Kalau nak berdiri statik je, dok belah kanan. Rasanyalah… tak ingat sangat dah.
- Selalu check weather sebelum keluar, kalau hujan boleh bawa baju hujan.
- Orang kat sana tak pandai sangat English. Kalau nak tanya, tanya kat remaja atau yang muda-muda. Tapi makcik kat sana sangat helpful walapun dalam bahasa Korea, bersungguh –sungguh nak bagitau kita. Hoho… Ayam dan itik..
- Kalau cari tempat penginapan, cari yang dekat dengan subway atau bas. Mudah untuk bergerak. Kami nak cari yang ada sediakan dapur. Mudah nak masak, tak perlu nak bawa periuk nasi. Tak adala nak masak sepanjang masa. At least untuk makan pagi atau dinner ke. So boleh jimat sikit dan tak perlu pening kepala nak cari makanan. Boleh beli nasi segera di mart. Makan dengan lauk yang kita bawa. Mudah je.Ada yang suka tinggal di guesthouse. Terpulang pada bajet masing-masing.
- Kali kedua pergi- saya tinggal di Ever8 Serviced Residence...
hotel yg sangat best dan awesome... dekat dengan Ewha University
Station, dekat dengan semua la... kedai,bank, pharmacy. shopping dll..
dan bilik saya tu ada kemudahan utk memasak, membasuh dan keringkan
pakaian... sangat awesome!!

Credit picture- Google

Credit picture-google - Bawa energy bar. Coklat ke apa-apa sahaja bekalan semasa dalam perjalanan untuk alas perut. Kalau lapar memang tak ada mood nak berjalan dan berjim-jimba…yeee haaaa…
- Kalau nak dapat banyak informasi, boleh tanya kat pusat informasi pelancongan. Ada free peta. Dan juga ada orang –orang Korea yang pakai topi warna merah kot.. dia berdiri macam pak guard… kami hari tu terjumpa kat Myeongdong dan terus tanya macam mana nak pergi Nanta Show..
Ok rasanya, itu sahaja kot tips and trick sendiri yang boleh
berkongsi. Selamat Bercuti!!
![]() |
| Bangunan Pencakar Langit di Seoul |
Labels:
bercuti,
Gyeongbokgung palace,
Hangang river,
korea,
N soeul Tower,
Naminara Islan,
Nanta show,
tips
Saturday, August 23, 2014
Tips atasi kebosanan
Aha...rosan bosan..serabut...kusut??? Yup.. bosan dan kusut....Ni ada tips tips yang direka sendiri... yee haaa..
Baiklah, mari kita sambung bicara tulisannya...
Tips untuk atasi kebosanan..tapi ini tips yang akan kongsikan ini sesuai untuk semua dan peringatan untuk diri sendiri pabila terasa bosan+boring atau tak tahu apa nak dibuat..
Tips pertama untuk atasi kebosanan ialah membaca atau mendengar bacaan Al-Quran (beserta terjemahannya).Cari masa yang sesuai, misalnya waktu rehat, atau boleh bukak MP3 yang ada zikir atau bacaan ayat -ayat Al-Quran semasa sedang buat kerja guna komputer..Selain tu kalau nak baca Al-Quran elok yang ada terjemahan, kalau faham bahasa Arab tak apala, tapi kalau tak faham, nanti kita tak fahamlah apakah isi kandungan Al-Quran tu, jadi sebaiknya cuba baca terjemahannya sekali. TETAPI baca Al-Quran ni ada adab, jadi kena patuhi adab -adab membaca Al-Quran. Antara adab -adab utama :- Tuluskan niat untuk ibadah yang sangat mulia ini. Membaca Al-Qur’an sebaiknya dalam keadaan sudah berwudhu, suci pakaiannya, badannya dan tempatnya, serta telah menggosok gigi.
- Pilihlah tempat yang tenang dan waktunya sesuai agar anda dapat memusatkan fikiran dan jiwa lebih tenang.
- Mulailah tilawah dengan ta`awwudz, kemudian basmalah pada setiap awal surah selain surah At-Taubah. Allah . berfirman, “Apabila kamu akan membaca Al-Qur’an, maka memohonlah perlindungan kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk.” (An-Nahl: 98).
- Perhatikan hukum-hukum tajwid dan bunyikan huruf sesuai dengan makhrajnya serta membacanya dengan tartil (perlahan-lahan). Allah . berfirman yang ertinya, “Dan Bacalah Al-Qur’an itu dengan tartil.” (Al-Muzzammil: 4).
![]() |
| Tilawah Al-Quran sangat baik diamalkan pada bulan Ramadhan. |
2. Tips kedua : Kalau rasa bosan -bosan tu biasanya kita tengok TV!! Apa saja rancangan yang best -best, macam rancangan fesyen ke, melancong ke, memasak ke.. atau paling best tengok movie!!!
3. Tips ketiga: Melayari internet. Cuci mata- window shopping maya!! Banyak tempat shopping. Baik lelaki atau perempuan. Dalam negara atau luar negara. Nanti saya review tempat shopping online yang saya biasa shopping!!
4.Tips keempat : Keluarlah bersukan. Berjogging ke, bermain badminton ke, tenis ke.. bowling ke... apa saja yang berfaedah!
5. Tips kelima: Cari resepi -resepi baru untuk dicuba.
Contoh - ini my secret resepi untuk kek biasa.. tryla buat..kalau sedap bagitahu saya (confirm sedap): 250gm butter (brand Anchor), 250gm gula castor, 250gm tepung (Brand Blue Key), 1 sudu teh esen vanilla, 5 biji telur Gred A... ok bakar dalam suhu 170-180 selama 45minit.. yey!! Sangat nyummy!!
6. Tips keenam : Membaca. Membaca surat khabar. Membaca novel. Membaca majalah.. membaca apa sahaja yang berfaedah ok!! Tengah popular sekarang ialah novel adaptasi yang dilayarkan ke layar perak.. Novel: Rindu Awak 200%.. Tryla baca novel tu... bandingkan dengan yang ada di tv..
7: Tips ketujuh: Makan!!! hahaha... tryla alau bosan sangat..
8. Tips kelapan : Mengemas.. kemas rumah, kereta, pejabat, meja, peti ais, bilik... bilik air, almari.. atau apa sahaja yang perlu dikemas.. amalkan konsep 5S: sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal!!!
9. Tips kesembilan: ni last tips kot yang saya nak bagi... kalau rasa bosan sangat dah tak tahu nak buat apa... apa lagi.. tarik bantal, selimut...TIDUR!!!!! ZZZzzzzzZZzzzzz (psstt jangan lupa baca doa tidur yer)
Terima kasih atas perhatian.. Mohon maaf sebarang kesilapan.. Yang baik daripada Allah swt.. yang kurang tu adalah kelemahan saya sendiri.. yang baik tu amalkan yer..
Labels:
bahagia,
creative blog,
kebosanan,
makan,
tips
Monday, August 4, 2014
Cinta kerana Allah swt
Kehidupan di dunia adalah suatu perjalanan.. sebahagian
daripada perjalanan yang panjang.. di mana akhirnya kita akan berkumpul di
akhirat bertemu dengan Allah swt.
Tiada apa yang kekal abadi, terutama apabila berhadapan
dengan orang –orang yang dikasihi di sekeliling kita. Contohnya, suami, isteri,
anak-anak, ibu bapa , kucing… dan lain-lain.. mahupun ipad, iphone, tablet,
kereta,rumah dan lain-lain. Manusia boleh berubah kerana semuanya kepunyaan
Allah swt, jika Allah swt berkehendakkan hambanya berubah, maka berubahlah
dia.. seperti menerima taufik dan hidayah, ataupun kehilangan taufik dan
hidayah.. Walaupun perubahan itu adalah dengan izin Allah swt tapi ianya
berlaku berdasarkan kehendak individu tersebut.
Perubahan manusia berlaku atas faktor usia.. itu adalah yang
paling utama. Apabila meningkat usia, kita akan mengalami perubahan fizikal dan
juga rohani… Yang tidak berubah.. hanya satu, iatu Allah swt.
Kadang kala perubahan orang yang dicintai adalah sesuatu
yang sukar dijangka. Kasih sayang sesama manusia memang boleh berubah tapi
adakalanya kita tidak pernah langsung atau terlintas langsung untuk bersedia
berhadapan dengan situasi tersebut. Ini kerana rasa cinta kita diletakkan pada
tempat yang salah. Sepatutnya cinta yang utama hanya kepada Allah swt dan kita
mencintai sesiapa sahaja adalah kerana Allah swt. Hatta cinta kepada ibubapa
pun… biarlah cinta kita kepada mereka kerana cinta kita kepada Allah swt. Kita bersabar
melayani karenah mereka kerana cinta kita kepada Allah swt… memang tidak
dinafikan ada ibubapa yang membenci anak –anak, mungkin kerana tidak berpuas
hati dengan tindakan anak -anak yang mungkin tidak mahu mengikut arahan
ibubapa. Ini kerana ada ibubapa yang terlalu mengawal kehidupan anak –anak walaupun
anak –anak mereka sudah berumahtangga dan mempunyai kehidupan sendiri.
Bukan mudah untuk meletakkan rasa cinta kepada yang sepatutnya.. Namun kita sebagai hambaNya patut sentiasa berusaha untuk mencari redha dan cintaNya...
Wednesday, July 23, 2014
Pencuri Lapik Kaki!!!
Salam Ramdhan..
Tajuk macam kelakar ke atau menimbulkan kemusykilan???? Tapi aku memang sakit hati..
Lapik kaki kat depan bilik di pejabat pun ada orang nak curi... gila kan orang malaysia ni!!!
Tak ada apa yang selamat kalau tinggal kat malaysia ni... nak kata cantik lapik kaki tu.. rasa biasa je cuma ada gambar apple... kemudian digantikan dengan lapik kaki yang buruk!!!!
Bulan yang mulia ni pun ada yang buat tingkah laku yang tarafnya....sama macam lapik kaki kot.. dipijak-pijak... malas nak cakapla..
Mode:: Marah!!
Tajuk macam kelakar ke atau menimbulkan kemusykilan???? Tapi aku memang sakit hati..
Lapik kaki kat depan bilik di pejabat pun ada orang nak curi... gila kan orang malaysia ni!!!
Tak ada apa yang selamat kalau tinggal kat malaysia ni... nak kata cantik lapik kaki tu.. rasa biasa je cuma ada gambar apple... kemudian digantikan dengan lapik kaki yang buruk!!!!
Bulan yang mulia ni pun ada yang buat tingkah laku yang tarafnya....
Mode:: Marah!!
Tuesday, June 17, 2014
Pejabat jadi pasar lambak!!
Dah lama tak mencoret, sekali sekala nak juga berbicara melalui ruang terhad ini. Pejabat dah jadi macam pasar lambak atau pasar malam. Sibuk pula berniaga macam-macam. Sangat annoying la aku tengok.. Nak bekerja ke nak berniaga?? Memang menyampah... Aku cakap kat member aku- nasibla apabila bekerja dengan orang yang kuno atau low education/ mentality.. Kejam je statement tapi itulah realiti. Orang datang nak cari rezeki, mereka ni bergelak ketawa- macam dah pasar malam!!!!
Tuesday, May 21, 2013
Berusahalah!!
Salam petang...
Lama tak mencoret... lupakan semua kisah madu, honey, bee... and so on..
Kali ni rasa sudah tiba masanya aku mencoret kisah perjuangan si kecil yang masih belum muncul dalam hidup kami... apabila orang sekeliling berkata pelbagai tomahan dan fitnah...
Kisah yang mereka tidak tahu dan andaian merapu yang mereka fikirkan.. memang rasa sakit hati..
Tapi aku ada pendengar setia... Yang Maha Mendengar segala isi hati aku..kenapa ada manusia yang suka dan sentiasa menyibuk hal orang!!!
Kita ada perancangan namun Allah swt juga mempunyai perancangan yang terbaik untuk kita juga... percaya kepada Allah swt... dan satu pegangan yang kena amalkan; Jangan Putus Asa!!!
Setiap kali rasa sakit hati dan benci dengan andaian atau kata-kata yang lahir dari mulut mereka ni, aku akan berdoa, Berilah taufik dan hidayahMu kepada kami semua, agar kami ditunjukkan jalan yang lurus dan bukan jalan mereka yang sesat!!

Thursday, March 28, 2013
Madu dan Poligami
Madu enak rasanya. Banyak khasiat dan menyihatkan tapi poligami.. Pahit dan mungkin memudaratkan bagi setengah wanita yang tidak mampu menghadapinya.
"Aku ada hak untuk kahwin lagi, jangan ganggu hak aku"" Aku tahu aku mampu, aku janji hak isteri pertama tidak diabaikan. Aku tidak akan menceraikan dia!"
Itulah kata-kata yang biasa lahir dari mulut seorang suami yang mahukan poligami. Yang merasakan dirinya begitu mampu dan berkuasa melakukan apa saja.
Hakikatnya, poligami tidak salah. Poligami dibenarkan dalam islam. Siapalah kita untuk menafikan hukum Allah swt..
Yang salah adalah pengamal poligami. Isteri bukanlah hak milik kekal... Isteri, anak-anak adalah amanah. Manusia mudah lupa pada amanah dan tanggungjawab.
Poligami dan pernikahan di negara jiran adalah satu kisah yang sinonim dan tidak dapat dipisahkan. Kerana tidak mahu isteri pertama tahu, dan kononnya ingin menjaga hati insan lain, Kebiasaanya, pernikahan dilakukan di negara seberang. Walhal, sebenarnya tidak sanggup nak naik mahkamah untuk mendapat kebenaran poligami dari isteri pertama. Alasan yang biasa, banyak sangat prosedur dan leceh!!
Sebenarnya, undang-undang yang dibuat ini adalah untuk memelihara hak-hak wanita supaya tidak dianiaya. Undang-undang ini adalah langkah pencegahan supaya hanya lelaki yang benar-benar BERANI dan BERTANGGUNGJAWAB sahaja yang layak berpoligami. Namun, apabila tengah mabuk bercinta, tidak apa yang dapat menghalang, lantas mengambil jalan mudah dengan bernikah di seberang.
Tak salah tapi akan menimbulkan susah pada masa akan datang. Banyak hati-hati insan akan terluka dan rasa dikhianati. Terutama isteri pertama dan anak-anak akan hilang rasa hormat pada ayah mereka. Tindakan itu akan membuatkan ahli keluarga malu kerana tindakan yang tidak beradap dan beradat walaupun tidak salah dalam Islam. Mungkin salah pada undang-undang negara kita.Perkhawinan di luar sempadan, walaupun sah pada sudut agama kerana cukup syarat, ia tetap menjadi kesalahan pada sudut perundangan keluarga di negara kita. Fikir-fikirkanlah...
Wednesday, March 27, 2013
Friday, March 22, 2013
Kusut
Assalamualaikum
Tahun 2013, tahun yang aku kira penuh kontroversi awalnya..sehingga kini. Setiap manusia berubah. Semua orang di sekeliling kita berubah mengikut arus persekitaran, mengikut peraturan alam, mengikut kehendak Pencipta. Namun, ada juga yang masih tidak berubah walaupun fizikal sudah berubah tapi hati tetap sama. Perangai tetap sama. Meloyakan!
Satu tazkirah yang aku dengar, biarpun jasad kita berubah, hancur apabila mati, tetapi jiwa kita tetap tidak berubah. Roh tetap sama, mengadap Tiuhan Yang Esa. Dalam bentuk apa, kita pun tak pasti. Itu yang menanti di akhirat sana.
Manusia suka menilai. Menilai terhadap sesuatu yang dilihat dan suka memberi analisis sendiri tanpa mengetahui kebenaran sebenar. Kadangkala disebarkan merata-rata sebagai fitnah.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)